Ride To Bentong Pahang


Sebelum ni Encik Suami ride bersama kawan-kawan. Lepas tu ada juga ajak ride bersama tapi tak jadi-jadi rancangannya. Entah macam mana kawan-kawan Encik Suami pun rancang nak ride bersama wife masing-masing. 
Dalam istilah ride, bawa pillion lah gitu.

Pagi tu bangun awal kononnya masuk je waktu subuh solat subuh terus gerak je sebab janji nak jumpa di Kajang jam 7.00 pagi. Sekali hujan daaaa. Lebat pula tu. 
Hujan macam tak reti nak berhenti, kami ambil keputusan redah je setting wet condition dulu. Pakai baju hujan je. Seluar hujan tak pakai sebab nanti-nanti akan kering juga. Janji baju tak basah. Redah lah hujan dari Seremban sampai Kajang

Dekat nak sampai lokasi pertemuan tu barulah tak hujan. Di Kajang tak hujan pun tapi cuaca mendung. Dalam perjalanan nak sampai stesen minyak PETRONAS terserempak dengan geng ride sekali. Bersamalah kita sampai. Mereka dari Kajang. 
Lepas tu barulah sorang lagi dari Seri Kembangan sampai. Dah lengkap semua, isi minyak isi angin tayar. Berdesup lah kami ride to Bentong Pahang. Kemana kita

jam 7.53 am
Dari baju hujan tukar jacket ala parka windproof gitu. Tak ada jacket ride sebab bukan kita selalu pergi ride pun. Janji pakai jacket yang tak panas. Nak ride bukan kejap, makan masa 2 jam lebih one way tu. Kalau pakai jacket tebal lencun lah. Tapi untuk keselamatan better lah

Kami ride santai je sebab motor bukan laju pun. Cc paling rendah dari dua motor tu. Tunggulah ada modal nanti baru upgrade okay. Senang juga untuk Encik Suami pergi kerja ulang-alik rentas negeri cepat sikit sampainya. 
silap besar kalau selfie duduk depan, auto nampak gemss ye. Nyesal!!!
Yang lain steady motor laju cc besar sikit. Kita ni kena mengejar kalau jauh ketinggalan. Tapi takpa, santai-santai je sudah. Bukan nak berlumba. Sekali lagi kami berhenti di hentian Gombak-Karak kalau tak silaplah. Tempat wajib berhenti untuk para rider berehat

jam 8.24 am
Macam biasa, kalau di lebuh raya Karak ni akan ada photographer standby untuk ambil gambar. Gambar-gambar ni akan di upload dalam website. Dan kita boleh beli gambar mana yang berkenan. Ada 3 jenis saiz dan harga

Masa kami pergi ada 3 point dan 3 orang photographer. Kami pertama kami tak perasan, tak adalah posing bagai. Elok kami 3 rider berpasangan dalam 1 bingkai gambar

credit : akukahituphotography
Gambar kedua pun tak ready sangat, saya buat peace. Encik suami buat 3, kali ketiga katanya ride lalu sini. Okay fine

credit : photographer alfiduge/ Alfishahrin
Gambar ketiga, kemain bersedia sungguh ni. Bukan main happy dapat ikut Encik Suami ride. Di point ketiga ni kami belakang sekali dan tak ada rider lain. Encik Suami pun bawa perlahan je sebab nak nampak gambar cantik walaupun tak corner baring. Tegak gitu je. Janji gambar ready

Disini banyak betul gambar kami yang photographer snap. Sebab tak ada kenderaan lain cerita dia. Cuba jalan sibuk, berpinau shutter nak ambil gambar. Ketiga-tiga ni kami beli simpan buat kenangan dalam album gambar

Terima kasih photographer hebat ambil gambar-gambar yang cantik. Ada photographer ni lah buat lagi semangat para rider nak ride kan. Photographer pun boleh tambah income. 
credit photo : photographer Eirwan Ahmad
Kami ride ke Kopi Ladang, Janda Baik, Bentong, Pahang. Sepanjang perjalanan ke Janda Baik ni banyak betul tempat-tempat makan, kedai kopi dan homestay menarik. Ramai juga para rider ride ke sini. 
Kami ride haritu 1 September, cuti Hari Kemerdekaan. Jalan tak sesak sangat. Tapi ramai juga yang pergi ride ke sana. Alhamdulillah sampai juga kami di Kopi Ladang. Nak makan nasi kerabu! Sebelum ni Encik Suami ride ke sini juga bersama kawan-kawan. 


Boleh tahan ramai juga pengunjung Kopi Ladang ni. Ladang kopi dia tak silap saya belakang kedai tu je. Tak sempat nak mengkaji dan meninjau


Mujur ada meja kosong yang cukup untuk kami 6 orang. Scan QR untuk buat pesanan dan terus bayar. Lepas buat pesanan tu, kena rajinlah tengok di screen yang disediakan. 
Kalau dah keluar nombor order tu, kena ambil pesanan di tingkat bawah. Kat bawah ada juga ruang makan tapi kami memilih di atas, baru syok tengok permandangan



Sebenarnya saya ada pesan kopi juga. Tiba-tiba nak ambil pesanan tu tak ada kopinya. Sekali tengok dalam senarai tu, tak ada. Agaknya bila tekan add tu dia tak add rupanya. Tak ada rezeki lah nak rasa kopi ladang

Boleh je tambah order tapi malas sebab orang ramai. Dah tentu nak kena menunggu lagi. Minum je lah ais kosong. Adalah hikmahnya tu



Tak ada lah lama sangat menunggu sambil menyembang. Tak terasa lama. Nombor pesanan keluar terus suami-suami semua pergi ambil. Inilah hidangan yang dinantikan. Encik Suami kata sedap masa dia makan haritu. 

Hidangan nasi kerabu yang cukup lengkap dengan ayam bakarnya. Telur masin pun separuh. Banyak ulam-ulaman, serunding kelapa, sambal dan sambal budunya. Harganya RM11 lebih macam tu. Murah ke mahal? Standardlah kot kan


Sedap di tekak suami tapi tidak di tekak saya. Rasa dia macam ada yang kurang. Ayam bakar dia macam kurang perapan dia. Entahlah tak tahu mana yang kurang. Mungkin sebab dah pernah makan yang sedap, jadi yang ni kurang sikit menurut tekak saya

Tapi yelah, sedap tu ikut tekak masing-masing. Cuma tak mencapai KPI selera sayalah. Tapi habis jugalah makan, tinggal sikit Encik Suami habiskan sebab saya dah tak boleh nak masuk dah. Nak biarkan tak habis sayang pula. Mujur perut dia masih ada ruang lagi. 
Habis makan dan menyembang, terus gerak balik. Pengunjung dah mula ramai, nak lepak lama-lama memang tak bolehlah. Jangan buat orang tertunggu-tunggu

Tak lupa potretkan juga lampu ni. Siang-siang pun buka lampu. Sebab apa? Sebab mendung, gelap suasananya. Takkan nak makan dalam gelap. Bagus tuan kedai prihatin


Balik tak ada berhenti mana-mana. Terus je. Sorang berpisah di Seri Kembangan, sorang di Kajang dan kamilah paling jauh ke Seremban. Alhamdulillah selamat sampai rumah hampir jam 12.00 tengahari. Petak montot! Penat boleh tahan jugalah. Tapi pengalaman tu yang mahal. 
Okay, boleh rancang ride lagi




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2025/09/kopi-ladang-janda-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

Kerajaan Negeri Pahang Beri Amaran Tidak Akan Berkompromi Dengan Pihak Ceroboh Tanah Haram Di Raub

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2531 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana mana pihak yang menceroboh tanah secara haram di daerah Raub Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Durian H...
Masyaallah Tak Pahang Mung

Masyaallah Tak Pahang Mung

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 649 hits
Rupanya masih ramai walaun tak faham apa itu Mykasih SARA
Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A Spm Tuisyen Komuniti Yasa Umpsa 2025

Sultan Pahang Berkenan Rasmikan Program Road Tour Skor A Spm Tuisyen Komuniti Yasa Umpsa 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 1034 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan merasmikan Program Road Tour Skor A SPM Pahang dan Tuisyen Komuniti YASA UMPSA 2025 di Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Gambang di s...
Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

Penyertaan Turkiye Serta Beberapa Negara Asean Buktikan Tanda Sokongan Temasya Warisan Pahang 2025

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 802 hits
PEKAN Penyertaan Turkiye dan beberapa negara ASEAN seperti Laos Singapura dan Indonesia membuktikan tanda sokongan terhadap Yayasan Tenun Pahang Diraja dalam memartabatkan seni kraf warisan negara di persada dunia Memasuki hari ketiga pada ...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Raikan Rakyat Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Mbk1

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Raikan Rakyat Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Mbk1

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2068 hits
KUANTAN Suasana sambutan Hari Kebangsaan ke 68 peringkat Negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan Satu bertambah meriah dengan keberangkatan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan meluangk...
Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

Al Sultan Abdullah Merasmikan Temasya Warisan Pahang Di Muzium Maritim Pulau Beram Pekan Malam Tadi

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2235 hits
PEKAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Temasya Warisan Pahang di Muzium Maritim Pulau Beram malam tadi Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunku...
Johor Bergegar Lagi Kini Dirasai Hingga Ke Pahang

Johor Bergegar Lagi Kini Dirasai Hingga Ke Pahang

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 521 hits
KOSMO Lokasi gempa bumi yang dilaporkan MetMalaysia hari ini PETALING JAYA Gempa bumi lemah berukuran 3 2 skala magnitud telah dikesan berlaku di Johor pada pukul 8 59 pagi hari ini Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia gempa bumi tersebut b...
Pahang Immigration Rescues 17 Indonesian Women

Pahang Immigration Rescues 17 Indonesian Women

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 560 hits
They were being exploited by a domestic helper and cleaning services syndicate says the department It is alleged that the victims never received their wages directly and had been denied leave PETALING JAYA Seventeen Indonesian women believe...
Sultan Pahang Titah Masjid Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat

Sultan Pahang Titah Masjid Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat

papar berkaitan - pada 28/8/2025 - jumlah : 1006 hits
Sultan Pahang Titah Masjid Surau Di Pahang Adakan Solat Hajat Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan semua masjid dan surau di seluruh negeri Pahang mengadakan solat hajat dan doa menolak bala pada m...
Wanita Didakwa Bunuh Simpan Mayat Dua Anak Dalam Beg

Ex Mp Demands Transparency Over Govt S Plan To Introduce Nuclear Power

Chronology Of Push To Oust Muhyiddin

Kurang Pasti Tentang Kecederaan Berjalur Kod Bar Tumpuan Untuk Selamat Zara Qairina Saksi

Adha Sertai Pertandingan Nyanyian Lagu Merdeka

Lawatan Sambil Belajar Tabika Aaira Ke Balai Bomba

Jalan Jalan Raya Pun Boleh Belajar Sejarah Ini 5 Lokasi Best Sepanjang Lpt1

Pindah Luar Negara Janna Nick Balik Kampung Ziarah Datuk Nenek Sebelum Bertolak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Atok Selalu Terpaling Hensem Di Mata Cucu

Pengalaman Pertama Minta Bantuan Bomba

Cabaran Masa Menyiapkan Artikal Berkualiti Di Blog

Working Mode On Lepas Cuti Panjang Sebab Demam

Tindakan Serta Merta

Teman Mak Brisk Walk