Padan Muka Berbohonglah Lagi Pada Bini Suami Nak Makan Sedap Seorang Akhirnya Terima Akibat


'Padan muka, berbohonglah lagi pada bini' - Suami nak makan sedap seorang, akhirnya terima akibat


Apabila sudah berkahwin, tiada apa lagi rahsia di antara suami isteri. Sebaiknya, masing-masing bersikap jujur dan memberi kepercayaan pada pasangan dan dengan itu, hubungan rumah tangga insyaAllah berkekalan

Namun, adakalanya golongan suami ini nakal sikit. Nak pergi makan sedap, kadang-kadang tak ajak anak  dan isteri. Tahu nak sedapkan perut sendiri saja. Maka dengan itu, sanggup berbohong. Dalam perkongsian Cikgu Abd Ghani Haron ini, mungkin dapat memberi pengajaran kepada golongan suami yang gemar berbuat demikian. Semoga bermanfaat! 
PADAH BERBOHONG PADA ISTERI
Pagi kelmarin ketika selesai solat subuh, saya duduk bersembang dengan beberapa jemaah surau. Seorang bercerita

"Kelmarin aku teringat nak makan mee kuah di Lahar Yooi. Jadi bila makan tengah hari, aku makan sikit sahaja. Selepas solat zohor, aku beri alasan pada orang rumah nak balik ziarah mak, sedangkan aku sebenarnya nak pi makan mee."
"Kalau bagitau yang sebenar, tentu dia nak ikut, jika dia ikut, balik nanti bimbang dia sakit pinggang kerana duduk atas seat motor kapcai buruk agak jauh."
"Setelah bertolak beberapa lama, aku rasa macam tersesat jalan, sedangkan dah berkali-kali aku pernah pergi ke gerai mee itu. Berpatah balik, minyak motor pula hampir habis, jadi mencari kedai minyak pula sebelum mencari jalan ke gerai tersebut. Akhirnya sampai juga ke gerai itu."
"Tetapi alangkah hampanya, gerai itu tutup, tidak berniaga. Akhirnya balik ke rumah membuka tudung saji menghadap saki baki lauk yang tinggal."
Kami yang diam mendengar dari tadi, gelak berdekah. Seorang berkata, "Padan muka, berbohonglah lagi pada bini." Disambut hilai tawa yang berderai

Marilah kita mengambil iktibar sedikit dari kisah ini. Nampak seperti Allah menegur suami ini dengan menyebabkan dia sesat jalan, kehabisan minyak dan akhirnya gerai tidak buka. Sebagai suami, sebaiknya semua rezeki dikongsi, dinikmati bersama. Jangan fikir perut sendiri sahaja, nafsu dan selera sendiri sahaja. Sesungguhnya perkahwinan ini satu perkongsian, maka berkongsilah segalanya, baik susah senang, pahit manis, bahagia membahagiakan

Memang ada ketika boleh membohongj isteri terutama bagi tujuan baik.Sabda nabi
قال النبى صلى الله عليه وسلمكل الكذب يكتب على ابن آدم إلا ثلاث , الرجل يكذب فى الحربِ , فإن الحربَ خدعة , والرجل يكذب على المرأة فيرضيها , والرجل يكذب بين الرجلين ليصلح بينهمارواه السَنَى : تحذيب أطراف الحديث الصفحة : 22 الجزء الثانى
Semua penipuan akan ditulis atas anak Adam melainkan 3 perkara:
Lelaki yang berbohong ketika dalam medan peperangan. kerana berperang mesti melalui helah atau tipu daya. Lelaki berbohong kepada isteri supaya isteri menyukainya. Lelaki berdusta kerana muslihat di antara dua orang yang bertelingkah atau berkelahi

Berbohong dalam perkara baik sahaja seperti memuji isteri berpakaian cantik walaupun tidaklah cantik. Pada hadis lain disebut isteri juga boleh berdusta pada suami juga dengan tujuan baik

Dari Ummu Kalsum binti Uqbah, ia berkata, aku belum pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberikan keringanan sedikitpun kepada seseorang untuk berdusta kecuali dalam tiga perkara. 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
“Aku tidak menganggap berdusta seseorang yang mendamaikan manusia lalu ia mengatakan sesuatu dengan maksud mendamaikan, seseorang yang berbicara dalam (siasat) perang, dan seorang suami yang berbicara kepada istrinya atau istri yang berbicara kepada suaminya” (HR. Abu Dawud)

Ringkasnya nabi memberi keringanan boleh berdusta suami isteri untuk tujuan kebahagiaan rumah tangga, bukan untuk tujuan kepentingan diri atau muslihat buruk. Peluang suamj atau isteri keluar rumah jangan disalahgunakan. Manfaatkanlah untuk diri tanpa mengabai mereka yang di rumah. Jika boleh berkongsi bersama itu lebih baik

Setiap yang berlaku ada hikmahnya bagi yang mahu berfikir. Sesungguhnya Allah tidaklah melepas manusia ke dunia ini bagai melepas haiwan peliharaan di padang, lalu tidak dipedulikan. Tetapi Allah tetap memerhati, memantau, menegur, menguji dan akhirnya menghalau bzlik ke pangkuanNya. 
Kisah di atas satu contoh bagaimana Allah menegur hambanya. Wallahu'alam 
Sumber: Abd Ghani Haron

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2019/01/padan-muka-berbohonglah-lagi-pada-bini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Ikut Sedap Kote Awak Je Isteri Bengang Suami Nak Rasa Adik Sendiri

Jangan Ikut Sedap Kote Awak Je Isteri Bengang Suami Nak Rasa Adik Sendiri

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 2527 hits
assalamualaikum admin Mohon hide profile saya Cerita dia macam ni Semalam saya tidur dekat rumah mak saya Saya dah berkahwin Umur dalam 20 an Suami pun dalam 20 an jugak Kahwin dah nak masuk 4tahun Anak sorang umur 2tahun lbh Kite orang sem...
Rindu Tak Sabar Nak Jumpa Anak Suami Ustazah Hilang Dipercayai Alami Tekanan Akhirnya Ditemui

Rindu Tak Sabar Nak Jumpa Anak Suami Ustazah Hilang Dipercayai Alami Tekanan Akhirnya Ditemui

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 475 hits
Viral di media sosial apabila Guru Pendidikan Islam disedari hilang selepas gagal dihubungi sekitar 4 30 petang pada isnin lalu Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin namun tidak hadir pada Selasa ...
Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 768 hits
Ozlynn pelakon popular yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak telah berkongsi satu posting di laman instagramnya tentang suami dan anak anaknya Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq 14 Sodiq 9 Haziq 6 Chantiq 4 ...
Mengidam Nak Makan Nasi Dagang Atas Tol

Mengidam Nak Makan Nasi Dagang Atas Tol

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 389 hits
Mengidam Nak Makan Nasi Dagang Atas Tol Assalamualaikum wbt Dulu kak wawa tak tahu apa itu mengidam Sejak awal hamil belum pernah kak wawa minta nak makan pelik pelik dan bersungguh sungguh Sekadar nak makan untuk hilangkan teringin tu ada ...
Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

Doa Terbaik Seorang Isteri Untuk Suami Rebutlah Waktu Afdal Ini Walaupun Suami Tak Nampak

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 493 hits
Percaya tak kuasa doa seorang isteri dalam rumah tangga yang bermasalah Apabila wanita bertukar status menjadi seorang isteri tak ada impian lain yang dia impikan melainkan mengharapkan suaminya boleh jadi ketua keluarga terbaik Namun tak s...
Makan Sedap Di Rasta Ttdi Waroeng Isabella

Makan Sedap Di Rasta Ttdi Waroeng Isabella

papar berkaitan - pada 12/1/2019 - jumlah : 1166 hits
Hi korang Bertemu lagi kita di tahun baru 2019 Kehkeh Berapa lama tak update blog Ada lagi 2 hutang review makan nak update tapi belum berkesempatan Hah kau apa azam tahun baru Aku punya azam adalah untuk memastikan aku menyayangi diriku le...
Gara Gara Tak Pandai Bersolek Isteri Makan Penumbuk Suami Sampai Lebam

Gara Gara Tak Pandai Bersolek Isteri Makan Penumbuk Suami Sampai Lebam

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 479 hits
Polis menahan seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang jahit kerana didakwa memb ela sah isterinya hanya disebabkan mangsa tidak pandai bersolek Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu 19 Januari 2019 di Pekalongan Indonesia suspek Akhmad ...
Penat Lelah Seorang Isteri Takkan Pernah Sama Dengan Suami

Penat Lelah Seorang Isteri Takkan Pernah Sama Dengan Suami

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 414 hits
Jangan bandingkan apa yang suami buat dengan apa yang isteri buat Apa yang suami buat takkan pernah sama dengan apa yang isteri anda buat dan lalui ketika suami enak makan tahukah tuan berapa kali isteri muntah2 semasa mengandung berapa kal...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut