Risiko Beli Rumah Lelong



Risiko beli rumah lelong
KEBANYAKAN daripada kita sering berpendapat membeli kediaman menerusi jualan lelong menawarkan peluang pemilikan aset itu di bawah harga pasaran.
Tidak dinafikan harga itu jauh lebih rendah berbanding ditawarkan pemilik asal atau ejen hartanah pada kadar harga semasa terutama apabila ia dilelong untuk kali kedua, ketiga atau seterusnya.
Meskipun membeli hartanah lelong suatu pelaburan yang menguntungkan, namun terdapat beberapa risiko perlu difahami.
Antara isu yang sering didengar membabitkan hartanah yang dilelong institusi kewangan selalunya penghuni lama baik penyewa atau pemilik lama enggan berpindah keluar dari hartanah terbabit.
Menurut Presiden Hartaguam Datuk Nazri Mustafa, tindakan penghuni yang enggan berpindah antara risiko perlu ditanggung pembida dan ia berbeza dengan pembelian kediaman menerusi pemaju atau pemilik (rumah yang tidak dilelong).
“Hartanah lelong berbeza sekali dengan yang dibeli daripada pemilik (rumah tidak dilelong) dan pemaju kerana tiada jaminan selain risiko ditanggung sepenuhnya oleh pembida.
“Justeru, pembida atau pembeli hartanah lelong perlu ada inisiatif sendiri melakukan tinjauan terhadap unit hartanah dibida bagi mengelakkan kediaman itu berpenghuni,” katanya.
Tambah Nazri lagi, pembida perlu membaca syarat dan terma pengisytiharan jualan dengan jelas supaya mereka mampu mengendali sebarang perkara luar jangka yang berlaku
ketika proses pemilikan hartanah terbabit.
“Perlu dingat dalam kes lelongan, pihak bank tidak akan menyerahkan pemilikan kosong kepada pembida. Ini jelas dinyatakan di dalam pengisytiharan jualan.
“Pembida dengan kosnya sendiri hendaklah mengambil pemilikan hartanah tanpa apa-apa tanggungjawab daripada pihak bank. Kebiasaannya tiada majlis serahan kunci. Pembida juga dilarang memasuki hartanah sebelum pembayaran penuh harta bidaan dibuat,” katanya.
Kes klasik yang dihadapi Nazri yang juga peguam di Tetuan Nazri Azmi Islinda, Cheras, Selangor turut membabitkan sikap penghuni lama yang mengelak bertemu dengan pembida.
“Kes yang biasa dihadapi anak guam kami yang juga pembida ialah penghuni mengelak bertemu pembida. Penghuni tinggal seorang diri dan enggan keluar bertemu. Pembida terpaksa datang beberapa kali dan menggunakan khidmat pihak ketiga untuk memujuk penghuni.
“Penghuni bersetuju berpindah keluar selepas beberapa kali proses perbincangan dengan kos berpindah ditampung pembida atau pemilik baharu,” katanya.
Antara tindakan yang boleh diambil jika penghuni masih enggan mengosongkan hartanah ialah dengan memohon dan mendapatkan perintah mahkamah bagi mengeluarkan penghuni, atas kapasiti pembida sebagai pemilik baharu yang sah di sisi undang-undang. Terdapat kos guaman yang perlu ditanggung.
Namun kata Nazri, rundingan masih jalan terbaik untuk mendapatkan pemilikan hartanah terbabit kerana kebiasaannya penghuni sedia ada sanggup berunding dan mengosongkan hartanah secara sukarela.
Selain hartanah lelong berpenghuni, isu lain menjadi penyebab urusan jual beli hartanah lelong kerap tertangguh ialah hal berkaitan dengan kewangan bagi melunaskan baki harga jualan hartanah terbabit.
“Berdasarkan pengalaman menguruskan fail pembelian lelongan antara lima hingga 10 fail setiap bulan, isu lain berkait dengan pembida ialah sikap mereka sendiri yang tidak bersedia melunaskan baki dan meneruskan permohonan pembiayaan.
“Ada juga menghadapi masalah pembiayaan tidak diluluskan selain sikap cuai pembida lewat memohon pembiayaan dan melantik peguam kerana menggangap pihak bank yang melelong menguruskannya.
“Tidak terkecuali pembida pula yang kurang bersedia apabila ada kos tambahan yang perlu ditampung,” katanya.
Saranan beliau, pembida mestilah mengetahui kedudukan kewangan sebelum memutuskan untuk membida. Ini termasuklah deposit bersamaan 10 peratus dari harga rizab lelongan hendaklah disediakan selain mendapatkan kepastian mengenai pembiayaan bagi 90 peratus harga lelongan oleh pihak bank.
“Ada juga mencadangkan pembida patut membuat peruntukan tambahan sebanyak 10 peratus lagi dari harga bidaan, untuk tujuan menampung kos-kos nyata dan tersembunyi selain bayaran pendahuluan 10 peratus bagi memudahkan kelulusan pembiayaan oleh pihak bank,” katanya. HM
Risiko beli rumah lelong
Baca Artikel Menarik :
Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais Sebutan semula kes Neelofa dan PU Riz ditangguh Resepi sup kambing berempah sedah sungguh Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual Ebit Lew Lepas Rindu – Sambut Hari Lahir Isteri [VIDEO] Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid Layari Laman Facebook MYKMU NET
Neelofa sebak lihat Elyana jalani radioterapi [VIDEO]

The post Risiko beli rumah lelong appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/06/19/risiko-beli-rumah-lelong/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Risiko Kerja Di Rumah

Risiko Kerja Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 233 hits
KEBELAKANGAN ini peningkatan kes baharu pandemik Covid 19 di negara ini begitu membimbangkan Peningkatan kes mencecah lima angka itu menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan sekatan pergerakan penuh di seluruh negara selama dua minggu ber...
Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu

Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 441 hits
Sewa Atau Beli Rumah Mana Satu Dulu Bagi yang baru habis belajar dan baru dapat kerja mesti tak sabar sabar nak beli rumah sendiri Sama juga bagi pasangan yang baru berkahwin mesti nak duduk rumah sendiri Tapi keputusan kita nak beli rumah ...
Lapan Lelaki Bersilat Di Rumah Dikompaun

Lapan Lelaki Bersilat Di Rumah Dikompaun

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 177 hits
Polis mengenakan kompaun kepada lapan lelaki berjumlah RM24 000 selepas didapati mengadakan aktiviti persilatan di dalam sebuah rumah teres di Bandar Utama Petaling Jaya tengah malam tadi Tujuh individu dikenakan kompaun RM2 000 setiap seor...
Ibu Dipercayai Maut Akibat Overdose Manakala Bayi Usia 1 Tahun Mati Kebuluran Dalam Rumah

Ibu Dipercayai Maut Akibat Overdose Manakala Bayi Usia 1 Tahun Mati Kebuluran Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 248 hits
Lapar takut dan dahaga Mungkin itu yang dirasai oleh dua beradik berusia satu dan tiga tahun yang kematian ibu mereka di Tennessee Amerika Syarikat sebelum salah seorang daripada mereka ditemui meninggal dunia Menurut Fox32Chicago seorang k...
Rumah Baru Di Rusunawa Nagrak Cilincing

Rumah Baru Di Rusunawa Nagrak Cilincing

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 138 hits
Rumah Baru di Rusunawa Nagrak Cilincing Rusunawa Nagrak merupakan salah satu dari program hunian vertikal Pemprov DKI Jakarta sebagai solusi mengatasi kebutuhan tempat tinggal bagi warga Ibu Kota Rusunawa yang terletak dekat dengan wilayah ...
Wanita Lari Dari Rumah 10 Tahun Sembunyi Dalam Bilik Kekasih Takut Hubungan Tak Direstui

Wanita Lari Dari Rumah 10 Tahun Sembunyi Dalam Bilik Kekasih Takut Hubungan Tak Direstui

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 190 hits
Hanya disebabkan cinta kadang kala seseorang itu sanggup lakukan apa sahaja untuk memastikan mereka kekal bersama Sudah semestinya effort itu memang penting tapi kalau keterlaluan pun tak boleh juga kan Situasi ini dapat dikaitkan dengan se...
Rindunya Ini Kisah Anak Syurga Kami 3 Kali Bersalin 3 Kali Balik Rumah Tanpa Baby

Rindunya Ini Kisah Anak Syurga Kami 3 Kali Bersalin 3 Kali Balik Rumah Tanpa Baby

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 288 hits
Diuji kehilangan anak sama ada ketika dalam kandungan sewaktu lahir ataupun semasa membesarkan mereka bukan sesuatu yang mudah Hanya yang melalui situasi ini akan faham Tapi sebagai hamba Nya nak atau tak tetap kena akur kerana Allah menget...
Musim Pandemik Kita Duduk Rumah Sambil Main Masak Resipi Ikan Singgang

Musim Pandemik Kita Duduk Rumah Sambil Main Masak Resipi Ikan Singgang

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 301 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Buat kerja dari rumah ni membuka banyak peluang untuk Maha nak belajar memasak pelbagai resipi yang susah atau juga yang mudah...
Saya Mandikan Yusof Keknis Mandikan Alisa Tak Ada Maid Hairul Hanis Sepakat Bahagikan Kerja Rumah

Saya Mandikan Yusof Keknis Mandikan Alisa Tak Ada Maid Hairul Hanis Sepakat Bahagikan Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 296 hits
Tanpa kerjasama yang baik dari suami tugas isteri boleh jadi terbeban Namun bagi pelakon Hairul Azreen dia mendedahkan dia dan isterinya Hanis Zalikha sememangnya tidak mempunyai pembantu rumah bagi menguruskan kerja kerja harian dan dua an...
Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life