Pengalaman Seharian Jalan Jalan Di Zoo Negara Secara Percuma


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak kongsikan cerita dan pengalaman aku ke Zoo Negara. Aku yakin dan pasti ramai yang pernah ke Zoo Negara, sama ada bersama keluarga ataupun mengikuti rombongan sekolah

Untuk aku sendiri, sebenarnya aku pernah datang bersama keluarga, kira-kira 15 tahun yang lalu. Ketika itu aku masih kecil, jadi tak berapa banyak sangat perkara yang aku boleh ingat. Alhamdulillah, pada bulan Julai yang lalu, aku berkesempatan untuk menghabiskan masa seharian di Zoo Negara

PENGALAMAN SEHARIAN JALAN-JALAN DI ZOO NEGARA SECARA PERCUMA!
Untuk makluman anda, Zoo Negara merupakan zoo yang pertama di Malaysia dan dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Terletak di bahagian timur laut Kuala Lumpur, Zoo Negara ditadbir oleh sebuah badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Zoologikal Malaysia

Aku ke Zoo Negara pada hari bekerja, jadi aku harapkan tak ramailah orang dan aku boleh bersiar-siar dalam Zoo Negara dengan aman. Datang seawal jam 10.30 pagi, terus mendaftar, dan akhirnya melawat kawasan dan melihat haiwan-haiwan menarik di Zoo Negara. Oh ya, untuk kali ini aku tidak mengeluarkan sebarang duit untuk tiket masuk kerana aku menebus TIKET PERCUMA SEMPENA HARI LAHIR. Aku hanya perlu membayar harga tiket parking sahaja pada hari tersebut. Menarik bukan

CARA TEBUS TIKET PERCUMA ZOO NEGARA (PROMOSI HARI LAHIR)
Jom aku nak cerita cara nak tebus Tiket Percuma Hari Lahir. Senang sahaja sebenarnya, perkara pertama yang anda perlu pastikan adalah tarikh HARI LAHIR anda adalah dalam jangka masa 30 hari. Maksudnya anda boleh menebus tiket bermula dari hari lahir anda sehingga 30 hari sahaja, selepas itu anda tidak layak


Seterusnya, anda perlu pastikan bahawa anda adalah Warganegara Malaysia, promosi ini tidak tersedia untuk warganegara lain mahupun bagi mereka yang tidak bernegara. Lepas itu, anda perlu bawa MyKad untuk urusan pengesahan dan penebusan


Macam aku hari itu, tiba sahaja di Zoo Negara kami terus ke Kaunter Informasi B, dan kemudian beritahu nak tebus tiket hari lahir. Selepas itu, diberi borang untuk diisi, seterusnya perlulah membawa borang tersebut ke dalam bahagian kaunter tiket. Di situ anda perlu berikan MyKad untuk pengesahan bersama borang. 

Setelah semuanya sah, anda akan diberikan tiket masuk! Senang sahaja. Begitulah caranya. Untuk tempoh promosi ini pula aku tidak pasti sampai bila akan berlangsung. Apa yang aku harap adalah promosi ini berterusan untuk tahun-tahun hadapan, jadi boelhlah aku ke Zoo Negara setiap tahun

LAWATAN SEKITAR ZOO NEGARASebelum masuk ke Zoo Negara, kami diberitahu oleh pekerja yang berada di pintu masuk bahawa tiket ini adalah termasuk sekali untuk melawat Panda (sekarang Panda-Panda itu sudah dihantar pulang). Alhamdulillah, dapat juga melawat dan melihat Panda dengan mata sendiri



Disebabkan kami datang sewaktu hari bekerja, jadi memang tak ramai orang, dapatlah melihat haiwan dengan mudah. Alhamdulillah, setakat ini haiwan yang aku lihat semuanya sihat-sihat belaka. 


Tengok tu, siap berehat berdekatan dengan pagar, kita sebagai pengunjung ni pun risau lah jugak kalau-kalau pagar tu ada ruangan terbuka ke. Haha


Okay, penat berjalan, melihat haiwan, meniru aksi haiwan dan sebagainya, kami pun singgah sebentar di sebuah gerai menjual air. 100 Plus sebagai penyejuk badan yang kehausan. Harga 100 Plus ini mahal ya! Tak berbaloi untuk dibeli, aku sarankan bawa air mineral dari rumah sahaja. Kalau nak minum air berkarbonat boleh minum di luar kawasan Zoo Negara


Kalau-kalau anda sesat, jangan risau, anda boleh lihat arah berpandukan peta yang tersedia dan anda boleh meneruskan perjalanan ke lokasi haiwan yang anda ingin lihat. 

Seronok tengok Tapir ni berendam, rasa macam nak berendam jugaklah haha


Sampai sahaja di bahagian Capybara, tak nampak pulak kucing Oyen yang popular tu. Mungkin bukan shift dia bekerja, jadi yang ada hanyalah Capybara yang comel-comel belaka. 




Perjalanan diteruskan ke kawasan serangga dan haiwan kecil. Comel kan katak tu? Ada beberapa haiwan yang aku tak sempat nak ambil gambarnya kerana terpegun dengan keunikannya. 

Sempat juga melawat penguin, teringin nak dengar macam mana penguin berbunyi. Adakah sama seperti kartun Pingu


Setiap jam 11 pagi dan 3 petang ada pertunjukan haiwan, malangnya ketika jam 11 pagi kami berada di kawasan yang agak jauh daripada Show Amphitheatre ini, jadi melepaslah untuk pertunjukan pada pagi tersebut. 
MELAWAT PANDA 
Ya, aku sedar dan tahu bahawa ketika artikel ini ditulis, Panda-Panda ini telah dihantar pulang ke negara asal bagaikan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), cuma berbezanya adalah panda-panda ini dipinjamkan seketika buat rakyat Malaysia yang tidak mampu ke luar negara untuk melihat panda. 

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini aku masih bersyukur kerana sempat melihat dan mengunjugi kawasan panda ini. Memang agak ramai di sini, perlu beratur dan ramai yang mengambil gambar dan melihat panda selama beberapa minit sehingga bosan. 

Dalam kawasan ini memang sejuk sebab panda perlu berada dalam keadaan yang sejuk, alhamdulillah, aku berjaya menyelit ke beberapa ruangan yang terbuka untuk mengambil gambar panda yang terbaik boleh diambil. 

Selfie adalah satu kemestian, walaupun panda itu sepertinya sangat malas dan bosan menungggu hari pulang ke negara asal. Seronok sebenarnya bila dapat masuk ke kawasan panda ini, selain melihat panda, aku juga perlukan kesejukan pendingin hawa selepas keletihan berjalan-jalan di dalam Zoo Negara. 
Sebenarnya bagi aku ada bagusnya juga bilamana Panda ini dipulangkan kembali, dan wang yang digunakan untuk mentadbir urus panda itu boleh digunakan untuk menguruskan haiwan-haiwan yang lain. Ada yang aku lihat beberapa kawasan yang tidak dijaga dengan baik, fasiliti yang agak teruk keadaannya bolehlah dibaikpulih. 
HARGA TIKET MASUK KE ZOO NEGARA
WARGANEGARA MALAYSIADewasa : RM45 Kanak-Kanak (3 Tahun Sehingga 12 Tahun) : RM18Warga Emas(60 Tahun Ke Atas) : RM23i-KAD / WORKING PERMIT / DEPENDENT PASSDewasa : RM50Kanak-Kanak (3 Tahun Sehingga 12 Tahun) : RM25Warga Emas(60 Tahun Ke Atas) : RM50PELANCONGDewasa : RM88Kanak-Kanak (3 Tahun Sehingga 12 Tahun) : RM43Warga Emas(60 Tahun Ke Atas) : RM88PERCUMA : OKU
TIKET KONSESI SEKOLAH  :Pelajar : RM13Guru : RM17

Sebenarnya takdalah seharian berada di Zoo Negara, cuma beberapa jam sahaja iaitu dari jam 10.35 pagi sehingga jam 1.18 tengahhari sahaja. Untuk parking kereta pula, aku hanya perlu membayar RM10 sahaja, aku rasa masih pada harga yang berbaloi.Cuma jika aku datang bersama keluarga dan tidak menggunakan promosi hari lahir, mungkin kos yang ditanggung akan lebih tinggi. 
Jadi, begitulah ceritanya tentang pengalaman aku ke Zoo Negara di tahun 2023. Aku tak pasti bila lagi nak datang ke Zoo Negara, mungkin dengan promosi hari lahir aku akan datang bulan kelahiran aku nanti. 
Jom ke Zoo Negara ya

ZOO NEGARA
📍Lokasi : Jalan Taman Zooview, Taman Zooview, 68000 Ampang, Selangor
Telefon : 018-213 3200Laman Web : https://www.zoonegara.my/Facebook : https://www.facebook.com/znegaramalaysiaInstagram : https://www.instagram.com/zoonegara_malaysiaTikTok : https://tiktok.com@znmzoonegara
SEKIAN



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2023/09/jalan-jalan-di-zoo-negara-secara-percuma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zoo Negara Bids Farewell To Panda Cubs Yi Yi Sheng Yi

Zoo Negara Bids Farewell To Panda Cubs Yi Yi Sheng Yi

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 150 hits
Yi Yi and Sheng Yi are the offspring of giant panda ambassadors Xing Xing and Liang Liang which were loaned to the Malaysian government in 2014 KUALA LUMPUR Zoo Negara has bid farewell to Yi Yi and Sheng Yi the panda cubs who were born in M...
Tingkatkan Pengalaman Bersama Movon Pelan Jagaan Pakar Beli 1 Percuma 1 Hanya Rm80

Tingkatkan Pengalaman Bersama Movon Pelan Jagaan Pakar Beli 1 Percuma 1 Hanya Rm80

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 145 hits
Kalau bawa si manja bersiar siar letih juga kalau nak didukung setiap masa Kalau salah cara kita dukung anak boleh menyebabkan mama papa sakit belakang dan beri kesan pada tulang anak Kalau sekejap mungkin kita boleh bertahan tapi katalah t...
Mat Sabu Pas Keluar Pr Bukan Sebab Hudud Negara Islam

Mat Sabu Pas Keluar Pr Bukan Sebab Hudud Negara Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2023 - jumlah : 307 hits
Mohd Farhan DarwisPETALING JAYA Dakwaan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang mengatakan PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat kerana isu hudud dan negara Islam adalah satu pembohongan semata mata kata Mohamad Sabu Presiden Amanah itu berkata isu...
Majlis Profesor Negara Mahu Upsr 1988 Dikembalikan

Majlis Profesor Negara Mahu Upsr 1988 Dikembalikan

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 147 hits
PETALING JAYA Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang menggunakan format asal tahun 1988 harus dikembalikan semula bagi memudahkan penilaian dibuat terhadap kemahiran 3M iaitu membaca mengira dan menulis murid murid sekolah rendah Akhbar Utusa...
Ahmad Terrirudin Peguam Negara Baharu

Ahmad Terrirudin Peguam Negara Baharu

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 213 hits
freemalatsiatoday com 01 Sep 2023Beliau menggantikan Idrus Harun yang akan tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 Sept ini Ahmad Terrirudin Salleh adalah peguam cara negara ketika ini PETALING JAYA Ahmad Terrirudin Salleh dilantik seba...
Video Anies Sindir Soal Negara Konoha Wakanda Tanda Demokrasi Tidak Sehat

Video Anies Sindir Soal Negara Konoha Wakanda Tanda Demokrasi Tidak Sehat

papar berkaitan - pada 31/8/2023 - jumlah : 111 hits
Menurut Anies Baswedan ini menjadi tanda terbelenggunya kebebasan berdemokrasi
Memahami Jata Negara Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

Memahami Jata Negara Logo Rasmi Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 389 hits
Di kepala surat surat rasmi kerajaan Persekutuan kita pastinya akan dapat melihat Jata Negara dipaparkan disitu menandakan surat tersebut adalah urusan rasmi kerajaan Malaysia Identiti sebuah negara merdeka dan ketinggian martabatnya terser...
Jerantut Bandar Taman Negara

Jerantut Bandar Taman Negara

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 371 hits
Catatan hari Ahad 27 Ogos 2023 Encik Suami ada urusan kerja di Jerantut pada pagi hari Isnin jadinya seawal pukul 6 40 pagi hari Ahad kami bertolak dari rumah PP menuju ke Jerantut Pahang Bimbang kalau lewat nanti jalan akan sesak memandang...
Dap Perlu Gugurkan Agenda Negara Sekular Slogan Malaysian Malaysia Nur Jazlan

Dap Perlu Gugurkan Agenda Negara Sekular Slogan Malaysian Malaysia Nur Jazlan

papar berkaitan - pada 30/8/2023 - jumlah : 375 hits
bharian com myOleh Ogos 30 2023 2 03pmMenteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai Suhaizan Kayat ketika melawat PDM Sungai Danga di Balairaya Kampung ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord