Peralatan Dapur Built In Baharu Panasonic Cooking Bawa Rekaan Harmoni Masakan Penuh Inspirasi Bagi Kediaman Malaysia


Peralatan Dapur ‘Built-In’ Baharu Panasonic Cooking Bawa “Rekaan Harmoni, Masakan Penuh Inspirasi” bagi Kediaman Malaysia Kuala Lumpur, 15 Ogos 2025 – Panasonic Malaysia memperkenalkan rangkaian produk Dapur Terbina Dalam terbaharu dengan tema utama “Rekaan Harmoni, Masakan Penuh Inspirasi” (“Harmonious Design, Inspired Cooking”), satu rangkaian peralatan dapur yang bergaya dan praktikal yang direka untuk memperkayakan gaya hidup moden.
Tersedia di seluruh negara bermula Jun 2025, koleksi ini mencerminkan komitmen berterusan Panasonic terhadap inovasi yang membolehkan gaya hidup yang lebih sihat dan bebas kerumitan, demi memperkayakan kehidupan seharian.
Berteraskan kepercayaan bahawa dapur adalah nadi sebuah rumah, rangkaian baharu Panasonic Cooking ini memperkenalkan bahasa rekaan yang harmoni bersama penyelesaian memasak intuitif, menawarkan pengalaman dapur yang bukan sahaja menaikkan gaya hidup anda, malah menghidupkan semula kegembiraan memasak — sama ada untuk diri sendiri mahupun seisi keluarga.
“Rekaan Harmoni” dalam rumah moden masa kini melangkaui aspek estetik semata-mata. Ia berkisar kepada penciptaan keseimbangan dan kesinambungan yang menghubungkan gaya hidup anda dengan cara hidup yang lebih tenang dan bermakna.
“Dengan mengintegrasikan peralatan secara menyeluruh dalam ruang kediaman, Panasonic membantu pemilik rumah membina dapur yang bukan sahaja cantik dan berfungsi, malah menyumbang kepada kesejahteraan.

“Sama ada anda pemilik rumah baharu, keluarga yang sedang berkembang, ataupun seseorang yang mahu mengamalkan tabiat memasak yang lebih sihat atau gaya jamuan terbuka, rangkaian ini menawarkan penyelesaian yang bijak dan mesra pengguna, daripada tahap permulaan hinggalah ke tahap canggih, pada harga yang berpatutan. “Di Panasonic, kami komited untuk menawarkan rekaan harmoni yang mempertingkatkan ruang kediaman pelanggan. Kami percaya dapur yang direka dengan baik bukan sahaja perlu tampak menarik, tetapi juga menyokong gaya hidup, kesejahteraan dan menjadi ruang untuk mencipta hubungan yang bermakna. Penyelesaian dapur terbina dalam kami direka dengan teliti untuk menginspirasi masakan harian dan memudahkan saat kebersamaan,” kata Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia.
“Berpandukan falsafah ‘Diilhamkan oleh Jepun’ (Inspired by Japan), rangkaian Dapur Terbina Dalam baharu ini mencerminkan Kualiti Jepun melalui kejuruteraan tepat, rekaan halus dan kebolehpercayaan jangka panjang dengan memperkenalkan peralatan inovatif yang mesra pengguna untuk mempertingkatkan gaya hidup moden isi rumah di Malaysia.
“Yang lebih penting, ia memperkasa budaya pemakanan sihat dengan memudahkan penyediaan hidangan berkhasiat dan lazat di rumah, sambil menyederhanakan proses memasak yang kompleks. Ini mencerminkan komitmen kami terhadap Kesejahteraan Nutrisi (Nutritional Wellbeing) — salah satu teras utama di bawah visi korporat kami, ‘Create Today. Enrich Tomorrow.,” tambah Nishida.
Kepelbagaian siri peralatan dapur berprestasi tinggi baharu ini termasuk hud penyedut berkuasa tinggi, dapur seramik dan induksi, serta ketuhar terbina dalam yang luas — semuanya direka dengan estetika harmoni dan antaramuka intuitif bagi mewujudkan persekitaran memasak yang lancar. Kebanyakan produk akan tersedia mulai Jun 2025, dengan model terpilih dilancarkan pada bulan Ogos dan Oktober.
Hud Dapur Berkuasa Tinggi: Prestasi Hebat, Gaya Menawan
Side Suction Hood menampilkan kuasa sedutan tinggi sebanyak 1,550 m³/j, fungsi pembersihan kendiri dengan mekanisme kering, serta flipper auto-buka (70°) untuk penyingkiran asap dan minyak yang berkesan. Reka bentuk kaca hitam yang bergaya, kawalan isyarat, dan pengumpul minyak bersaiz besar memastikan penggunaan mudah dan penyelenggaraan minimum.
T-Shape Hood pula menawarkan kuasa sedutan 1,450 m³/j dengan pilihan pemasangan yang fleksibel (berpaip atau kitar semula), permukaan kaca rata sepenuhnya bersaiz 90cm, penapis logam 5-lapisan yang mudah dibersihkan, dan panel kawalan yang langsing — sesuai untuk konsep dapur terbuka moden.
Telescopic Hood, yang akan dilancarkan pada bulan Ogos, ialah penyelesaian yang diskret tetapi berkesan dan menyatu kemas dalam kabinet. Dengan lebar 60cm, ia menyediakan kuasa sedutan 750 m³/j menerusi motor BLDC berkecekapan tinggi. Ia dilengkapi dengan penapis logam 4-lapisan dan kawalan sentuhan sensitif — sesuai untuk dapur yang lebih kompak.
Model paling unggul dalam rangkaian ini ialah T-Shape Hood dengan Self-Cleaning, yang bakal tiba pada bulan Oktober. Ia menggabungkan kuasa sedutan 1,800 m³/j dengan teknologi kawalan isyarat dan sentuhan yang canggih. Dengan sentuhan emas mawar, tepi beveled, dan fungsi pembersihan kendiri kering, ia benar-benar mencerminkan tema rekaan harmoni — menyatukan gaya, inovasi dan kemudahan penyelenggaraan.
Dapur Induksi & Seramik: Kawalan Anggun, Memasak dengan Jaminan Keselamatan
Entry IH Hob menawarkan prestasi harian yang boleh diharap dengan jumlah kuasa 3,500W dan 2,000W bagi setiap zon. Ia menampilkan kawalan sentuhan gelangsar, penunjuk haba sisa, serta ciri keselamatan penting seperti pengesanan perkakas memasak, auto-mati, dan pencegahan terlalu panas — semuanya dibina dalam permukaan kaca rata yang bergaya untuk rupa minimalis dan penyelenggaraan mudah.
Bagi mereka yang perlukan lebih fleksibiliti, Advance IH Hob menyediakan zon berkuasa tinggi 2,200W dengan kawasan memasak lebih luas (220mm), empat mod pratetap, amaran limpahan, pemasa zon fleksibel, dan kawalan sentuhan dan isyarat yang intuitif untuk pengalaman memasak yang lancar.
Untuk dapur yang lebih kecil atau berkonsep minimalis, Domino Ceramic Hob yang boleh dimiliki pada bula Ogos menawarkan kuasa dan ketepatan dalam saiz kompak. Hanya 28.8cm lebar, ia memberikan jumlah kuasa 3,000W di dua zon memasak (1,800W dan 1,200W), serta ciri keselamatan utama seperti auto-mati, pencegahan terlalu panas, dan penunjuk haba sisa — ideal untuk masakan yang cekap dan kemas.
Ketuhar Terbina Dalam: Serbaguna dan Tepat
Melengkapkan rangkaian ini adalah dua ketuhar terbina dalam bersaiz 78L yang direka untuk ketepatan dan kemudahan. Catalytic Cleaning Oven menawarkan kuasa 2,900W dengan 12 fungsi memasak, julat suhu penuh dari 30–250°C, pintu tiga-lapisan dengan kaca low-e untuk penebat lebih baik, dan dalaman bersalut enamel untuk pembersihan mudah.
Basic Oven pula memberikan kuasa 2,300W dengan 8 fungsi memasak penting, julat suhu dari 50–250°C, serta lima paras rak teleskopik untuk menyokong penyediaan pelbagai hidangan serentak.
Rangkaian ini menandakan peralihan daripada dapur konvensional kepada konsep yang lebih menyatu dan berpandangan rekaan. Dengan reka bentuk yang lancar, ciri praktikal, dan prestasi tinggi, Rangkaian Dapur Terbina Dalam Panasonic mentransformasi dapur menjadi ruang yang menyokong kreativiti, hubungan, dan kecekapan harian.
Rangkaian Dapur Terbina Dalam Panasonic dilancarkan mulai Jun 2025, dengan model terpilih diperkenalkan pada Ogos dan Oktober. Sila semak dengan pengedar sah Panasonic serta kedai dalam talian Panasonic Malaysia untuk ketersediaan model tertentu. 
Untuk maklumat lanjut mengenai Rangkaian Dapur Terbina Dalam Panasonic, sila layari https://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliance/built-in-appliance/built-in-kitchen-solutions.html 
Built-in Hob – https://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliance/built-in-appliance/built-in-hob.html 
Built-in Hood – https://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliance/built-in-appliance/built-in-hood.html 
Built-In Oven – https://www.panasonic.com/my/consumer/kitchen-appliance/built-in-appliance/built-in-oven.html
The post Peralatan Dapur ‘Built-In’ Baharu Panasonic Cooking Bawa “Rekaan Harmoni, Masakan Penuh Inspirasi” bagi Kediaman Malaysia appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/15/peralatan-dapur-built-in-baharu-panasonic-cooking-bawa-rekaan-harmoni-masakan-penuh-inspirasi-bagi-kediaman-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu

Pasukan Guaman Najib Tidak Tolak Kemungkinan Akan Kemukakan Permohonan Pengampunan Penuh Baharu

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 146 hits
PUTRAJAYA Pasukan guaman kepada Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan pengampunan penuh baharu terhadap bekas Perdana Menteri itu Bagaimanapun peguam bela Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berka...
Habib Sambut Merdeka Dengan Koleksi Penuh Gaya Jiwa Malaysia

Habib Sambut Merdeka Dengan Koleksi Penuh Gaya Jiwa Malaysia

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 280 hits
Jenama barang kemas tempatan yang tersohor HABIB kembali dengan kempen ikonik Jualan Merdeka yang berlangsung dari sekarang hingga 1 September 2025 di semua bilik pameran HABIB seluruh negara Lebih daripada sekadar perhiasan setiap rekaan H...
Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

Juar Sulung Raise The Star Malaysia Milik Didie Dan Terima Lagu Baharu Aina Abdul

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 640 hits
Peserta asal Kota Kinabalu Sabah Didie Shazry dinobatkan sebagai juara sulung program Raise The Star Malaysia Mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dan single pertamanya ciptaan Ainai Abdul berjudul Pegang Hati membolehkan Didie berjaya ...
Mpok Alpa Berpulang Menghadap Pencipta 7 Jejak Karier Penuh Inspirasi Sang Komedian Betawi

Mpok Alpa Berpulang Menghadap Pencipta 7 Jejak Karier Penuh Inspirasi Sang Komedian Betawi

papar berkaitan - pada 15/8/2025 - jumlah : 1243 hits
Berpulangnya Mpok Alpa bukan hanya menyisakan kabar duka tetapi juga mengingatkan publik pada perjalanan karier menginspirasi seorang komedian Betawi bernama Nina Carolina yang bermula dari pekerja serabutan viral lewat video sederhana hing...
Purcotton Bawa Gaya Hidup Kapas Premium Ke Malaysia

Purcotton Bawa Gaya Hidup Kapas Premium Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 18/8/2025 - jumlah : 1022 hits
Purcotton kini rasmi dilancarkan di Malaysia dan buat pertama kali memperkenalkan rangkaian produk keperluan harian berasaskan 100 kapas tulen kepada pengguna tempatan Sempena pelancaran ini acara pop up Pure Cotton Pure Comfort telah pun b...
2 Pelancong Malaysia Dibakar Di Bangkok Keluarga Mohon Kebenaran Untuk Bawa Pulang

2 Pelancong Malaysia Dibakar Di Bangkok Keluarga Mohon Kebenaran Untuk Bawa Pulang

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 243 hits
2 pelancong Malaysia dibakar di Bangkok Keluarga mohon kebenaran untuk bawa pulang Laporan BH Online mengenai kejadian dua rakyat Malaysia dibakar di Bangkok BANGKOK Keluarga kepada dua pelancong Malaysia yang dibakar dalam satu kejadian di...
K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

K Fry Lancar Menu Baharu Cool Lah Malaysia Unity On Ice Sempena Merdeka

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 1121 hits
Sempena sambutan Hari Merdeka tahun ini K Fry Urban Korean tampil dengan menu edisi terhad yang diinspirasikan daripada cita rasa kegemaran rakyat Malaysia digabungkan dengan sentuhan unik ala Korea Koleksi istimewa ini dinamakan Cool lah M...
A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

A Brick Built Love Letter To The Lion City Legoland Malaysia Unveils Refreshed Miniland Singapore To Celebrate Sg60

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 309 hits
From Left Cs Lim Mr Lim En Wei Vice Consul Consulate General of The Republic of Singapore in Johor Bahru and YBrs Puan Nurazlin binti Abu Talib Director of the Ministry of Tourism Arts and Culture JohorA BRICK BUILT LOVE LETTER TO THE LION ...
Khairul Aming Dedikasikan Anugerah Maulidur Rasul Kepada Peniaga Kecil

Misi Membeli Perfume Luggage Dan Hadiah Encik Suami Gagal

Kenangan Bercuti Di Pulau Pangkor

Sambutan Birthday Malam Ambang Merdeka 2025

Filem Badak

Ideas Beef Asado Recipe Slow Cooker

Salam Maulidur Rasul

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bila Lagu Lama Mengusik Jiwa

Menulis Dengan Hati Kerana Tulisan Hidup Lebih Lama

Kotak Packaging Produk Travel Set Solusi Branding Mudah Untuk Usahawan Baru Dengan Design Premium

666 Apa Yang Ditulis Buku Santai Untuk Asah Kreativiti Menulis

Karipap Daging

Menyeramkan Darah Menitis Dari Siling Hospital