Jalan Penyelesaian Terbaik Khas Untuk Mat Cirit
JALAN PENYELESAIAN TERBAIK
Tamrin Tun Ghafar
Sabtu - 10/07/2021( 1 - 26 )
1. Sebelum meneruskan tulisan ini saya mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ke 96 kepada Tun Dr. Mahathir Muhammad dan kepada Tun Dr. Siti Hasmah yang akan menyambut tarikh lahir beliau pada 12hb Julai ini
2. Saya cukup ingat kedua - dua tarikh ini kerana saya dilahirkan 71 tahun dahulu pada 11hb. Julai iaitu pertengahan diantara tarikh lahir Tun Mahathir dan Tun Hasmah
3. Anugerah ALLAH SWT bukan sahaja pada umur beliau malah yang LEBIH PENTING ialah Tun masih berada dalam keadaan FISIKAL DAN MENTAL jauh lebih baik dari mereka yang lebih muda dari beliau
4. Berpuluh tahun lamanya kita di dendangkan dengan berbagai tomahan , celaan dan tuduhan terhadap beliau dan keluarga, namun sehingga kini TIDAK ADA SEBARANG BUKTI PUN yang mampu di kemukakan di mana - mana Mahkamah
5. Abdullah Ahmad Badawi , Najib Tun Razak dan kini Mahiaddin boleh melakukan nya jika ada bukti
6. Sebenarnya benar kata - kata orang tua yang masih boleh dipakai :
NAK TAHU KEBAIKAN SESEORANG TANYA LAH SAHABAT NYA
JIKA NAK KAN KEBURUKAN TANYA LAH MUSUH NYA
7. Kata Mat Sabu , Presiden Parti AMANAH , hanya di Malaysia sahaja perkara sebegini boleh berlaku :
YANG KALAH JADI KERAJAAN
YANG MENANG JADI PEMBANGKANG
Sebenarnya sejak meninggalkan UMNO dan PAS saya TIDAK LAGI menganggotai mana - mana Parti Politik justeru saya TIDAK TERIKAT memberi sebarang pandangan yang difikirkan sesuai
8. Mengapa Tun tiba - tiba MELETAK JAWATAN Perdana Menteri bagi kali kedua telah pun diterangkan secara terperinci NAMUN masih ramai yang TIDAK MEMAHAMI DAN MENERIMA penjelasan demi penjelasan yang diberi
9. Samada mereka benar - benar tidak memahami atau digunakan nya untuk kepentingan politik ; kebelakangan ini sudah ada cakap - cakap 'HANYA JIKA' atau 'IF ONLY' Tun tidak berundur , apa yang MENIMPA RAKYAT kini mungkin tidak akan berlaku
10. Sebenar nya apa yang berlaku terhadap negara dan rakyat ada HIKMAH nya ; sekurang - kurang nya kita dapat MEMBEZAKAN yang mana intan dan yang mana berlian , antara batu dan permata
11. Pernah Nabi SAW berkata kepada Abdulrahman bin Samurah :
'jangan lah kamu meminta jawatan , sebab jika kamu di beri jawatan TANPA MEMINTA , maka kamu akan di tolong . Namun jika kamu di berinya KERANA MEMINTA , maka kamu akan dibiarkan.'
apatah lagi jika dilakukan MELALUI RAMPASAN KUASA dek sebab gila kuasa ?
12. Sejak peristiwa LANGKAH SHERATON sehingga kini BELUM ADA sebarang Dasar yang telah di bentangkan kepada umum
13. Yang kita hanya dengar setiap waktu ialah bacaan doa oleh Mahiaddin seolah - olah BERTINDAK sebagai Menteri Agama sedangkan ketokohan Menteri Agama yang ada ini TAK KURANG sebagai Tok Lebai diperingkat kampung sahaja
14. Oleh kerana TAKUT BERSEMUKA dengan para wartawan khususnya wartawan antarabangsa maka beliau tidak ada pilihan lain melainkan melalui program Perutusan Khas atau Utusan Khas Perdana Menteri sehingga beliau PASTI diingati sebagai BAPA PERUTUSAN KHAS selain dari gelaran Abah Cow atau Bapa Lembu
15. Bak kata seorang pengalisa politik , belum ada mana- mana pemimpin dunia sebelum ini yang mengemumkan kepada umum.yang beliau dimasukan ke hospital kerana cirit birit
16. Adalah tersilap perhitungan jika cirit birit digunakan bagi meraih simpati ; jika di layari laman web dan sebagai nya boleh dapati ribuan kritik dilemparkan samada dalam bentuk kata - kata atau karaikutur ; inilah penghinaan yang tidak pernah dialami oleh mana - mana pemimpin
17. Mungkin ini BALASAN yang telah dijanjikan atau Hukum 'Karma' diatas Pengkhianatan Nasional ( PN ) yang dilakukan beliau
18. Kajian Transperansi Antarabangsa atau TI menunjukan taraf RASUAH Malaysia berada di peringkat yang terburuk sejak Kerajaan PN pimpinan Mahiaddin merampas kuasa
19. Kajian The Economist pula mendapati Malaysia merupakan negara TERAKHIR yang boleh memulihkan ekonomi nya
20. Mengikut Menteri Kewangan , hutang dan kerugiaan ( loan & liability ) negara sudah melebihi 89.2% dengan jumlah hutang RM1.3 Trillion - satu angka yang tidak pernah didengar sejak negara Merdeka
21. Mengikut Mat Cirit pula negara tidak cukup wang jestru jalan keluar Menteri - Menteri HANYA MENANGGUH bukan POTONG penerimaan gaji mereka sebanyak 30% selama 3 bulan - sekali lagi rakyat dianggap bodoh dan dipermainkan sedangkan umum tahu allowance bulanan mereka lebih besar dari gaji , ini TIDAK TERMASUK kereta , pemandu , body guard dan lain - lain , dan dalam masa sama pula gaji Kakitangan Kerajaan di POTONG
22. Jika angka ini tidak betul saya cabar KSN atau Ketua Perbendaharaan menyenaraikan secara terperinci SEMUA angka tersebut
23. Akhir sekali bagi MENGATASI KESANGSARAN HIDUP RAKYAT saya berpendat cadangan Tun Dr. Mahathir menujudkan MAJLIS PEMULIHAN NEGARA atau MPN , tanpa membuang masa dilaksanakan serta merta
24. MPN ini selain bertujuan mengatasi masalah berkaitan wabak COVID dan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat ia juga bagi MENGGELAKAN rebutan kuasa sekali lagi walaupun MUNGKIN ada yang PERCAYA mempunyai sokongan 115 dari 220 Ahli Parlimen ; jika diberi peluang maka muka - muka itu dari Parti - Parti berkenaan lah yang akan dilantik sebagai Menteri itu dan ini dan Perdana Menteri pula sekali lagi sebok membeli KATAK sedangkan rakyat TERUS MENDERITA dengan BENDERA PUTIH mungkin bertambah lagi
25. Terserah kepada rakyat memilih siapa yang mereka fikir layak memimpin negara sewaktu Pilihanraya Umum ke 15 nanti
26. Disertakan keratan akhbar berhubung cadangan MPN ini
WassalamTerima Kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/07/jalan-penyelesaian-terbaik-khas-untuk.html