Rindu Dan Kasih Yang Kekal



Assalamualaikum wbt..Hari demi hari berlalu, namun kenangan bersama arwah adik tetap segar dalam ingatan. Kini, saya semakin faham bahawa yang paling terkesan dengan pemergiannya adalah ummie saya. Arwah bukan sekadar seorang anak, tetapi juga merupakan tulang belakang dalam kehidupan ummie. Sebagai seorang yang hidup  membujang, arwah dengan rela hati mengalas tanggungjawab untuk menjaga ummie,  dan akan bergilir dengan kami adik-beradik yang lain. Dalam diam, arwah menjadi penguat semangat ummie, menjadi peneman setia di kala sepi.Kehilangan arwah ini benar-benar meninggalkan kesan yang mendalam di hati kami semua. 
Tiada siapa menyangka, apatah lagi tiada tanda-tanda yang menunjukkan arwah akan pergi meninggalkan kami. Malah, sehari sebelum kejadian malang itu berlaku, ummie berkata arwah kelihatan seperti biasa. Tiada tingkah laku ganjil, malah tiada kata-kata yang mencurigakan daripada arwah. Semuanya berlaku begitu tiba-tiba, bagaikan mimpi yang masih sukar untuk kami terima. Arwah seorang yang penyayang dan mudah didekati. Setiap kali pulang dari kerja, arwah tidak pernah lupa untuk duduk bersama ummie atau kami adik-beradik, bercerita tentang hari-harinya, berkongsi pengalaman, sambil mengisi ruang rumah dengan gelak tawa. Sifatnya yang ringan tulang membuatkan kami semua selesa meminta pertolongannya — apa saja diminta, tidak pernah sekali pun arwah menolak kecuali bila arwah terlalu sibuk dengan tugasan kerja atau tidak sihat...
Jika ada rancangan untuk keluar bersama, arwahlah orang pertama yang sedia mengikut. Arwah juga sangat sukakan aktiviti keluarga. Antara kenangan paling indah ialah apabila kami semua berkumpul dan mengadakan BBQ. Jika ada masa terluang, atau semasa hari raya, arwahlah yang paling bersemangat menyediakan arang, mengipas api, dan memastikan semua orang menikmati suasana riang itu. Senyumannya ketika bersama keluarga menjadi memori paling manis yang akan terus kami simpan.
Arwah juga saya sifatkan seorang anak yang begitu taat pada ummie. Tidak pernah sekalipun arwah menolak permintaan jika ummie ingin ke mana-mana. Masakan ummie, walau sesederhana apa pun, arwah sentiasa terima dengan penuh syukur. Bahkan, tidak pernah keluar daripada bibirnya perkataan "tidak" setiap kali ummie meminta pertolongan. Saya rasa bersyukur kerana sepanjang hayatnya, arwah benar-benar menjadi anak yang taat dan patuh kepada ummie. 
Kini, giliran kami adik-beradik yang lain untuk menyambung amanah itu — menjaga ummie hingga ke akhir hayatnya. Setiap kali mengingatkan wajah arwah yang sentiasa tersenyum, hati terasa sebak. Rutin ummie yang dahulu berteman kini berubah menjadi sepi. Kami adik-beradik cuba mengisi kekosongan itu, namun kami tahu tiada siapa dapat menggantikan kasih dan kehadiran arwah di sisi ummie. Pemergian arwah mengajar kami bahawa hidup ini penuh rahsia, dan kehilangan boleh datang bila-bila masa tanpa amaran. Hanya doa yang mampu kami kirimkan.
“Ya Allah, tempatkanlah arwah adik kami dalam kalangan hamba-Mu yang beriman. Luaskanlah kuburnya, limpahkanlah rahmat-Mu, dan jadikanlah dia tenang di sisi-Mu. Kurniakanlah juga kekuatan dan ketabahan kepada ummie serta kami sekeluarga untuk terus redha menerima takdir-Mu.”
LUAHAN JURNAL = CATATAN 24 JULAI 2025 - KENANGAN TERAKHIR
LUAHAN JURNAL = HADIAH TERAKHIR YANG ABADI DALAM INGATAN
LUAHAN JURNAL = MONOLOG HATI BUAT ARWAH ADIK TERSAYANG
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2025/11/rindu-dan-kasih-yang-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maksud Malaysia Kekal Sebagai Net Creditor Nation

Maksud Malaysia Kekal Sebagai Net Creditor Nation

papar berkaitan - pada 20/11/2025 - jumlah : 195 hits
Maksud Malaysia Kekal Sebagai Net Creditor Nation Kementerian Kewangan pada Selasa memaklumkan bahawa Malaysia mengekalkan kedudukan sebagai net creditor nation dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas di Kuala Lumpur Na...
Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

papar berkaitan - pada 21/11/2025 - jumlah : 204 hits
Penulis Dr Nurul Wahida Binti Mohd Hasan Profesor Madya Dr Zurairah Binti Berahim Pakar Pergigian Periodontik dan Pensyarah Pergigian Pusat Pengajian Sains Pergigian Universiti Sains Malaysia Gigi dan gusi merupakan dua komponen utama dalam...
Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

Muhyiddin Sahkan Hazmah Kekal Ketua Pembangkang Tak Ada Apa Apa Tak Ada Tukar

papar berkaitan - pada 22/11/2025 - jumlah : 238 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menutup spekulasi mengenai pertukaran ketua pembangkang apabila menegaskan Datuk Seri Hamzah Zainudin kekal memegang jawatan tersebut Hamzah masih ketua pembangkang Memetik laporan darip...
Um Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam Qs World University Rankings Sustainability 2026

Um Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam Qs World University Rankings Sustainability 2026

papar berkaitan - pada 19/11/2025 - jumlah : 158 hits
UM Kekal Universiti Terbaik Negara Dalam QS World University Rankings Sustainability 2026 KUALA LUMPUR 18 Nov Universiti Malaya mengekalkan kedudukan sebagai universiti terbaik di Malaysia untuk tahun ketiga berturut turut dalam Quacquarell...
Anwar Seru Apec Kekal Beretika Dalam Kejar Kemajuan Teknologi

Anwar Seru Apec Kekal Beretika Dalam Kejar Kemajuan Teknologi

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 144 hits
GYEONGJU 1 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Asia Pasifik tidak boleh mengabaikan prinsip etika dan nilai kemanusiaan ketika mengejar kemajuan teknologi khususnya dalam penggunaan kecerdasan buatan Berucap pada ...
Bank Of England Mengekalkan Kadar Tetapi Pound Kekal Di Bawah Tekanan Kuat

Bank Of England Mengekalkan Kadar Tetapi Pound Kekal Di Bawah Tekanan Kuat

papar berkaitan - pada 11/11/2025 - jumlah : 174 hits
Bank of England telah mengekalkan kadar faedah pada 4 00 seperti yang dijangkakan namun perpecahan undian 4 5 menunjukkan bahawa keputusan ini bukanlah sesuatu yang mudah Ketua BoE Bailey telah memberikan undian penentunya untuk mengekalkan...
Sering Minum Kopi Ini 5 Tip Pastikan Anda Kekal Sihat

Sering Minum Kopi Ini 5 Tip Pastikan Anda Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 160 hits
Sering Minum Kopi Ini 5 Tip Pastikan Anda Kekal Sihat Seperti yang kita tahu kopi merupakan salah satu minuman yang sering menjadi pilihan ramai orang Ramai menganggap minuman berasaskan kopi mampu memberikan tenaga dan menghilangkan rasa m...
Mic Tangguh Keputusan Keluar Bn Ikrar Kekal Sokong Pm Anwar

Mic Tangguh Keputusan Keluar Bn Ikrar Kekal Sokong Pm Anwar

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 152 hits
Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke 79 memutuskan untuk menangguhkan keputusan sama ada parti itu akan keluar atau kekal dalam Barisan Nasional selepas usul berkenaan dibawa dibincang dan diterima perwakilan Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswara...
Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Pengalaman Berniaga Di Bazaar Karnival Ko Kurikulum Peringkat Sekolah 2025

Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash

Berat Normal Tapi Perut Buncit Ini Bahaya Yang Korang Wajib Tahu

A Comprehensive Guide To Processing A Plastic Bag Making Machine


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Qualcomm Umum Dua Cip Baharu Untuk Peranti Mampu Milik

Infinix Xpad Edge Bakal Dilancar Pada 18 Disember 2025