Rindu Tak Sabar Nak Jumpa Anak Suami Ustazah Hilang Dipercayai Alami Tekanan Akhirnya Ditemui
Viral di media sosial apabila Guru Pendidikan Islam disedari hilang selepas gagal dihubungi sekitar 4.30 petang, pada isnin lalu. Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin, namun tidak hadir pada Selasa. Barang peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis guru itu didapati masih berada di atas meja bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah.
Sebelum Hilang
Menurut suaminya, pada pagi Isnin dia menghantar isterinya ke Plaza Tol Alor Setar Utara jam 4.30 pagi untuk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bagi mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.
Pada jam 4.30 petang, suami mangsa yang juga peniaga menghubungi telefon bimbit isterinya namun tidak berjawab.
Pernah Alami Kemurungan
Ustazah pernah menerima rawatan kemurungan pada 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dari Langgar ke Balik Pulau untuk mengajar di sekolah itu.
Ustazah Ditemui
“Saya hanya ingat saya banyak habiskan masa berjalan kaki, menumpang tidur di surau, minum pula hanya mineral dan makan roti yang dibeli menggunakan duit dalam poket”
Pengalaman itu diceritakan, Nur Farhanah Ibrahim, guru Sekolah Kebangsaan (SK) Genting, Balik Pulau yang ditemui selamat selepas dilaporkan hilang sejak isnin lalu.
Wanita berusia 27 tahun itu muncul di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar bertujuan mendapatkan perlindungan sekitar jam 3.15 petang, hari ini.
Guru itu kemudiannya diserahkan kepada ahli keluarga sebaik suaminya tiba di balai polis berkenaan pada jam 5.30 petang membuat pengesahan.
Ustazah Mula Sedar Berada Di Padang Rengas
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisoner Razali berkata, guru itu mula sedar keadaan dirinya ketika berada di sebuah lokasi di Padang Rengas yang kemudiannya menaiki bas dan turun di hadapan Hospital Kuala Kangsar.
Menerusi kenyataan Sinar Harian “Sebaik turun di hospital, barulah guru ini perasan di mana kedudukan sebenar dia berada, dia berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer dari hospital sebelum menemui balai polis, kemungkinan wanita ini mencari tempat selamat untuk berlindung,”
Berbekalkan al-Quran Sebagai Pelindung
Menurutnya, guru Pendidikan Islam itu tidak dapat mengingati dengan jelas apa yang berlaku termasuk individu yang ditemui sepanjang empat hari lalu.
Dia keluar dari sekolah dengan hanya membawa beg mengandungi senaskah al-Quran, dia mengatakan itulah yang menjadi pelindung dirinya selama empat hari ini
Setelah banyak habiskan masa berjalan kaki, dia tidur di surau-surau dengan mendapat kebenaran daripada jawatankuasa, tetapi dia tak dapat nak menamakan surau yang didudukinya itu
Rindu, Tak Sabar Nak Jumpa Suami dan Anak
Ketika ditemui, wanita itu berada dalam keadaan normal tanpa sebarang kecederaan. Wajahnya juga ceria dan dia mengatakan tidak sabar mahu berjumpa suami dan anaknya.
Berdasarkan keterangan yang diambil, polis tidak mengesyaki wujud sebarang unsur jenayah dalam kes kehilangan itu.
Wanita itu berkemungkinan rasa tertekan kerana tinggal berjauhan dengan suaminya yang bekerja sebagai peniaga di Kedah.
Sumber: Sinar Harian
The post “Rindu, Tak Sabar Nak Jumpa Anak & Suami,” Ustazah Hilang Dipercayai Alami Tekanan Akhirnya Ditemui appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/rindu-tak-sabar-nak-jumpa-anak-suami-ustazah-hilang-dipercayai-alami-tekanan-akhirnya-ditemui/