Masih Perlukah Muhyiddin Simpan Lagi Rina Harun Dalam Kabinetnya




 Kalaulah Rina Harun bukan seorang menteri, misalnya beliau adalah wanita yang bekerjaya sendiri, pasti tiada siapa pun ambil peduli dengan perubahan dan penampilan dirinya sekarang ini.
Kalau beliau seorang artis atau model yang kaya atau anak tokoh korporat yang berjaya, perubahan penampilan dirinya sekarang sudah tentu mendapat puji dan puja yang melimpah-limpah lagi.
Akan ada yang berkata, tak salah malah selayaknya berbuat demikian kerana sesuai dengan kerjaya atau sepadan dengan wang yang ada dalam poketnya.
Tetapi, apabila beliau sebagai menteri dan wakil rakyat mengubah penampilan dirinya, menggunakan pula kemudahan pejabat kementerian untuk melakukan penggambaran bagi menampilkan dirinya seolah-olah seorang model, kecaman sudah tentu tidak boleh dielakkan.
Ini kerana kerja sebagai menteri bukan untuk melawa dan menampilkan perubahan diri serta wajah menyamai artis atau model.
Kerja menteri ialah menolong rakyat dan pejabat kementerian seharusnya sibuk dengan urusan keluar masuk rakyat yang ingin bertemu atau berurusan dengannya, bukannya untuk jurugambar dan jurumekap menghabiskan banyak masa di sana.
Apa faedah dan nilai tambah bagi seorang menteri dengan mengubah wajah sebegitu rupa?
Apakah dengan kelihatan kurus dan berubah wajah akan menyebabkan sokongan rakyat bertambah baik?
Apakah perubahan wajahnya dapat mengelakkan kerajaan PN dan Perdana Menteri daripada asakan kecaman dan serangan tidak puas hari rakyat daripada pelbagai aspek seperti yang berlaku sekarang?
Apakah dengan berubah wajah juga akan menyebabkan kerjanya sebagai menteri yang selama ini kelihatan tidak berfungsi sewaktu berbadan gempal akan menjadi bertambah baik bila sudah kurus dan langsing?
Apa yang Rina Harun barangkali tidak sedar ialah kerja sebagai pemimpin atau menteri bukan dinilai melalui penampilan atau wajah, tetapi komitmen, kesungguhan, kerajinan dan semangat terus bekerja menyelesai serta membantu apa jua masalah rakyat tanpa jemu.
Apalagi jika berubah penampilan tetapi akhirnya akan menyebabkan beliau lebih sibuk dan perasan menengok wajah sendiri di cermin daripada menjengok pelbagai masalah rakyat, sama ada di kawasan Parlimen yang diwakilinya atau melibatkan kementerian yang diterajuinya.
Sesungguhnya apa yang rakyat harapkan daripada seorang pemimpin ialah penampilan yang asli, jujur dan sungguh-sungguh ingin membantu, bukan penampilan yang palsu dan direka-reka dengan tata rias berlebihan.
Baik di dalam atau di luar negara, sudah terbukti selama ini pemimpin wanita yang disayangi dan dipuja bukan kerana mereka mengubah penampilan, tetapi kerana menggandakan usaha serta pemikiran ke arah memberi sumbangan yang lebih baik melalui jawatan yang disandang.
Rakyat yang menyokong pemimpin bukanlah penonton pertunjukan fesyen atau pemuja yang kagum dengan seseorang artis pujaan sehingga sanggup membeli tiket mahal untuk menonton persembahan mereka.
Rakyat lebih selesa dengan penampilan pemimpin yang seadanya, original, tidak fake dan tidak dibuat-buat.
Kadangkala penampilan atau perubahan yang berlebihan hanya akan membuatkan rakyat jadi meluat, tambahan lagi jika kerja yang dilakukan hanya ala-ala melepas batuk di tangga saja.
Sejak menerajui Kementerian Luar Bandar di era PH sebelum ini sehinggalah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang diterajuinya sekatang, Rina boleh dikata menteri yang tidak ternampak berfungsi dengan berkesan.
Adanya beliau macam tidak ada, nak kata tiada pula, beliau tetap ada.
Kini, dalam banyak isu melibatkan ruang lingkup kementeriannya seperti rogol dalam tahanan polis, gangguan seks oleh wanita ketika sekatan jalanraya serta isu-isu lain lain melibatkan wanita, keluarga dan kebajikan rakyat, belum terdengar lagi beliau bersuara atau membuat sebarang kenyataan mengenainya.
Tidakkah pelik, yang terdengar bersuara tentang kejadian rogol dalam lokap polis ialah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan?
Di mana Rina dalam isu ini?
Adakah beliau terlalu sibuk berfoto atau bersolek sehingga tidak sempat mengarahkan pegawai medianya mengeluarkan kenyataan barang sebaris ayat sekali pun?
Dengan Muhyiddin berdepan pelbagai tekanan politik sekarang ini, perubahan penampilan Rina yang disertai dengan kecaman berterusan daripada pelbagai lapisan rakyat pasti turut membuatkan Perdana Menteri lebih tertekan lagi dibuatnya.
Perubahan penampilan menteri lantikannya itu tidak memberi apa-apa markah tambahan kepada Muhyiddin, lebih-lebih lagi setiap kali gambar dan wajah terbarunya bak model pakaian tersebar luas, bukan pujian, sebalik kejian yang diterima kerajaan.
Apakah masih perlu Muhyiddin menyimpan lebih lama Rina dalam kabinetnya, sedangkan beliau sendiri menampakkan lebih keinginan mahu jadi model atau selebriti berbanding tugas hakikinya yang dibayar gaji daripada titik peluh rakyat sebagai menteri dan wakil rakyat?
 (Shahbudindotcom 15/02/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/masih-perlukah-muhyiddin-simpan-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aduhai Malangnya Nasib Muhyiddin Dapat Menteri Macam Rina Harun

Aduhai Malangnya Nasib Muhyiddin Dapat Menteri Macam Rina Harun

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 717 hits
Sejak dua tiga hari lepas telah viral beberapa keping gambar yang menampakkan penampilan terbaru Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun yang kelihatan jauh lebih kurus dan seolah olah berwajah baru Berdasarkan gambar ...
Untuk Elak Fitnah Bolehkah Rina Harun Berterus Terang Status Dirinya

Untuk Elak Fitnah Bolehkah Rina Harun Berterus Terang Status Dirinya

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 276 hits
Di sebalik perubahan penampilan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun sekarang ada satu persoalan mengenai dirinya yang masih menjadi tanda tanya ramai Ramai orang termasuk dalam kepimpinan Bersatu sendiri tidak tahu...
Salah Sebutan Bahasa Inggeris Adibah Noor Tegur Rina Harun

Salah Sebutan Bahasa Inggeris Adibah Noor Tegur Rina Harun

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 226 hits
Artis serba boleh Adibah Noor menegur kesilapan sebutan bahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun Adibah memuat naik klip video menunjukkan Rina silap menyebut doubt dengan betul semasa be...
Perubahan Rina Harun Asalnya Orang Kagum Kemudian Netizen Naik Meluat Dan Menyampah

Perubahan Rina Harun Asalnya Orang Kagum Kemudian Netizen Naik Meluat Dan Menyampah

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 376 hits
Kecoh di media sosial dna tular mengenai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun apabila penampilannya yang semakin langsing meraih pujian netizen tak kurang juga ramai yang kecam Penampilan itu a...
Kerajaan Akan Sediakan Platform E Dagang Untuk Oku Kata Rina Harun

Kerajaan Akan Sediakan Platform E Dagang Untuk Oku Kata Rina Harun

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 371 hits
Platform itu yang bakal dibangunkan kementerian itu bertujuan menyediakan platform alternatif untuk golongan OKU bagi menjana pendapatan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Rina Harun Gambar Bernama Golongan orang kurang upay...
Rina Harun Patut Terajui Frontliner Bukan Jadi Front Cover

Rina Harun Patut Terajui Frontliner Bukan Jadi Front Cover

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 386 hits
Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga Masyarakat Rina Harun sepatutnya menggerakkan kementeriannya menjadi frontliner pada saat rakyat terutama kaum wanita tertekan menghadapi situasi pandemik Covid 19 dan kejatuhan ekonomi Sebaliknya men...
Hiburan Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun Doubt Hilangkan Bunyi B

Hiburan Adibah Noor Tegur Cara Sebutan Perkataan Inggeris Rina Harun Doubt Hilangkan Bunyi B

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 376 hits
Sebelum ini penampilan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina mendapat perhatian ramai apabila beliau dilihat semakin langsing Ramai yang terpegun melihat beliau menggayakan koleksi baju kurung daripada pereka...
Panas Rina Harun Selesai Bayar Hutang Jutaan Ringgit Elak Diisytihar Muflis

Panas Rina Harun Selesai Bayar Hutang Jutaan Ringgit Elak Diisytihar Muflis

papar berkaitan - pada 16/2/2021 - jumlah : 497 hits
February 16 2021 Selepas isu pembedahan untuk jadi kurus cakap Bahasa Inggeris yang tidak tentu hala kini Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun hadapi isu lain pula bangkrap Namun Rina akhirnya berjaya men...
Perundangan Perlembagaan Masih Silent Tentang Muhyiddin

Perundangan Perlembagaan Masih Silent Tentang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 237 hits
Persepsi politik bersimpang siur ada yang bawa ke mahkamah ada yang merayu Belum ada KEPUTUSAN dan jawapan pasti Mahkamah rakyat telah menghukum ITU Muhyiddin bagaimana agaknya kalau suatu Masa nanti PM Malaysia adalah banduan peliwat sembu...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp