Roche Lancar Integrated Personalised Diabetes Management Solusi Bimbingan Kepada Penghidap Diabetes


ROCHE LANCAR INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT (IPDM) SOLUSI BIMBINGAN KEPADA PENGHIDAP DIABETES | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menyertai sesi ilmiah tentang integrated Personalised Diabetes Management (iPDM) yang dianjurkan oleh Roche. Sesi ini menerangkan bagaimana kita seisi keluarga boleh mengawal Diabetes sebagai gaya hidup harian. Ini kerana di Malaysia, Diabetes telah menjadi kebimbangan. 


Menurut data daripada National Health and Morbidity Survey (NHMS) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Diabetes telah meningkat secara berterusan. Dalam NHMS 2019, dilaporkan bahawa kira-kira 18.3% orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas di Malaysia menghidap Diabetes.


Statistik ini mungkin telah berubah pada 2024, kerana kelaziman Diabetes dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti perubahan gaya hidup, inisiatif penjagaan kesihatan dan kemajuan dalam rawatan perubatan. Sehingga 2021, seramai 537 juta orang dewasa di seluruh dunia, berumur antara 20-79 tahun menghidap Diabetes. Ini bermakna, kadar prevalens (kelaziman) ialah 1 dalam kira-kira 10 orang (10.5%) menghidap Diabetes. 
ROCHE INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT (IPDM) SOLUSI BIMBINGAN KEPADA PENGHIDAP DIABETESInternational Diabetes Federation (IDF) menjangkakan peningkatan kepada 643 juta pada 2030 dan mencecah 783 juta menjelang 2045, iaitu peningkatan sebanyak 46%. Prevalens di Malaysia juga agak membimbangkan kerana 1 dalam 5 orang menghidap diabetes (18.3%) dengan hampir 3.9 juta orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas hidup sebagai pesakit diabetes. Angka yang kita catatkan ini hampir dua kali ganda berbanding prevalens global. 

Dari kiri Dr Lim Lee Ling, Mr Bryan Koh, Ms Heng Chai Yin, General Manager of Roche Diagnostic Malaysia
Kebiasaannya, masyarakat akan mula mengambil berat tentang tahap glukosa dalam darah mereka apabila sudah mendapat tahu mereka adalah penghidap Diabetes. Namun, Ruby tertarik dengan perkongsian dari Encik Bryan Koh, Cluster Head of Asia Pacific Mature Markets, Roche Diabetes Care, Dr. Lim Lee Ling, Associate Professor of Medicine and Head of the Diabetes Care Unit, University of Malaya Medical Centre (UMMC) dan Nurse Yong Lai Mee, President of the Malaysian Diabetes Educators Society (MDES), Senior Nurse Diabetes Educator and Manager of Diabetes Care Services, at Subang Jaya Medical Centre (SJMC) bahawa Diabetes boleh dicegah dengan melakukan gaya hidup yang seimbang, dan menjalani saringan awal dengan profesional penjagaan kesihatan, terutamanya bagi mereka yang mengalami faktor risiko diabetes seperti sejarah keluarga diabetes, berat badan berlebihan, mempunyai tekanan darah tinggi, antara lain. Seimbang dari pemakanan, rutin harian, kekal aktif dengan bersenam, tidur yang mencukupi, hindari stress dan berada dalam kalangan mereka yang positif serta memberi sokongan untuk kita mencapai matlamat kesihatan yang holistik




Penghidap Diabetes memerlukan sokongan untuk mendapatkan kehidupan yang sihat. Mulakan gaya hidup yang seimbang dari rumah bersama keluarga kita, kemudian bersama masyarakat. Tahukah anda bahawa Diabetes tidak mengenal usia? 
Roche Diagnostics Malaysia (Roche) menjalin kerjasama dengan pakar kesihatan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran Diabetes mengenai pengurusan kendiri Diabetes menggunakan aplikasi pengurusan Diabetes digital.

Memandangkan diabetes sudah menjadi wabak global kerana ia paling cepat berkembang dalam abad ke-21 ini, Roche berusaha mengumpulkan beberapa pakar penjagaan kesihatan supaya mereka dapat membincangkan topik penting berkaitan cara pengurusan kendiri yang berkesan untuk individu yang menghidap diabetes.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek asas yang penting iaitu pengurusan harian Diabetes iaitu pemantauan glukosa darah berstruktur di mana pesakit dan penjaga menggunakan meter glukosa darah (BGM). Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan BGM sebagai ‘intervensi bukan pembedahan yang utama’ dengan meter glukosa darah mudah alih sebagai ‘alat perubatan utama’ untuk penghidap Diabetes.

Bagi memudahkan pengurusan diabetes dan memperkasakan penghidap Diabetes untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, Roche membangunkan satu pendekatan iaitu integrated Personalised Diabetes Management (iPDM). 
INTEGRATED PERSONALISED DIABETES MANAGEMENT BERKALA (iPDM)
ROCHE integrated Personalised Diabetes Management (iPDM) menawarkan pendekatan holistik, mengutamakan pengurusan diabetes untuk penghidap Diabetes di seluruh dunia dengan pendigitalan di hujung jari. Penyelesaian yang membantu mengikuti perkembangan penghidap Diabetes dengan bekerjasama Healthcare Professional (HCP) serta meningkatkan sokongan kepada kemampanan sistem penjagaan kesihatan.






Penjagaan Diabetes Roche telah merintis teknologi dan perkhidmatan Diabetes yang inovatif selama lebih 40 tahun. Diwujudkan dengan matlamat untuk penyediaan struktur penjagaan yang mampan yang merangkumi pemantauan glukosa, sistem penghantaran insulin dan penyelesaian digital. Penjagaan Diabetes Roche bersatu dengan rakan sealirannya untuk mencipta nilai berorientasikan pesakit. 
Membina kerjasama dalam ekosistem terbuka. Menghubungkan peranti dan solusi digital serta pengamatan data yang berkaitan, Penjagaan Diabetes Roche membuka laluan kepada wawasan yang lebih mendalam dan pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan kronik ini. Seterusnya membawa kepada penyesuaian terapi yang diperibadikan. Demi memberikan hasil yang lebih baik dan kelegaan sebenar kepada penghidap Diabetes. 



Menurut Bryan Koh, Cluster Head of Asia Pacific Mature Markets, Roche Diabetes Care, “Roche berdedikasi untuk memajukan penjagaan Diabetes yang boleh diakses dan menggalakkan penjagaan kesihatan berstruktur yang mampan dengan rakan-rakan sealiran bagi mengurangkan peningkatan penghidap Diabetes. Roche menyediakan solusi berorientasikan pesakit bagi memperkasakan pengurusan bagi setiap orang untuk menguruskan keadaan mereka sendiri, merasai kelegaan sebenar, dan menjalani kehidupan normal, yang lebih sihat.

Melalui gabungan teknologi dan pemahaman mendalam berkaitan cabaran yang dihadapi oleh penghidap Diabetes, penyesuaian pengurusan mengikut keperluan (personalisasi), keterhubungan, dan kerjasama demi mencapai kemampanan penjagaan kesihatan amat diperlukan.

Di sinilah iPDM memainkan peranannya. Apabila Blood Glucose Meters (BGM) disambungkan kepada aplikasi pengurusan Diabetes, maklumat terapi yang relevan untuk perhatian pegawai kesihatan dan penghidap Diabetes. Ini membolehkan mereka menyokong penghidap Diabetes menguruskan Diabetes melalui penyesuaian terapi yang tepat pada masanya agar dapat mengelak komplikasi Diabetes.” katanya.



Dr. Lim Lee Ling, Associate Professor of Medicine and Head of the Diabetes Care Unit, University of Malaya Medical Centre (UMMC), berkata, “Terdapat keperluan mendesak untuk mengutamakan pengurusan kendiri diabetes yang berstruktur bagi mengurangkan beban kewangan, fizikal, dan psikologi penghidap Diabetes serta kesannya tehadap sistem penjagaan kesihatan negara. Masalah kesihatan kronik sepanjang hayat seperti Diabetes memerlukan keseimbangan yang baik antara pengubahsuaian pemakanan, rejimen kecergasan dan pengurusan Diabetes yang dirangka khusus untuk seseorang pesakit.”

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, akses kepada penjagaan diabetes telah disediakan pada harga yang berpatutan. Ini termasuklah sokongan berterusan dalam menggalakkan penghidap Diabetes untuk mematuhi pengurusan Diabetes seperti pemantauan glukosa di rumah, rawatan susulan berjadual dengan maklum balas daripada doktor serta jururawat pendidik Diabetes. Sebagai masalah kesihatan yang kronik, Diabetes memerlukan komitmen jangka panjang dari penghidap Diabetes dan keluarga mereka.” katanya.





Mengulas tentang kerjasama antara anggota penjagaan kesihatan dan pesakit, Nurse Yong Lai Mee, President of the Malaysian Diabetes Educators Society (MDES), Senior Nurse Diabetes Educator and Manager of Diabetes Care Services, at Subang Jaya Medical Centre (SJMC), berkata, “Pada asasnya, pendekatan iPDM membantu membina rangkaian penjagaan dan sokongan yang kukuh untuk komuniti Diabetes iaitu antara pesakit, penjaga, dan anggota penjagaan kesihatan.

Setiap dari kita mempunyai peranan dalam membimbing penghidap Diabetes meniti perjalanan pengurusan diabetes mereka. Bukan mudah mengharungi laluan yang dipenuhi cabaran fizikal dan psikologi. Oleh kerana perjalanan setiap orang itu berbeza, maka kita perlu menyesuaikan terapi rawatan mengikut keperluan mereka. Dalam pengurusan diabetes, tiada istilah “satu solusi untuk semua”.

Saya juga mahu menegaskan betapa pentingnya peranan penjaga kepada penghidap Diabetes. Mereka adalah orang yang paling rapat dan boleh mempengaruhi penghidap Diabetes dalam membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat. Mereka memainkan peranan utama dalam menghubungkan anggota penjaga kesihatan dengan maklumat yang boleh dikumpulkan dan dianalisis untuk penyesuaian terapi serta penjagaan pesakit yang lebih baik.

Perjalanan pengurusan Diabetes seseorang pastinya akan menjadi lebih baik dan sihat apabila kita semua bersatu untuk membantu menguruskan masalah kesihatan mereka. Ia akan mengurangkan beban pengurusan Diabetes apabila mereka mendapat sokongan yang positif dari orang sekeliling.” jelas Yong


SAMA-SAMA BERI SOKONGAN UNTUK MENGAWAL DIABETES
Apabila kita mula beralih kepada pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat, pastinya kita perlu sokongan padu dari orang sekeliling agar matlamat yang inginkan tercapai. Jangan malu-malu untuk mula makan salad, makan makanan yang sihat bersama rakan sekerja, bersenam di taman, berlari di padang, konsisten pemantauan glukosa darah. 
Walaupun ada soalan dari orang lain "diet ke?", "sedap ke?", "makan itu aje?", atau persoalan lain. Kita sebagai pemilik badan perlu yakin dengan keputusan kita untuk berubah kepada gaya hidup sihat. Apabila diajukan perlbagai soalan, anda perlu bersikap positif dan berniat dalam hati untuk mendidik orang sekeliling juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang. Tanpa disedari, kita memiliki kenalan yang mempunyai matlamat yang sama. Ini juga wajib dipraktis di rumah bersama ahli keluarga. Pastinya kita ingin hidup sihat dan umur panjang melihat pasangan dan anak-anak membesar. 



Kesimpulannya, pendidikan Diabetes juga perlu kita pupuk di dalam ahli keluarga kita. Dari pemilihan makanan yang seimbang kepada gaya hidup sihat. Sokongan daripada pihak profesional, penjaga kesihatan, ahli keluarga dan kumpulan sokongan Diabetes amat diperlukan. Penjagaan Diabetes berorientasikan pesakit dan berasaskan data yang disepadukan dengan kerjasama anggota penjagaan kesihatan adalah cara yang berkesan dalam usaha menangani Diabetes yang menjadi cabaran penjagaan kesihatan pada hari ini. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/06/roche-lancar-integrated-personalised.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Why Choose Professional Property Management In Nj

Why Choose Professional Property Management In Nj

papar berkaitan - pada 13/6/2024 - jumlah : 208 hits
The management of property in NJ has evolved significantly over the last decade offering property owners innovative solutions for maximising their investments New Jersey property management firms are revolutionizing the property industry by...
Brand Portfolio Management Best Practices For Businesses In Indonesia

Brand Portfolio Management Best Practices For Businesses In Indonesia

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 270 hits
In Indonesia s dynamic business landscape effective trademark portfolio management is crucial for businesses seeking to protect their brands mitigate risks and capitalize on opportunities for growth and expansion nbsp A well managed tradema...
Jasa Akuntan Virtual Solusi Tepat Bagi Umkm Naik Kelas Di Era Digital

Jasa Akuntan Virtual Solusi Tepat Bagi Umkm Naik Kelas Di Era Digital

papar berkaitan - pada 31/5/2024 - jumlah : 216 hits
BloggerBorneo com Jasa Akuntan Virtual saat ini menjadi salah satu jenis bidang pekerjaan yang muncul di era digital saat ini dikarenakan banyak aspek bisnis yang bertransformasi termasuk pengelolaan keuangan Bagi para pemilik Usaha Mikro K...
Solusi Anggota Dpr Agar Tapera Tak Bermasalah Seperti Asabri Dan Taspen

Solusi Anggota Dpr Agar Tapera Tak Bermasalah Seperti Asabri Dan Taspen

papar berkaitan - pada 30/5/2024 - jumlah : 174 hits
Menurutnya pemerintah pun perlu menginventarisir pungutan pungutan yang selama ini telah dibebankan kepada masyarakat
Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital

Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 241 hits
Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital Korang tau tak diabetes atau kencing manis boleh menjejaskan warga emas kanak kanak dewasa muda dan ibu mengandung bergantung kepada fa...
Unveiling The Truth Are Dates A Good Choice For Diabetes Snacks

Unveiling The Truth Are Dates A Good Choice For Diabetes Snacks

papar berkaitan - pada 2/6/2024 - jumlah : 275 hits
Gestational Diabetes is a condition that affects many expectant mothers that requires careful control of diet to ensure good blood sugar levels Finding the right foods that satisfy your cravings while keeping the blood sugar level stable is...
Bandar Wakaf Di Gaza Korea Utara Lancar

Bandar Wakaf Di Gaza Korea Utara Lancar

papar berkaitan - pada 1/6/2024 - jumlah : 227 hits
Kerajaan Jepun hari ini mengeluarkan amaran kecemasan untuk penduduk di selatan supaya berlindung daripada kemungkinan ancaman peluru berpandu Korea Utara Foto AFP1 Kelantan sambut baik wujudkan bandar wakaf di GazaKOTA BHARU Menteri Besar ...
Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa Dan Musolla Aisya Lancar Tabung Bersamamu Rafah

Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa Dan Musolla Aisya Lancar Tabung Bersamamu Rafah

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 129 hits
PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH Assalammualaikum semua Malam ini Ruby berkesempatan buat kali pertama menyertai program solidariti bersama Palestin melalui Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa dan ...
Susu Diabetes Jenis Dan Keperluan Untuk Pesakit Kencing Manis

Susu Diabetes Jenis Dan Keperluan Untuk Pesakit Kencing Manis

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 344 hits
Adakah anda pesakit kencing manis dan sedang mempertimbangkan untuk mula amalkan susu diabetes Disebabkan susu tepung biasa dan produk tenusu seperti yogurt dan keju mempunyai kandungan karbohidrat gula dan lemak yang agak tinggi mungkin te...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Yuran Tabika Taska 2025 Kemas Sahkan Tiada Kenaikan Yuran

Nahas Jalan Raya Ayer Keroh Melaka Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada

Geotapak Bukit Jernih Taman Rekreasi Bukit Jernih

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila