Rina Harun Patut Terajui Frontliner Bukan Jadi Front Cover



Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Masyarakat (KPWKM) Rina Harun sepatutnya menggerakkan kementeriannya menjadi frontliner pada saat rakyat, terutama kaum wanita tertekan menghadapi situasi pandemik Covid 19 dan kejatuhan ekonomi.
Sebaliknya, menurut Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN, Fadhlina Siddiq, menteri itu lebih berminat menjalani sesi fotografi di pejabat kementeriannya dan menjadikan beliau bahan berita front cover media massa yang tidak menyumbang apa-apa penyelesaian kepada permasalahan kaum wanita.
“Saya berpandangan gambar sensasi tersebut keterlaluan di saat kita berhadapan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kes penderaan kanak-kanak yang meningkat dalam tempoh pandemik.
“Sebagai Kementerian utama yang menangani isu-isu kebajikan rakyat dalam tempoh pandemik, imej KPWKM sepatutnya dilihat sebagai kementerian barisan hadapan (frontliner) dan bukannya menjadi “front cover” yang memaparkan foto-foto sensasi Menteri KPWKM,” katanya.
Bagi Fadhlina, tidak salah sekiranya Rina mahu mempromosikan gaya hidup sihat kerana berjaya merampingkan tubuh badannya dalam usaha melestarikan tauladan kehidupan yang sihat dan sejahtera, terutamanya sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Namun hal itu, menurutnya tidak perlu dipromosikan secara berlebihan sehingga menghabiskan waktu menjalankan tugas harian di kementerian.
Sebelum ini, kata Fadhlina, Rina juga telah gagal dalam membentangkan draf Rang Undang-undang (RUU) Gangguan Seksual di Parlimen yang memberi perlindungan lebih tegas kepada golongan wanita.
“Saya ingin mengingatkan YB Menteri bahawa kegagalan dan kelambatan pembentangan Rang Undang-Undang Akta Gangguan Seksual yang sepatutnya berlaku di sesi sidang Parlimen yang lepas telah mengakibatkan rakyat khususnya warga wanita masih terdedah kepada ancaman gangguan seksual tanpa perlindungan di sisi undang-undang,” katanya.
Akibat kegagalan kementerian Rina itu, kata Fadhlina lagi, KEADILAN menghulurkan pertolongan kepada rkayat Malaysia dan menawarkan khidmat nasihat guaman kepada seluruh rakyat khususnya kaum wanita yang menjadi pemandiri gangguan seksual.
“Kami juga komited untuk melaksanakan program-program advoaksi dan pendidikan berkaitan gangguan seksual di seluruh negara khususnya agenda “Komuniti Waspada” dalam usaha memberdaya komuniti dan mempertingkatkan kesedaran awam,” katanya lagi.
Baru-baru ini negara dikejutkan dengan kejadian gangguan seksual dilakukan oleh anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di ibu negara.
Terdapat dua kes tular di media sosial. Pakatan Harapan menyalahkan KPWKM kerana kelewatan membentangkan Akta Gangguan Seksual kerana Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus mencegah perbuatan berkenaan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/31494

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Perlukah Muhyiddin Simpan Lagi Rina Harun Dalam Kabinetnya

Masih Perlukah Muhyiddin Simpan Lagi Rina Harun Dalam Kabinetnya

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 331 hits
Kalaulah Rina Harun bukan seorang menteri misalnya beliau adalah wanita yang bekerjaya sendiri pasti tiada siapa pun ambil peduli dengan perubahan dan penampilan dirinya sekarang ini Kalau beliau seorang artis atau model yang kaya atau anak...
Former National Welfare Foundation Ceo Stunned By Rina Harun S Fashion Shoot

Former National Welfare Foundation Ceo Stunned By Rina Harun S Fashion Shoot

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 403 hits
In the last few days Rina s photos have been circulated on social media platforms including Twitter Instagram and Facebook attracting both praise and criticism Screen capture via TwitterKUALA LUMPUR Feb 15 The former CEO of the National Wel...
Kerajaan Akan Sediakan Platform E Dagang Untuk Oku Kata Rina Harun

Kerajaan Akan Sediakan Platform E Dagang Untuk Oku Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 395 hits
Platform itu yang bakal dibangunkan kementerian itu bertujuan menyediakan platform alternatif untuk golongan OKU bagi menjana pendapatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun Gambar Bernama Golongan orang kurang upay...
Perubahan Rina Harun Asalnya Orang Kagum Kemudian Netizen Naik Meluat Dan Menyampah

Perubahan Rina Harun Asalnya Orang Kagum Kemudian Netizen Naik Meluat Dan Menyampah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 386 hits
Kecoh di media sosial dna tular mengenai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun apabila penampilannya yang semakin langsing meraih pujian netizen tak kurang juga ramai yang kecam Penampilan itu a...
Untuk Elak Fitnah Bolehkah Rina Harun Berterus Terang Status Dirinya

Untuk Elak Fitnah Bolehkah Rina Harun Berterus Terang Status Dirinya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 298 hits
Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun sekarang ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjadi tanda tanya ramai Ramai orang termasuk dalam kepimpinan Bersatu sendiri tidak tahu...
Where Is Your Voice Rina Harun

Where Is Your Voice Rina Harun

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 338 hits
MP SPEAKS Over the past two months there have been horrifying incidences involving violations against children and women reported in Malaysia A 16 year old girl child raped in a police lockup in Sarawak A seven year old boy abused who died ...
Kalau Buncit Belajar Lah Dari Rina Harun Kan Dia Dah Jadi Model

Kalau Buncit Belajar Lah Dari Rina Harun Kan Dia Dah Jadi Model

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 753 hits
Mira Filzah kata dia buncitFebruary 14 2021 SEJAK pelakon kesayangan ramai Mira Filzah mendirikan rumah tangga tahun lalu ramai yang ternanti nanti berita kehamilannya Terbaharu foto yang yang dimuat naik Mira dalam Instagramnya mencuri per...
Transformasi Rina Harun Tarik Perhatian Netizen Didakwa Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat

Transformasi Rina Harun Tarik Perhatian Netizen Didakwa Kurus Kerana Kuat Bekerja Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 1443 hits
1 652 total views 1 652 views today Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun baru baru ini mencuri tumpuan ramai orang apbila tampil dengan imej baru yang langsing cantik dan lebih bergaya Sebelum ini Da...
Rombakan Kabinet Ebit Liew Sesuai Ganti Rina Harun

Rombakan Kabinet Ebit Liew Sesuai Ganti Rina Harun

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 501 hits
Hari hari ada saja usaha Ebit Liew untuk membantu RAKYAT yang tertekan Cuma yang kita tak tahu ialah apa Menteri Menteri Kabinet buat hari hari kecuali Ismail Sabri yang hari hari kerja dia hanya bagi sidang akhbar Menteri Menteri lain hari...
Syarat Yang Perlu Ada Dalam Perjanjian Sewa Beli Rumah

Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Pembukaan The Millen Penang Autograph Collection Hotels Mengambil Intipati Era Kolonialisme

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Pesawah Cina Sekinchan Buat Bendang Juga Tapi Hasil Tinggi Dan 3 Musim Setahun Lebih Sikit Ounca Dia Apa

Any Rise In Electricity Tariffs Won T Burden Businesses Says Pm

Worm Hunt Lunar Arena


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Pernah Tak Hilang Beg Masa Travel

Masjid Nusantara Akihabara

Rahsia Mandi Air Sejuk Di Awal Pagi Untuk Menyegarkan Tubuh Dan Pikiran

Mastering The Skill Of Market Analysis

The Power Of Cat Skills

Sayur Labu Lemak Putih