Kerajaan Digesa Segerakan Pengasingan Kuasa Peguam Negara Pendakwa Raya


hmetro.com.my
Latifah Arifin
[email protected]
CHUA Wei Kiat, gambar fail. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Kerajaan digesa supaya menyegerakan pengasingan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya dalam usaha meningkatkan keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara.

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Chua Wei Kiat berkata, langkah itu juga penting, memandangkan timbul kesangsian banyak pihak terutama dakwaan mengaitkan kerajaan campur tangan dalam kes mahkamah.

"Kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang terletak pada individu sama. Ia perlu dipisahkan supaya keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat.

"Melalui langkah ini, tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campur tangan dalam kes mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang melepas tanpa membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang diasaskannya.

Chua yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang berkata, keputusan itu mengejutkan rakyat Malaysia susulan Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid.

"Saya mempunyai pemikiran yang sama dengan hakim, Collin Lawrence. Jika pihak pendakwaan tidak dapat bukti yang kukuh atau tidak ingin meneruskan lagi pertuduhan ini, masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia.

"Malah, duit pembayar cukai iaitu rakyat juga akan dibazirkan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berpandangan perlu ada penjelasan terperinci mengenai keputusan dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) yang diputuskan dalam kes itu.

"Menerusi DNAA, orang yang kena tuduh memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu. Bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan balik di mahkamah atas pertuduhan sama.

"DNAA membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh dan ini mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan," katanya.
Disiarkan pada: September 5, 2023 @ 11:41am

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/09/kerajaan-digesa-segerakan-pengasingan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

Kes Mahkamah Zahid Hamidi Hanya Dihenti Sementara Untuk Siasat Bukti Baru Kata Peguam Negara

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 424 hits
JABATAN Peguam Negara dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi yang melibatkan Dr Ahmad Zahid Hamidi Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata...
Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

Idrus Harun Must Answer Madani Says Peguam Negara Kata So You Discussed Dnaa With Him Why Did You Do That

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 377 hits
You can listen to the one minute video here Netizens have raised questions For example Madani says clearly Peguam Negara kata So IDRUS HARUN PLEASE EXPLAIN WHEN EXACTLY did you Peguam Negara kata And WHY Why did you Idrus Harun go and Pegua...
Jaga Diri Pesanan Bekas Ketua Polis Negara Buat Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa

Jaga Diri Pesanan Bekas Ketua Polis Negara Buat Pegawai Dan Anggota Penguat Kuasa

papar berkaitan - pada 23/8/2023 - jumlah : 442 hits
Hafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul hmetro com my Musa HassanKuala Lumpur Penyelia agensi penguatkuasaan di negara ini perlu memantau setiap aktiviti yang dilakukan anak buah mereka Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata pihak at...
Penyokong Pn Fitnah Kerajaan Ubah Rukun Negara

Penyokong Pn Fitnah Kerajaan Ubah Rukun Negara

papar berkaitan - pada 22/8/2023 - jumlah : 245 hits
HarapanDaily comPenyokong PN dilihat cuba untuk mempolitikkan Rukun Negara dengan mempersoal kewajaran penggunaan kata liberal Foto Facebook Kementerian Perpaduan NegaraSeorang penyokong Perikatan Nasional dilihat melampau apabila memfitnah...
Memahami Jata Negara Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

Memahami Jata Negara Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 683 hits
Di kepala surat surat rasmi kerajaan Persekutuan kita pastinya akan dapat melihat Jata Negara dipaparkan disitu menandakan surat tersebut adalah urusan rasmi kerajaan Malaysia Identiti sebuah negara merdeka dan ketinggian martabatnya terser...
Patuh Arahan Pm Hanya Jata Negara Pada Bantuan Kerajaan Kata Loke

Patuh Arahan Pm Hanya Jata Negara Pada Bantuan Kerajaan Kata Loke

papar berkaitan - pada 28/8/2023 - jumlah : 314 hits
SEREMBAN Teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim supaya penyaluran bantuan kerajaan kepada rakyat tidak boleh disalurkan dengan menggunakan lambang parti adalah tepat dan perlu dipatuhi semua pihak Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata ...
Rentasan 1441 Gempar Peguam Negara Hentikan Semua Prosiding Terhadap

Rentasan 1441 Gempar Peguam Negara Hentikan Semua Prosiding Terhadap

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 214 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1441 1 JANGAN JADI BODOH YANG TIDAK BOLEH DIAJAR 2 BENARKAH ZAHID MANGSA PENDAKWAAN TERPILIH TUN M 3 ANTARA BIJAK PANDAI DAN BUTA TULI 4 HADI AWANG SEBENARNYA ULAMAK ATAU AHLI POLITK
Budak 2 Tahun Maut Dihempap Tiang Konkrit Pagar

Buy Linkedin Premium At 90 Off Business Premium And Career Premium Available

Nasi Goreng Bawang Putih Dan Perjuangan Sumud Flotilla

Contoh Pempengaruh Tone Deaf Pentingkan Wang Ada Gerakan Boikot Ameera Khan Rizalman

Jawablah Di Akhirat Nanti Datuk Aaron Aziz Kesal Video Boikot Diputar Belit Individu Tidak Bertanggungjawab

Built To Grind The New Independent X Biltwell Inc Lane Splitter Helmet

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Irresistible Instant Pot Indian Beef Curry Recipe


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


27 Aktivis Gsf Warga Greece Berlepas Pulang Ke Tanah Air

Arvian Dwi Feat Tri Suaka Melepas Lajang Chord

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment

Five States To Experience Thunderstorms Heavy Rain And Strong Winds On Oct 6

Makan Lontong Di Canningvale Market