Rmk 12 Tumpu Ke Arah Merealisasikan Negara Berpendapatan Tinggi





Rancangan Malaysia Ke 12 akan menumpukan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi seiring dengan jiran jiran di Asia yang semakin membangun dan kaya.





Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) Kerajaan dalam tujuan berkenaan telah menyasarkan lonjakan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya 5% setahun dalam tempoh RMK12 dengan memberikan tumpuan kepada dua perkara pokok.





"Pertama, memperkukuh produktiviti dengan menyegerakan peralihan kepada industri yang bernilai tinggi dan menerima guna

teknologi termaju serta mempertingkat bakat berkemahiran. Di samping itu, Kerajaan akan terus bekerjasama dengan sektor swasta dan ahli akademik bagi menambah baik aspek produktiviti negara.





"Kedua, Kerajaan berhasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama para pelabur dengan memperkukuh daya saing. Langkah utama adalah meningkatkan persekitaran perniagaan menerusi penambahbaikan peraturan perniagaan termasuk melalui unit MyMudah," katanya dalam pembentangan Kajian Separuh Penggal (KSP) RMK12 (2021 - 2025) di Dewan Rakyat sesi pagi.





Menurut PM lahi, Kerajaan juga akan memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high-growth high value, HGHV) meliputi lima bidang. Iaitu Pembangunan HGHV 1: Industri Berasaskan Peralihan Tenaga akan digagaskan sebagai anjakan utama bagi memastikan peralihan tenaga yang saksama.





Di samping itu, katanya, bagi memenuhi peningkatan permintaan gas asli cecair (LNG) dan memastikan keterjaminan bekalan, projek penyimpanan LNG tambahan akan dibangunkan di Terminal Penggasan Semula (RGT), Pengerang, Johor.





"Langkah ini juga akan memperkukuh usaha meliberalisasi pasaran gas domestik dan menjadikan Malaysia sebagai hab

pasaran gas asli serantau," katanya.





Manakala HGHV 2 pula, kata PM, menumpukan Industri Berasaskan Teknologi dan Digital yang akan diberi tumpuan kepada pemanfaatan teknologi termaju yang merangkumi kecerdasan buatan, bahan termaju dan pengkomputeran kuantum sebagai pemacu utama pertumbuhan industri.





"Saya pernah menghebahkan Agenda Digital Rakyat / Digital Native Agenda 2023 (DNA23) sebagai ikhtiar untuk memberi pendedahan dan pencerahan kepada bidang teknologi dan digital yang kritikal bagi negara.





"Hasrat saya adalah agar kefahaman dan penyertaan itu lebih menyeluruh dan penekanan mengenai transformasi digital akan merangkul semua lapisan masyarakat miskin kota, desa dan di pedalaman.





"Walhasil, kebijakan digital yang lebih inklusif akan diwujudkan untuk membangunkan infrastruktur yang kondusif, menyemak semula peraturan dan garis panduan bagi menambah baik persekitaran yang mendukung pembangunan ekonomi digital," katanya.





Berhubung industri digital, kata Anwar, pemain utama dalam sektor Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (TMK) seperti Google, Amazon Web Service, Microsoft dan IBM, serta tokoh syarikat pemula (startup) telah menyatakan minat mereka untuk mendukung usaha kerajaan bagi melahirkan lebih ramai bakat digital tempatan yang berkemahiran tinggi.





Kejayaan yang dirintis oleh syarikat pemula seperti EasyParcel, TheLorry, Swipey dan iStore iSend, katanya, mampu diangkat sebagai teladan.





"Untuk maksud ini, satu konvensyen syarikat pemula akan dianjurkan dalam masa terdekat bagi menghasilkan lebih ramai tekno-usahawan tempatan.





"Kerajaan juga telah menyediakan geran berjumlah RM266 juta pada tahun ini kepada syarikat pemula tempatan untuk melahirkan lebih banyak syarikat bertaraf unikorn. Sebanyak RM63.9 juta telah disalurkan sehingga kini," katanya.





Selain itu, aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan daya cipta (R&D&C&I) yang terarah merupakan satu daripada tunjang penting untuk mempercepat reformasi struktur ekonomi.





"Untuk itu, Unit Pengurusan Penyelidikan akan diperkasakan sebagai agensi tunggal bagi menyelaraskan dan

mengurus aktiviti R&D&C&I agar lebih cekap dan tuntas.





"Kerajaan menyasarkan Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) kepada KDNK sebanyak 2.5%, manakala sumbangan perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan Sektor Swasta (BERD) kepada jumlah keseluruhan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) disasarkan sebanyak 70% pada tahun 2025," katanya.





Bagi HGHV 3 pula, Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) Bernilai Tinggi menjadi tumpuan. Industri E&E negara yang

menyumbang hampir 13% dalam pasaran dunia bagi pengujian dan pempakejan cip akan diperkukuh untuk beralih ke rantaian nilai yang lebih tinggi.





HGHV 4 melibatkan Pertanian dan Industri Asas Tani. Kerajaan komited untuk mengukuhkan kemandirian dan keterjaminan

makanan dan meningkatkan daya saing sektor agrikomoditi. Kemandirian pengeluaran makanan tempatan akan ditingkatkan melalui automasi dan pendigitalan agar berskala lebih besar dan berdaya saing.





Indystri terbaharu, kata PM di bawah HGHV 5 adalah Industri Nadir Bumi yang akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam.





"Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan alatan elektronik. Industri nadir bumi dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK negara pada tahun 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan," kata Amwar lagi.

 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/rmk-12-tumpu-ke-arah-merealisasikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengangguran Tinggi Jangan Biar Negara Terus Tidak Stabil

Pengangguran Tinggi Jangan Biar Negara Terus Tidak Stabil

papar berkaitan - pada 7/9/2023 - jumlah : 161 hits
Kestabilan negara adalah kunci utama bagi membolehkan Kerajaan Perpaduan membangunkan ekonomi negara tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani Tambahnya orang Melayu khususnya tidak seharusnya taksub dan terbawa bawa dengan pol...
Apa Itu Banana Republic Atau Negara Penanam Pisang

Apa Itu Banana Republic Atau Negara Penanam Pisang

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 168 hits
Sejak awal abad ke 20 istilah banana republic telah menjadi rujukan untuk negara miskin di Amerika Tengah yang lazimnya korup dikuasai rejim tentera dengan sokongan kaum elit yang kaya dan berpengaruh yang tidak stabil keselamatan dan keten...
Pengalaman Seharian Jalan Jalan Di Zoo Negara Secara Percuma

Pengalaman Seharian Jalan Jalan Di Zoo Negara Secara Percuma

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 288 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja Baiklah kali ini aku nak kongsikan cerita dan pengalaman aku ke Zoo Negara Aku yakin dan pasti ramai...
Jemaah Luar Negara Berusia 12 Tahun Dibenar Tunai Umrah

Jemaah Luar Negara Berusia 12 Tahun Dibenar Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 367 hits
Arab Saudi membenarkan jemaah dari luar negara yang berusia 12 tahun ke atas untuk menunaikan umrah Perkara itu diumumkan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menambah peraturan terdahulu yang hanya membenarkan individu berusia 18 tahun me...
Kerajaan Digesa Segerakan Pengasingan Kuasa Peguam Negara Pendakwa Raya

Kerajaan Digesa Segerakan Pengasingan Kuasa Peguam Negara Pendakwa Raya

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 142 hits
hmetro com myCHUA Wei Kiat gambar fail FOTO NSTPKuala Lumpur Kerajaan digesa supaya menyegerakan pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara Timbal...
Pembebasan Zahid Keputusan Dihormati Peguam Negara Wajar Jelaskan Keadaan

Pembebasan Zahid Keputusan Dihormati Peguam Negara Wajar Jelaskan Keadaan

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 253 hits
Parti Amanah Negara menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi semalam Setiausaha Agung Amanah Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata keputusan itu dihormati atas prinsip Ke...
Ratusan Pemancing Dari Berbagai Negara Adu Skill Di Grajagan Fishing Festival Banyuwangi

Ratusan Pemancing Dari Berbagai Negara Adu Skill Di Grajagan Fishing Festival Banyuwangi

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 125 hits
Ikan tangkapan terbesar jatuh kepada tim PNC Surabaya dengan jenis ikan kurisi bagong dengan berat total 21 2 kg
Tepat Lantik Ahmad Terrirudin Peguam Negara Kata Azalina

Tepat Lantik Ahmad Terrirudin Peguam Negara Kata Azalina

papar berkaitan - pada 3/9/2023 - jumlah : 167 hits
Azalina Othman Said berharap pelantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh akan membawa kepada kesinambungan kerja kerja yang dilaksanakan Idrus Harun dan Jabatan Peguam Negara JOHOR BAHRU Pelantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh sebagai peguam ne...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas