Risiko Kerja Di Rumah



KEBELAKANGAN ini peningkatan kes baharu pandemik Covid-19 di negara ini begitu membimbangkan.
Peningkatan kes mencecah lima angka itu menyebabkan kerajaan terpaksa melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) di seluruh negara selama dua minggu bermula 1 Jun lalu.
Susulan itu, banyak syarikat kembali melaksanakan sistem bekerja dari rumah (BDR) seperti yang pernah dilaksanakan sebelum ini.
Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kimia dan Persekitaran Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Ismaniza Ismail berkata, isu yang biasanya membuka mata masyarakat adalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan membabitkan kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja.
"Bagaimanapun, kita sering terlepas pandang bahawa risikonya juga sama apabila kita 'membawa kerja ke rumah.'
"Mungkin cabaran dan kesan daripada perubahan budaya kerja ini belum ketara lantaran ramai yang masih menganggap BDR sebagai hak istimewa untuk memenuhi keperluan dan kehendak pekerja," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, BDR menuntut penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan khususnya ke atas keselesaan di stesen kerja termasuk ergonomik, pencahayaan, suhu yang sesuai, kebersihan rumah, keselamatan elektrik dan aspek psikososial.
"Hampir semua aspek ini mempunyai kecenderungan untuk diabaikan ketika BDR.
"Aspek yang sering masyarakat kita terlepas pandang adalah masalah psikososial. Ini mungkin kerana masyarakat memandang stres akibat beban kerja sebagai sebahagian daripada perkara biasa yang tidak perlu diperbesarkan," katanya.
Mengulas lanjut, secara tipikalnya, keselamatan dan kesihatan ketika BDR sering diabaikan kerana terlalu selesa dan enggan membuat perubahan.
"Antaranya adalah menyediakan ruang kerja yang dianggap sementara atau mesyuarat dalam talian di sofa (tanpa sokongan belakang badan yang baik) boleh mengakibatkan masalah ergonomik.
"Selain itu, berlaku masalah psikososial apabila terbelenggu dengan tugasan di rumah, tetapi menganggapnya sebagai kewajipan yang tidak boleh dielakkan," katanya.
Katanya, kesan negatif mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan ketika BDR mungkin tidak dapat dilihat dalam tempoh singkat.
"Sebagai contoh, penyakit gangguan 'musculoskeletal disorders' (MSDs) akibat amalan ergonomik yang kurang baik.
"Selain itu, gejala seperti keletihan dan ketidakselesaan sudah dapat dirasai sejak awal cuma dipandang ringan," katanya.
Jelasnya, majikan masih bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja yang berada di rumah.
"Jika diperlukan boleh buat penyesuaian terhadap tugas untuk memastikannya dapat dilakukan dengan selamat ketika BDR.
"Majikan juga perlu mengambil kira perancangan untuk kesejahteraan fizikal dan mental pekerja, contohnya dengan tidak membebankan pekerja dengan tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh tidak realistik," katanya.
Dr Ismaniza berkata, kesedaran masyarakat dilihat semakin meningkat selepas berdepan situasi sama pada tahun lalu.
"Banyak informasi disebarkan mengenai cara kerja dari rumah yang betul dan semuanya boleh diperoleh hanya di hujung jari.
"Cuma saya berpendapat, perhatian perlu diberi kepada penyebaran maklumat yang tepat sahaja kerana kadangkala maklumat sebegini disebarkan tanpa ditentu sahkan faktanya," katanya.
Beliau menyarankan supaya membuat perubahan kecil ketika BDR untuk hasil yang positif untuk jangka panjang.
"Kita sering terbiasa dengan ruang kerja yang 'asal boleh,' sedangkan hakikatnya kita perlu membetulkan yang biasa dan kemudian barulah membiasakan yang betul," katanya.
Tip untuk kekal produktif bekerja dari rumah
1. Dapatkan 'mood' bekerja dengan memulakan hari seperti rutin hari bekerja termasuk bersiap seperti ingin pergi ke pejabat.
2. Buat perancangan tugas dengan teliti dengan mengutamakan tugasan yang perlu dihantar terlebih dahulu.
3. Ruang kerja mesti kondusif, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Ciri-ciri ergonomik, pengudaraan dan pencahayaan perlu dititikberatkan.
4. Jadualkan waktu rehat. Jika perlu, pasang penggera untuk mengingatkan kita berehat, sama seperti teknik Pomodoro.
5. Lakukan senaman ringan antara waktu kerja. Hormon endorfin yang dihasilkan penting untuk rasa positif.
6. Amalkan pemakanan seimbang. Biasanya kita cenderung untuk 'snacking' apabila BDR, tetapi pilih makanan yang berzat seperti buah-buahan atau kekacang.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/06/risiko-kerja-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengan Adanya Ciera Kerja Membersihkan Rumah Jadi Lebih Mudah Membunuh 99 9 Bakteria Berbahaya

Dengan Adanya Ciera Kerja Membersihkan Rumah Jadi Lebih Mudah Membunuh 99 9 Bakteria Berbahaya

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 354 hits
Kerja membersih dan mengemas telah menjadi salah satu tugas harian bagi ibu ibu di rumah Namun ianya bukan suatu perkara yang mudah kerana setiap permukaan di rumah kita berbeza dan memerlukan bahan pencuci dan pembersih rumah yang khusus M...
Susun Atur Dan Daiso 6 Barang Yang Menjadikan Kerja Senang Dan Rumah Kemas

Susun Atur Dan Daiso 6 Barang Yang Menjadikan Kerja Senang Dan Rumah Kemas

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 633 hits
assalamualaikum salam sejahtera selamat pagi pagi pagi ni sambil sambil menggoreng cekodok teringat la nak up satu entri tentang susun atur di rumah saya ni guna barang yang dibeli di Daiso lama dah tersimpan rapi dlm draft folder sebab tak...
Situasi Kerja Dari Rumah Bapa Dignggu Anak Masa Meeting Online Ini Bikin Terhibur

Situasi Kerja Dari Rumah Bapa Dignggu Anak Masa Meeting Online Ini Bikin Terhibur

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 256 hits
Bermula Isnin rakyat Malaysia sekali lagi perlu menjalani lockdown selepas angka positif Covid 19 harian meningkat secara mendadak Bagi mengelakkan dari virus ini terus menular keputusan ini perlu diambil untuk menjaga kesihatan dan keselam...
Kerja Membersih Rumah Lebih Mudah Dengan Adanya Produk Dari Ciera

Kerja Membersih Rumah Lebih Mudah Dengan Adanya Produk Dari Ciera

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 387 hits
Kerja Membersih Rumah Lebih Mudah Dengan Adanya Produk Dari Ciera Mengemas dan membersih menjadi tugas harian bagi ibu ibu di rumah Namun ianya bukan bagi sesuatu perkara yang mudah kerana setiap permukaan di rumah kita memerlukan pencuci d...
Suami Isteri Ditahan Kerana Eksploitasi Anak Yatim Untuk Buat Kerja Rumah

Suami Isteri Ditahan Kerana Eksploitasi Anak Yatim Untuk Buat Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 241 hits
Padah mengekspolitasi anak anak yatim sepasang suami isteri ditahan dalam serbuan di Taman Bukit Seputeh Kuala Lumpur semalam Polis juga turut menyelamatkan kanak kanak dan remaja yang menjadi mangsa eksploitasi tenaga buruh pasangan terseb...
Kopi O Kaw Teman Setia Lelaki Berkaca Mata Buat Kerja Dari Rumah

Kopi O Kaw Teman Setia Lelaki Berkaca Mata Buat Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 334 hits
Apabila sudah bergelar penanam anggur bermakna masa saya dirumah semakin panjang Tapi rasanya tidak jugalah Biasanya selesai sahaja solat subuh Waktu itu lah paling afdhal untuk kita menderes orang jawa parit lajer sahaja yang cakap mendere...
Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

Hubungan Seks Jadi Lebih Baik Jika Suami Isteri Kongsi Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 248 hits
Pasangan suami isteri yang bahagia dikatakan mempunyai hubungan kelamin lebih seksi dan hangat Malah hubungan seks suami isteri juga jika dijaga dengan baik mampu membuatkan pasangan tampak lebih muda dan bertenaga Jika anda perasan ada ses...
Frame Kanvas Dari Printcious Untuk Deco Deco Hias Rumah Masa Lockdown 3 0

Frame Kanvas Dari Printcious Untuk Deco Deco Hias Rumah Masa Lockdown 3 0

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 308 hits
Assalamualaikum dan Selamat Malam Hari tu Bonde ada update tentang Printsciouskan Kalau anda semua tertinggal berkenaan entri tersebut anda boleh baca di sini Deco Rumah Menggunakan Kanvas This is a content summary only Visit my website for...
Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid 19 Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda Rm5 000

Padah Sebar Berita Palsu Tentang Penyebaran Covid 19 Suri Rumah Sarat Hamil Di Perlis Didenda Rm5 000

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 237 hits
Gara gara menyebarkan berita palsu berkaitan penularan Covid 19 di aplikasi status Whatsapp seorang wanita sarat hamil telah didenda RM5 000 di Mahkamah Sesyen Kangar Perlis Difahamkan penyebaran berita tidak benar itu dilakukan pada 18 Apr...
Your Ultimate Defense The Benefits Of A Strong Toto Verification Community

Revolutionize Your Viewing Experience With Xtv Ultra Iptv Player

Perbezaan Antara Buah Naga Merah Dan Buah Naga Putih

Haji Hadi Ajak Selamatkan Orang Melayu

Ballet Nights Kuala Lumpur Persembahan Balet Sensasi London Menampilkan Penari Cilik Cemerlang Sophia Ong Dari Selangor

Timor Leste Pm Departs Home After Three Day Official Visit To Malaysia

Biodata Ben Amir Pelakon Popular Dan Perjalanan Karier

Inovasi Energi Terbarukan Yang Mengubah Dunia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Berbahagi Suami Slot Tiara Astro Prima Adaptasi Siri Indonesia Berbagi Suami The Series

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Bagaimana Paradoks Pilihan Membuatkan Kita Jadi Takut Buat Keputusan

Mengapa Individu Pandai Lebih Sedih dan Tertekan Dalam Hidup


Hyde Hotel Bodrum By Ye Im Kozanl Architecture Interior Design

Two Tales By Ministers Over Dnb

Yacht Outing Was Afternoon Tea Not 1mdb Embezzlement Plot Najib

Nearly 14 000 New Teachers Placed In Schools This Year

Dual Boot Windows Dan Ubuntu

Finding Hidden Passwords Saved In Your Browsers