Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam


hai assalammualaikum


Best Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah AlamAktiviti Menyeronokkan Indoor Wall Climbing Di Rocky Base Camp Aeon Shah Alam - Siapa kata dah jadi mak ni kene duduk rumah, kene dekat dapur je, tak boleh buat aktiviti ekstrem..huhu..Selagi badan kuat, mampu buat aktiviti sahaja, kita mesti buat. Sesekali buat aktiviti yang mencabar best juga. Salah satu aktiviti yang korang boleh buat wall climbing..ehehe..Amacam, ada berani tak!!. Kene cabar diri sendiri la...hehee. Dulu zaman muda remaja nak naik, tapi takda geng, kali ni pergi juga dengan kawan-kawan, semua mak-mak orang tau, cabar diri buat Wall Climbing. Wall Climbing ni jenis indoor, bertempat di Rock Base Camp Aeon Shah Alam Level 3.




Rocky BaseCamp (RBC) secara rasminya merupakan Pusat Mendaki Dalaman PERTAMA di Malaysia, yang menempatkan Tembok Mendaki Kelajuan Dalaman, berukuran 15 METERS tinggi. Dari luar je dah nampak wall climbing dia. Masuk sini perlu isi borang dahulu, maklumat parents dan anak. Wajib pakai stokin ye. Kasut disediakan dan sekiranya korang nak pakai kasut sendiri pastikan kasut tu bersesuaian.





Harga Indoor Wall Climbing Rocky Base Camp Aeon Shah Alam

Kalau naktau lebih lanjut berkenaan harga boleh massage mereka di facebook, atau instagram.

Semua akses
Junior: RM 23.58
Dewasa: RM 33.01
* Junior 4 - 14 tahun. * Dewasa 15 tahun ke atas. ( yang boleh bermain )

* Sila ambil perhatian: Setiap Pesanan Dewasa dibenarkan mengiringi sehingga maksimum 4 JUNIORS Pass Access pada satu-satu masa.
* Orang dewasa pertama adalah percuma, sahabat dewasa seterusnya akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.

10 X Semua Akses
Junior: RM 188.67
Dewasa: RM 283.01
* Sila ambil perhatian: Akses Bundle RBC akan tamat tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.
* Pemegang pas harus hadir pada masa penebusan.

Akses Explorer
Junior: RM 47.16
Dewasa: RM 56.60
Tawaran ini terbuka kepada Explorer dari semua peringkat umur setakat umur 4 tahun ke datuk nenek aktif.
* Sila ambil perhatian: Kelas ini akan dijalankan selama 1 jam.
* Kanak-kanak hanya akan berada di bawah pengawasan seorang Pengajar semasa sesi yang dijadualkan.

Sewa
Beg WT Chalk: RM 2.83
Belay Device: RM 4.71
* Semua gear sewa digunakan selama 2 jam setiap kali.
* Caj penuh yang dikenakan untuk gear yang tidak dikembalikan.



Pengajar Adalah Profesional Dan Terlatih

Sebelum mula, staff dekat sini akan bagi penerangan dan ajar dahulu cara kita nak memanjat dengan betul. Kita ni tau panjat je, tapi cara salah akan buat kaki, badan, tangan semua sakit..huhu. Jangan risau, dekat sini staff dia semua yang ada ciri-ciri kesukanan..Jadi diaorang dah tau selok belok berkenaan wall climbing ni. Kalau yang zero, nad pun takut nak naik tau..haaha. Tapi diaorang dah pro..haha. Pengajar dekat sini dah disahkan oleh Persekutuan Pendakian Asia Tenggara. Semua pengajar adalah profesional yang terlatih dan keselamatan pengunjung amat diaornag titiberatkan.

Dekat sini dari usia 4 tahun ke atas sehingga dewasa, sehinga yang larat la, boleh panjat wall ni. Bagus sangat sebab tempat ni family friendly. Jadi bukan boleh pergi dengan kawan-kawan sahaja, malah dengan keluarga, saudara mara pun boleh. Buat Gathering dekat sini.



Ok, dekat sini ada macam-macam jenis wall climbing korang boleh nampak dalam gambar, ada yang mudah, ada yang susah. Yang penting bila dah datang sini, kenala cuba kan.



Sebelum memanjat, mestilah ada tali keselamatan. Ajar cara pakai, cara pasang dekat besi semua tu.



Mulanya nad cuba yang KLCC tu, sebab nampak mudah je. Nak pegang dia pun senang..hehee..Mula panjat macam, " eleh senang je"..sampai dah separuh jalan, weii terus terketar lutut. Terpandang bawah, lagi laju jantung ha.hahaa. Kalau yang jenis gayat atau cepat tangan basah, memang seriau..ehee. Tapi nad cuba nak sampai atas, rugi kalau tak cuba selagi boleh. Dekat atas sekali ada loceng, jadi kalau korang dah sampai ats, goyang loceng tu menandakan korang dah berjaya sampai ke atas..Yeahh nad berjaya!!!..ching..ching..ching..haahhaa.. ( berlagak, padahal tengah ketar lutur semua ). Dah sampai jenuh pulak nak turunnya..hahaa. Walaupun staff dah ajar, tapi ko teragak-agak, takut pulak terhantuk dinding hah!!!..Tapi berjaya turun juga akhirnya..hahahaa..

Bila dah main sekali, nak main lagi, satu lagi jenis bola ni nad berjaya juga sampai atas.


Nad ada cuba juga part paling susah. Tengokla batu dia, jarak-jarak. Yang ni memerlukan seorang untuk jaga tali. Staff yang jaga tali untuk bahagian ni, mempunyai sijil khas. Hah!!, bukan sembarangan orang boleh jaga bahagian ni. Memang susah weii..walaupun staff tu tolong, tapi kita kene usaha sendiri juga. Bahagian ni, kena lompat sikit untuk capai batu seterusnya, tapi nad mampu sampai separuh je walaupun staff bagi support suruh buat juga..hahaa..Tak mampu nak lompat lagi.

nak tengok nad panjat sampai ke atas, boleh tengok dekat facebook. Klik link https://www.facebook.com/nadia.johari.96 , video nad panjat ada..

Tempat Family Friendly

Memang tempat ni menarik untuk pergi. Lagipun tempat memang Family Friendly. Selain ada aktiviti pendakian, ada aktiviti lain untuk kanak-kanak. Macam kanak-kanak bawah 4 tahun pun boleh datang sini, sebab ada taman permainan indoor dia. Jadi bolehla letak anak-anak dekat situ, yang penting ada penjaga. bUkan untuk 4 tahun je, yang rasa diri dia budak-budak boleh main..hehee.




Macam nad pergi haritu, hari bekerja, Hari Isnin, jadi takda orang, staff boleh tengokkan anak-anak tu sekejap sambil mak ambil pengalaman buat aktiviti wall climbing ni...hehee. Kalau ramai orang memang sesak juga tempat ni.

Hah, korang, macam mana, rasa nak buat aktiviti Indoor Wall Climbing boleh datang ke Rocky Base Camp Aeon Shah Alam ni..Boleh je buat gathering, family day ke, apa-apa la dengan kawan-kawan, saudara mara, kawan ofis, keluarga semua menghabiskan masa yang berkualiti bersama-sama kerana  semua dapat menikmati dan tetap bersesuaian dalam aktiviti-aktiviti yang sihat, menyeronokkan dan menarik. Rocky Base Camp nia da dua tempat, satu dekat Aeon Shah Alam nad pergi ni, satu lagi dekat tebrau, Johor.




Kitorang mak-mak dah naik..hehee..meh la cuba

Untuk maklumat lanjut boleh layari
Website: http://www.rockybasecamp.com
Facebook: https://www.facebook.com/RBCShahAlamOfficial/
Instagram: https://www.instagram.com/rockybasecamp_malaysia/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.miszrockers.com/2019/02/best-indoor-wall-climbing-di-rocky-base.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

Gempak Betul Main Vr Di Air On Park Aeon Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 695 hits
hai assalammualaikumGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah AlamGila Gempak Main VR Di Air On Park Aeon Shah Alam Ni salah satu tempat lagi yang korang kena cuba bila pergi Aeon Shah Alam Kalau nak rasai permainan VR atau AR permainan ...
Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

Tempat Permainan Menarik Di Shah Alam Rocky Basecamp Dan Air On Park

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 500 hits
Assalamualaikum Hai semua seronokkan bila kita dapat laungkan masa bersama dengan anak Hari ini Shailla ingin berkongsi satu tempat permainan menarik di Shah Alam Kalau korang yang ingin meluangkan masa melakukan aktivi bersama kawan kawan ...
Usher Year Of Prosperity At Concorde Hotel Shah Alam

Usher Year Of Prosperity At Concorde Hotel Shah Alam

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 527 hits
Hello lovely readers Gong Xi Fa Cai Happy Chinese New Year 2019 To usher the arrival of the year of The Pig Concorde Hotel Shah Alam has lined up selection of menus to choose from at RakuXin Restaurant for your new year reunion with your fr...
Penalti Safiq Rahim Menangkan Mu Di Shah Alam

Penalti Safiq Rahim Menangkan Mu Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 247 hits
nbsp Melaka United mengekalkan rentak kemenangan kedua berturut turut dalam saingan Liga Super apabila membenam PKNS FC 1 0 di Stadium Shah Alam sebentar tadi nbsp Gol tunggal perlawanan dijaringkan Safiq Rahim yang berjaya menyempurnakan p...
Bn Dan Pas Shah Alam Kumpul Data Pengundi Prk Dun Semenyih Kerjasama Makin Erat Viral

Bn Dan Pas Shah Alam Kumpul Data Pengundi Prk Dun Semenyih Kerjasama Makin Erat Viral

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 413 hits
SHAH ALAM Barisan Nasional dan Pas Parlimen Shah Alam melakukan gerak kerja bersama mengumpul data pengundi bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Semenyih Pengerusi BN Parlimen Shah Alam Datuk Azhari Shaari ini adalah seb...
Restoran Bisik Bisik Hidang Mi Bandung Udang Galah Resipi Asli Johor Di Shah Alam

Restoran Bisik Bisik Hidang Mi Bandung Udang Galah Resipi Asli Johor Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 427 hits
Bagi orang Johor yang rindu akan menu masakan asli Johor bolehlah singgah ke Restoran Bisik Bisik Restoran ini terletak di Seksyen 7 Shah Alam RASA telah mencuba menu yang sangat popular di sini Memang terbaik Paling korang kena try adalah ...
8 Potret Miris Gunung Everest Yang Dipenuhi Sampah Saking Parahnya Salah Satu Base Camp Ditutup

8 Potret Miris Gunung Everest Yang Dipenuhi Sampah Saking Parahnya Salah Satu Base Camp Ditutup

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 220 hits
Tampaknya tak satu pun tempat di bumi ini kini bebas dari sampah Bahkan puncak tertinggi di dunia sekalipun
Cuti Raya Cina Jalan Jalan Di Taman Botani Shah Alam

Cuti Raya Cina Jalan Jalan Di Taman Botani Shah Alam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 840 hits
hai assalammualaikumCuti Raya Cina Jalan Jalan Di Taman Botani Shah Alam Dan Sambut Birthday FarhanahJalan jalan Taman Botani Shah Alam Cuti Hari Raya Cina haritu nad denagn adik beradik lain pergi jalan jalan di Taman Botani Shah Alam Lama...
Terengganu Fc Ii Pintas Uitm Singa Utara Garang Di Shah Alam

Terengganu Fc Ii Pintas Uitm Singa Utara Garang Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 288 hits
Terengganu FC II mengekalkan merampas status pendahulu Liga Premier daripada UiTM FC sekaligus mengekalkan rentak positif apabila menewaskan Selangor United 1 0 di Kuala Terengganu semalam Sementara itu Perlis yang sarat pelbagai kontrovers...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner