Ritual Tolak Banjir Ahmad Marzuk Mahu Tindakan Tegas Diambil


Oleh Bernama Individu yang dikenali sebagai bomoh bersama seorang wanita melakukan ritual di Telok Intan seperti yang tular di media sosial semalam.- Gambar video Facebook Perak Press RITUAL menolak banjir yang dilakukan Ibrahim Mat Zin atau gelarannya Raja Bomoh bersama seorang wanita di Teluk Intan baru-baru ini jelas terdapat unsur bercanggah dengan ajaran Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary. 
AHMAD MARZUK SHAARY Beliau berkata sehubungan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berharap Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengambil tindakan tegas terhadap Ibrahim dan individu lain yang terlibat.
“Tindakan itu jelas membawa unsur yang bercanggah dengan ajaran agama Islam iaitu unsur khurafat dan tahyul yang dilakukan dalam upacara itu.
“Kita serahkan kepada pihak berkuasa agama negeri (JAIPk) mengenakan tindakan lebih tegas (kepada individu terlibat),” katanya pada sidang media selepas Program Musaadah Banjir di Pasti Nur Fatihah Kuala Balah, Jeli hari ini.
Semalam JAIPk dilaporkan akan memanggil Ibrahim berhubung satu ritual kononnya bagi menolak banjir di Dataran Pengairan dan Saliran Teluk Intan yang tular menerusi rakaman video.
Pengarahnya Datuk Mohd Yusop Husin berkata selain Ibrahim, pihaknya akan memanggil individu lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 atas kesalahan mencela dan menghina agama Islam.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata pihaknya berharap bakal jemaah bersabar dengan penangguhan umrah yang diumum kerajaan, Sabtu lepas.

Sementara itu di Perak, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata Ibrahim, 71, membuat laporan mengenai ritual itu di Balai Polis Teluk Intan kira-kira 12.30 tengah malam tadi.
“Raja Bomoh membuat laporan polis menafikan upacara yang dilakukan olehnya tidak bertentangan dengan akidah dan syariat Agama Islam sebaliknya hanya mendoakan keselamatan semua penduduk supaya tidak berlaku banjir,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata laporan itu telah dirujuk kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk siasatan JAIPk.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/ritual-tolak-banjir-ahmad-marzuk-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jaipk Siasat Ritual Tolak Banjir

Jaipk Siasat Ritual Tolak Banjir

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 251 hits
Tangkap layar video tular menunjukkan ritual tolak banjir yang dipercayai dilakukan di Dataran JPS Teluk Intan PETALING JAYA Jabatan Agama Islam Perak akan membuka kertas siasatan berhubung video ritual menolak musibah banjir dipercayai dil...
Raja Bomoh Lapor Polis Nafi Ritual Tolak Banjir Bertentangan Syariat Islam

Raja Bomoh Lapor Polis Nafi Ritual Tolak Banjir Bertentangan Syariat Islam

papar berkaitan - pada 7/1/2022 - jumlah : 236 hits
Raja Bomoh mendakwa ritual menolak banjir yang dilakukannya hanya untuk mendoakan keselamatan penduduk daripada bencana banjir PETALING JAYA Lelaki dikenali sebagai Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin membuat laporan polis menaf...
Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

Banjir Jumlah Mangsa Di Sabah Johor Melaka Pahang Meningkat

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 622 hits
Oleh Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang mencatatkan peningkatan petang ini GAMBAR Bernama JUMLAH mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara di Sabah Johor Melaka dan Pahang menca...
Anak Lapar Tak Ingat Nak Main Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

Anak Lapar Tak Ingat Nak Main Tolak Gajet Mia Ahmad Kongsi Tip Bawa Anak Keluar Makan

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 490 hits
Setiap kali bawa anak keluar makan cabaran bermula bila mana anak tidak mahu duduk diam Ada nak bergerak ke sana sini ada juga yang melompat lompat Sudahnya gajet juga jadi pilihan Namun bagi Mia Ahmad dia selesa melakukan pelbagai aktiviti...
Ritual Tolak Hujan Jabatan Agama Islam Perak Bertindak Ke Atas Bomoh

Ritual Tolak Hujan Jabatan Agama Islam Perak Bertindak Ke Atas Bomoh

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 247 hits
Oleh Individu yang dikenali sebagai bomoh bersama seorang wanita melakukan ritual di Telok Intan seperti yang tular di media sosial hari ini Gambar video Facebook Perak Press LEBIH empat tahun lalu dia dilaporkan sudah bertaubat siap berkop...
Tlndakan Raja Bomoh Lakukan Ritual Haiau Banjir Kini Tular Netizen Minta Jgn Tambah Murka Allah

Tlndakan Raja Bomoh Lakukan Ritual Haiau Banjir Kini Tular Netizen Minta Jgn Tambah Murka Allah

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 331 hits
Insiden MH360 yang masih lagi hilang tanpa khabar berita sehingga hari ini benar benar berbekas dalam diri rakyat Malaysia
Mp Temerloh Teruskan Misi Bantuan Pasca Banjir

Mp Temerloh Teruskan Misi Bantuan Pasca Banjir

papar berkaitan - pada 28/12/2021 - jumlah : 374 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE December 27 2021Setelah sekian lama tidak keluar rumah ekoran masalah kesihatan yang memburuk Ahli Parlimen Temerloh Anuar Tahir pada semalam meninjau ke kawasan parlimennya bagi melihat sendiri anak buahnya membantu ...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Lirik Lagu Pendengar Cerita Angga Candra

Bila Tiba Masa Saya Umum Kata Kj Di Bangunan Umno


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Siri Animasi Cherita Angkat Penyu Terengganu Jadi Wira

Murid 11 Tahun Lemas Ketika Serta Program Sokongan Keyakinan Air

Who S The Real Traitor Here

Anwar Zahid Converge On Sabah Ahead Of State Election Candidate Announcements