Dia Menangis Ketika Tidurkan Anak Kami Suami Cikgu Farhana Yang Masih Hilang Buka Cerita


‘Dia menangis ketika tidurkan anak kami’ – Suami Cikgu Farhana yang masih hilang buka cerita. Suami kepada guru Pendidikan Islam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Genting yang hilang masuk hari ketiga hari ini menceritakan keadaan isterinya, Nur Farhana Ibrahim, 27, sehari sebelum kejadian.
Muhammad Naim Mahayadin berkata, isterinya didapati menangis sendirian ketika menidurkan anak tunggal mereka pada malam 13 Januari di rumah mereka di Alor Setar, Kedah.
“Saya ada tanya dia kenapa menangis tetapi dia hanya jawab tak ada apa-apa. Saya pun tak syak apa-apa lalu terus tidur,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Isterinya Tumpang kawan
Menurutnya, pada keesokan harinya, dia menghantar isterinya ke tol Alor Setar bagi ditumpangkan oleh rakannya untuk ke tol Sungai Dua, Butterworth.
“Isteri saya menumpang rakannya untuk ke tempat kerja dan meletakkan keretanya di tol Sungai Dua. Selepas menghantarnya di tol Alor Setar pada Isnin, jam 5.45 pagi, saya ada hubunginya pada sebelah petang namun panggilan tidak dijawab.
“Pada jam 6.30 petang, saya pulang ke rumah dan mendapati telefon bimbit isteri saya ada di atas almari di bilik. Saya kemudiannya menghubungi rakan isteri saya dan mereka juga tidak tahu di mana dia berada.
“Mereka hanya nampak kereta isteri yang diletakkan di luar kawasan sekolah namun mengesahkan dia hadir pada hari tersebut. Berdasarkan keterangan guru besar, kali terakhir isteri saya dilihat adalah pada 14 Januari lalu kira-kira jam 9.40 pagi di kantin sekolah,” katanya.
Operasi pencarian yang dibantu Unit K9 dijalankan sekitar sekolah tempat mangsa mengajar dan kawasan berhampiran.
Menurutnya, dia tidak mempunyai masalah dengan isterinya dan mengesyaki kehilangan isterinya itu ada hubung kait dengan kegagalan permohonan pertukaran tempat kerja.
“Saya bersama guru dan guru besar mencarinya di sekitar sekolah pada Selasa namun gagal. Saya membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan isteri saya.
“Saya mengesyaki kehilangan isteri saya ini ada hubung kait dengan kegagalan permohonannya untuk menukar tempat kerja berikutan dia sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Alor Setar,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan ketika ditemui berkata, sepasukan polis dengan bantuan Unit K9 telah diarahkan untuk melancarkan operasi mencari guru tersebut.
Operasi Dilakukan
Menurutnya, operasi dilakukan di sekitar sekolah dan kampung berdekatan.
“Operasi dihentikan jam 6 petang tadi (semalam) berikutan tiada petunjuk mengenai mangsa di kawasan sekitar.
“Orang awam yang mempunyai maklumat atau ternampak mangsa agar menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Balik Pulau,” katanya.
Nur Farhana didiagnosis mengalami simptom tekanan serius (‘reactive depression with marked anxiety symptoms’) sejak beberapa tahun lalu.
Dia dipercayai mengalami tekanan apabila perlu berulang alik dari Alor Setar ke sekolahnya setiap hari.
Pada 4 Januari, berita kehilanganan seorang guru agama Madrasah Moden Maidam Besut, dekat Jertih sejak petang Isnin turut menggemparkan penduduk sekitar.
Sumber: sinar harian
The post ‘Dia menangis ketika tidurkan anak kami’ – Suami Cikgu Farhana yang masih hilang buka cerita appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/dia-menangis-ketika-tidurkan-anak-kami-suami-cikgu-farhana-yang-masih-hilang-buka-cerita/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rindu Tak Sabar Nak Jumpa Anak Suami Ustazah Hilang Dipercayai Alami Tekanan Akhirnya Ditemui

Rindu Tak Sabar Nak Jumpa Anak Suami Ustazah Hilang Dipercayai Alami Tekanan Akhirnya Ditemui

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 477 hits
Viral di media sosial apabila Guru Pendidikan Islam disedari hilang selepas gagal dihubungi sekitar 4 30 petang pada isnin lalu Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pada Isnin namun tidak hadir pada Selasa ...
Anak Anda Ada Masalah Ekzema Dah Banyak Produk Guna Masih Tak Hilang Kami Mungkin Ada Jalan Alternatif

Anak Anda Ada Masalah Ekzema Dah Banyak Produk Guna Masih Tak Hilang Kami Mungkin Ada Jalan Alternatif

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 258 hits
Siapa ada masalah kulit sensitif sangat kering atau eczema Stress kan bila datang rasa gatal tu asyiklah tergaru garu Kita yang dewasa ni pun dah tahu macam mana seksanya bila berkulit kering apatah lagi kanak kanak Kadang kadang bila tengo...
Cikgu Nur Farhana Hilang Sejak 14 Januari

Cikgu Nur Farhana Hilang Sejak 14 Januari

papar berkaitan - pada 16/1/2019 - jumlah : 695 hits
Cikgu Nur Farhana hilang sejak 14 JanuariGuru berusia 27 dari Sekolah Kebangsaan Genting Balik Pulau tidak pulang ke rumah keluarganya sejak semalam dipercayai hilang tanpa dikesan Menurut Muhammad Naim Mahayadin 29 berkata isterinya Nur Fa...
Benarkan Wanita Yang Mati Ketika Masih Perawan Dijamin Masuk Surga

Benarkan Wanita Yang Mati Ketika Masih Perawan Dijamin Masuk Surga

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 280 hits
Pertanyaan Assalamualaikum wr wb Ustadz jika seorang gadis remaja yang sudah baligh usia 17 tahun dan belum menikah meningal dunia apakah ia masuk surga Allah terima kasih Jawaban Wa alaikumus salam wa rahmatullah Bismillah was shalatu was ...
Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

Anak Bila Nak Tidur Mesti Cari Papa Betul Lah Suami Pelengkap Kekurangan Isteri Ozlynn Puji Johan

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 773 hits
Ozlynn pelakon popular yang juga isteri kepada Johan Raja Lawak telah berkongsi satu posting di laman instagramnya tentang suami dan anak anaknya Hasil perkahwinan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq 14 Sodiq 9 Haziq 6 Chantiq 4 ...
Sampai Hati Anak Buat Mcmtu Emak Tua Ni Kongsi Cerita Dia Terasa Hati Dgn Anak Rileks Media

Sampai Hati Anak Buat Mcmtu Emak Tua Ni Kongsi Cerita Dia Terasa Hati Dgn Anak Rileks Media

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 441 hits
Ahad 30 Disember 2018 2 45 petang Nak boleh tak tukar seat bas dengan makcik makcik tak boleh duduk dekat seat 1B ni nampak jalan Nanti makcik sakit dada sepanjang jalan Boleh makcik aku balas dengan senyuman Bas transnasional bergerak menu...
Buka Peluang Kepada Anak Muda Berkebolehan Najib

Buka Peluang Kepada Anak Muda Berkebolehan Najib

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 391 hits
SHAH ALAM Kepemimpinan UMNO di setiap peringkat perlu bersikap besar hati dan berfikiran terbuka dengan menerima orang muda yang mempunyai kepandaian serta berkebolehan Bekas Presidennya Datuk Seri Najib Razak berkata sikap sedemikian perlu...
Suami Aneh Yang Lebih Suka Cd Kendor Dan Meninggalkan Istri Yang Masih Kenceng

Suami Aneh Yang Lebih Suka Cd Kendor Dan Meninggalkan Istri Yang Masih Kenceng

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 399 hits
Baru menikah dengan Karin 26 Donwori 30 sudah ketahuan selingkuh sana sini Anehnya semua selingkuhannya adalah STW alias perempuan setengah tua Rupanya perempuan yang sudah matang dan berpengalaman lebih menggoda Donwori ketimbang perawan k...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap

Resepi Kerabu Nangka Muda Stail Kenduri Di Kedah

Pakej Haji Swasta Premium 2025 Bersama Mkm Ticketing Travel Tours

Guru Membuat Kerja Sambilan Merosakkan Institusi Pendidikan Negara