Rjj Hotels Malaysia Jadi Hab Hospitaliti Baharu Asia Tenggara


Assalammualaikum semua! Hari ini Ruby berpeluang menyaksikan sesuatu yang cukup bersejarah dalam dunia hospitaliti Malaysia. Bayangkan, sebuah perniagaan yang sudah lebih 90 tahun bertapak, kini memilih Malaysia untuk membuka lembaran baharu dalam industri pelancongan serantau. Inilah yang berlaku apabila RIYAZ International dari Malaysia berganding tenaga dengan Jin Jiang Hotels dari China, menerusi pelancaran RJJ Hotels. 
RJJ mempunyai sasaran untuk membuka lebih daripada 30 hotel di Malaysia dan lebih daripada 180 hotel 3, 4 dan 5 bintang di seluruh ASEAN dalam masa 5 tahun. Pembukaan hotel Jinjiang pada skala yang besar akan membuka ribuan (anggaran melebihi 3000) peluang pekerjaan di Malaysia dalam sector pelancongan.


Kenapa Penting Untuk Malaysia?
Kerjasama ini bukan sekadar soal hotel baharu dibuka. Ia membawa beberapa manfaat besar:

✨ Peluang pekerjaan: lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat peluang kerja dalam bidang hospitaliti, pengurusan dan rekabentuk.
✨ Latihan bertaraf dunia: belia tempatan berpeluang menimba ilmu dan pengalaman dari rangkaian hotel antarabangsa.
✨ Sokongan untuk PKS tempatan: lebih banyak produk & perkhidmatan tempatan boleh masuk dalam rantaian nilai pelancongan.
✨ Kesan positif kepada ekonomi pelancongan: semakin ramai pelancong akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan.

Siapa RJJ Hotels?
✨ RJJ Hotels ialah anak syarikat RIYAZ International (Malaysia).
✨ Mereka bekerjasama dengan Jin Jiang Hotels (China), salah satu kumpulan hotel terbesar dunia dengan lebih 17,000 hotel di 55 negara.
✨ Melalui RJJ Hotels, beberapa jenama antarabangsa seperti Metropolo Jinjiang Hotels, Lavande Hotels, Jinjiang Inn, Ginco dan Renjoy akan dibawa masuk ke Asia Tenggara.

Majlis Pelancaran Bersejarah di MITEC
Majlis pelancaran RJJ Hotels berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 400 pemegang taruh industri. Ia dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri, Dato’ Hairil Yahri Yaacob, yang mewakili Menteri MITI, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz.

Antara perjanjian yang ditandatangani:

✨ Perjanjian Lesen Pengurusan (MLA) antara RJJ Hotels & Jin Jiang Hotels
✨ Usaha Sama dengan Permodalan Satok Berhad (PSB) untuk projek Metropolo Jin Jiang Sarawak
✨ 11 lagi perjanjian pengurusan hotel & MoU di seluruh Malaysia

YBhg. Dato' Hairil Yahri Yaacob, Secretary GeneralMinistry of Investment, Trade and Industry (MITI)
“Kerjasama ini bukan hanya tentang membuka lebih banyak bilik hotel, tetapi tentang peluang – pekerjaan, latihan, dan kelestarian yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.” – MITI
Dato' Sri Shaheen, RIYAZ International Group Managing Director

“RJJ Hotels bukan sekadar pelancaran, ia adalah peluang untuk Malaysia menerajui era baharu hospitaliti rentas sempadan. Dalam tempoh lima tahun, kami menyasarkan lebih 181 hotel akan diwujudkan di rantau ini.” – Dato’ Sri Shaheen, RIYAZ International

Zhou Wei, Vice President of Jinjiang International Group

“Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam strategi pertumbuhan kami. Jin Jiang bukan hanya kumpulan hotel atau agensi pelancongan. Kami adalah Travel Facilitator – pendidik yang membawa ilmu, latihan, dan nilai jangka panjang kepada pasaran yang kami terokai.” – Zhou Wei, Jin Jiang International

 




Pameran Hotel-Hotel






Apa Maknanya untuk Kita, Rakyat Malaysia?
Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh berbangga kerana negara kita dipilih sebagai pusat operasi baharu untuk rangkaian hotel antarabangsa. Ini bermakna:

✨ Lebih banyak pilihan hotel dengan pelbagai bajet (dari ekonomi hingga premium).
✨ Malaysia akan terus dikenali sebagai hab pelancongan serantau.
✨ Peningkatan ekonomi untuk industri kecil tempatan – dari makanan, pengangkutan hingga produk budaya.

Ruby rasa teruja bila melihat sendiri bagaimana sebuah kerjasama seperti ini mampu mengubah wajah industri pelancongan negara. Dari satu sudut, ia tentang hotel dan pelaburan. Tapi dari sudut lain, ia tentang peluang – peluang untuk rakyat, peluang untuk ekonomi, dan peluang untuk menjadikan Malaysia lebih dikenali di mata dunia. Dengan sasaran 180 lebih hotel dalam tempoh lima tahun, RJJ Hotels bukan sekadar menambah bilik penginapan, tetapi membuka ruang untuk masa depan pelancongan Malaysia yang lebih cerah. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/08/rjj-hotels-malaysia-jadi-hab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ninja Van Malaysia Melancarkan 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu Bagi Memacu Pengembangan Perniagaan Malaysia

Ninja Van Malaysia Melancarkan 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu Bagi Memacu Pengembangan Perniagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 1185 hits
KUALA LUMPUR 19 Ogos 2025 Ninja Van Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran 44 laluan penghantaran antarabangsa baharu memberikan perniagaan Malaysia akses langsung ke pasaran utama di seluruh Asia Pasifik Amerika Utara Amerika Latin Timur...
Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance

Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 856 hits
Malaysia Negara Kedua Terbaik Di Asia Bagi Work Life Balance Sejak beberapa tahun kebelakangan ini orang ramai mula mencari pekerjaan yang mementingkan keseimbangan hidup dan kerja Walaupun ia sepatutnya sudah menjadi satu kebiasaan namun t...
The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia Meraikan Kebanggaan Negara Dengan Kegemaran Lama Bersentuhan Baharu

The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia Meraikan Kebanggaan Negara Dengan Kegemaran Lama Bersentuhan Baharu

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3143 hits
Hi Korang Sempena Bulan Kemerdekaan ini The Coffee Bean Tea Leaf Malaysia menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan kebanggaan negara melalui aneka rasa yang dekat dengan hati kita Mempamerkan pelbagai tawaran bermusim yang diilhamkan oleh c...
Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi Bagi Kediaman Malaysia

Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi Bagi Kediaman Malaysia

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 593 hits
Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi bagi Kediaman Malaysia Kuala Lumpur 15 Ogos 2025 Panasonic Malaysia memperkenalkan rangkaian produk Dapur Terbina Dalam terbaharu dengan tema utam...
Riuh X Asean 2025 Bakal Gegarkan Kl Himpunan Kreatif Terbesar Asia Tenggara

Riuh X Asean 2025 Bakal Gegarkan Kl Himpunan Kreatif Terbesar Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 370 hits
Malaysia sekali lagi jadi tumpuan serantau Menteri Komunikasi YB Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa RIUH x ASEAN 2025 acara kreatif terbesar Asia Tenggara bakal berlangsung dari 17 hingga 26 Oktober 2025 Anjuran Kementerian Komu...
Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes

Misi Kemanusiaan Zizi Kirana Jarang Buat Video Call Tak Mahu Keluarga Menangis

Jalan Jalan Cuti Sekolah September 2025

Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro Dimasukkan Ke Hospital Malaysiagazette

Percubaan Mewujudkan Ai Classroom World


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lempeng Lembut Sampai Esok Dan Sambal Ikan Bilis

10 Ideas For Personalized Gifts That Wow In Business Corporate Life

Innovation In Startup Success

Makan Makan Dengan Birthday Girl

Ustaz Azhar Idrus Ulas Kenyataan Buka Hijab Lebih Dekat Dengan Allah Itu Jahil

Setiap Detik Adalah Puisi Cinta Yang Tidak Terucap Nukilan Fattah Amin Kepada Amira Othman Bikin Merinding