Rm100 Juta Untuk Pemulihan Khas Pks


Mahani Ishak Kedai gunting rambut antara 14 sektor perniagaan dalam kategori ‘First Close, Last Open’ yang bakal menerima manfaat pemulihan khas PKS. - Foto hiasan KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) akan menggunakan peruntukan RM100 juta daripada Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi pemulihan khas membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata peruntukan itu bagi membantu 90 peratus PKS yang mengusahakan perniagaan barangan dan perkhidmatan bukan bidang perlu atau dikategorikan 'First Close, Last Open' (FCLO) iaitu paling awal tidak beroperasi namun menjadi terakhir untuk dibuka kembali.
Katanya, program khusus itu dirancang memberikan penyelesaian menyeluruh bagi FCLO terjejas dengan terdiri daripada penasihat dan jururunding berstruktur, bimbingan dan latihan, pembiayaan dan pemantauan perkembangan.
"Dana ini akan memberi manfaat kepada 10,000 usahawan FCLO dengan setiap mereka bakal diberikan geran hingga RM10,000 menerusi program yang dikendalikan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN).
"Sehingga kini, kementerian sudah mengenal pasti kira-kira 1,400 usahawan FCLO daripada 14 sektor perniagaan yang antaranya pusat kecantikan dan kesejahteraan diri, gunting rambut, urutan selepas bersalin, pengurusan acara, katering serta kedai buku dan alat tulis, serta lain-lain," katanya pada sidang media maya, hari ini.
Usahawan dalam bidang bukan perlu itu menghadapi cabaran getir berikutan perniagaan yang terawal ditutup dan yang terakhir dibenarkan beroperasi susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 mulai tahun lalu sehinggalah penguatkuasaan sekatan pergerakan pada masa ini.
Wan Junaidi berkata, perniagaan yang diberi keutamaan bagi Program Pemulihan FCLO MEDAC itu juga membabitkan pusat tuisyen, cucian kereta, jahitan serta perabot dan pertukangan kayu.
"Justeru program ini bukan memberikan bantuan kewangan semata-mata tetapi membantu peserta menjalani pemulihan, kenal pasti masalah dan memantau perkembangan mereka," katanya.
Katanya, jika tiada bantuan, kira-kira empat juta usahawan tempatan bakal kehilangan pekerjaan serta memberi kesan 12 juta orang rakyat jika kerajaan tidak menyalurkan bantuan berikutan hampir 90 peratus sektor PKS adalah daripada bidang bukan perlu.
"Menerusi kaji selidik dijalankan MEDAC mendapati bahawa lebih 80 peratus daripada usahawan FCLO ini dari kalangan berpendapatan rendah (B40). Ramai mereka tidak mempunyai simpanan serta faedah pekerjaan berikutan bekerja sendiri.
"Malah lebih daripada 60 peratus golongan ini tidak mempunyai insurans dan tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan dan 'safety net' sekiranya mereka hilang pekerjaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Wan Junaidi berkata, MEDAC sudah mencadangkan Kementerian Kewangan (MOF) supaya melonggarkan peraturan terkini mengenai kebankrapan bagi PKS yang perniagaannya terjejas teruk akibat PKP.
"Ini kerana kebanyakan PKS tidak dapat menjalankan perniagaan tetapi terpaksa membayar pinjaman dan komitmen kewangan lain serta sangat berisiko muflis, mengalami tekanan mental.
"Saya difahamkan, usahawan wanita paling ramai mengalami masalah ini kerana kebanyakan mereka ini berniaga barangan dan perkhidmatan 'non-essential'.
"Jadi kita harap MOF ada penyelesaian, kerana Amerika Syarikat ada mewujudkan program khas untuk usahawan yang muflis akibat COVID-19," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/rm100-juta-untuk-pemulihan-khas-pks.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Khas Covid 19 Isi Rumah M40 Dapat Rm250 Bujang Rm100

Bantuan Khas Covid 19 Isi Rumah M40 Dapat Rm250 Bujang Rm100

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 203 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan tunai berjumlah RM10 bilion sehingga hujung tahun ini yang bakal dinikmati pelbagai lapisan rakyat PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan wang tunai b...
Adakah Mesyuarat Khas Parlimen Hadkan Isu Diperbincangkan

Adakah Mesyuarat Khas Parlimen Hadkan Isu Diperbincangkan

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 252 hits
Adakah mesyuarat khas Parlimen hadkan isu diperbincangkan Oleh July 06 2021Pengumuman kerajaan Perikatan Nasional untuk mengadakan mesyuarat khas Parlimen pada 26 Julai selama 5 hari mengelirukan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Kari...
Menilik Keindahan Batavia Marina Kafe Dengan Pemandangan Dermaga Kapal Dan Punya Arsitektur Khas Eropa

Menilik Keindahan Batavia Marina Kafe Dengan Pemandangan Dermaga Kapal Dan Punya Arsitektur Khas Eropa

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 258 hits
Tempat wisata yang cocok buat kamu yang pengin liburan mewah atau sekadar berburu foto di Utara Jakarta
Terkini Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos Pejabat Pm

Terkini Sidang Khas Dewan Rakyat Diadakan 5 Hari Mulai 26 Julai Dewan Negara 3 Hari Mulai 3 Ogos Pejabat Pm

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 340 hits
Kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan tulis Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini
Jalan Penyelesaian Terbaik Khas Untuk Mat Cirit

Jalan Penyelesaian Terbaik Khas Untuk Mat Cirit

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 180 hits
JALAN PENYELESAIAN TERBAIK Tamrin Tun Ghafar Sabtu 10 07 20211 Sebelum meneruskan tulisan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke 96 kepada Tun Dr Mahathir Muhammad dan kepada Tun Dr Siti Hasmah yang akan menyambut tarikh lahir beliau pa...
Kerajaan Laksana 4 Fasa Pelan Pemulihan Negara

Kerajaan Laksana 4 Fasa Pelan Pemulihan Negara

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 288 hits
Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bertepatan dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik COVID 19 Pensyarah Pusat Polisi Perdana Fakult...
Pelan Pemulihan Mengaku Kalah Kepada Covid

Pelan Pemulihan Mengaku Kalah Kepada Covid

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 234 hits
Perutusan khas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin semalam yang membentangkan Pelan Pemulihan pasca pandemik Covid 19 dikritik oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan Menurut kenyataan Majlis Presiden Mahiaddin tidak membentangkan Pelan Pemulihan...
Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

Pelan Pemulihan Siap Dalam Dua Hari Dan Tiba2 Setuju Buka Parlimen Pada Oktober Tanda Mahiaddin Sedang Terdesak Giler

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 180 hits
Dalam langkah terdesak gilernya menjelang Majlis Perbincangan Khas Raja Raja Melayu di Istana Negara petang esok Perdana Menteri Mahiaddin Md Yasin petang ini menjanjikan untuk membenarkan Parlimen bersidang pada September atau Oktober depa...
Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

Mahiaddin Perlu Letak Jawatan Sebelum Sidang Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 313 hits
ULASAN LEWATMahiaddin makin terdesak Kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri semalam yang memaklumkan perdana menteri Mahiaddin Md Yassin dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur kerana menghidap diarrhea atau cirit birit men...
Kisah Wanita Cina Besarkan Anak Angkat Muslim Terbitan Rtm Antara Telemovie Menarik Tahun Baharu Cina Ini

Cara Mohon Cash Loan Tng Dan Touch N Go Loan Interest Rate

Polis Awasi Peserta Himpunan Anti Rasuah Berarak Ke Dataran Merdeka

Biodata Jefri Nichol Karier Kontroversi

Teknik Grounding Yang Berkesan Langkah Demi Langkah

Rakyat Korea Utara Sanggup Bergaduh Kerana Najis

Home Minister Saifuddin Warns Of Fake Clinics As Malaysia S Medical Tourism Grows

Sarapan Di Pasar Larkin


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Tambahan Hari Rehat Perkukuh Profesionalisme Warga Bomba

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Student Rally A Wake Up Call For The Madani Regime But Is Anwar Listening

Belajar Bahasa Utara Status Dalam Keluarga

Lirik Lagu Untuk Semua Jiwa Hun Haqeem Ft Noki