Ribut Wisma Putra Terus Gelora


 
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melawat UAE dari 29-31 Mac sempena Ekspo Dunia Dubai. (Gambar Bernama)PETALING JAYA : Tekanan terhadap Menteri Luar Saifuddin Abdullah semakin memuncak berhubung kegagalan pengurusan kunjungan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bulan lepas.
Duta Besar ke UAE Mohd Tarid Sufian dan Konsul Jeneral di Dubai Mohd Hasril Abdul Hamid telah dipanggil pulang tetapi ramai pemerhati percaya kedua-dua diplomat kanan tersebut menerima layanan tidak adil.
Insiden itu disusuli kontroversi yang menyaksikan sebuah klip audio dibocorkan, sebuah laporan polis dibuat dan Wisma Putra mengeluarkan kenyataan tiga muka surat, namun ia nampaknya masih belum selesai.
Tonton video di sini.
FMT meninjau kemelut yang menyelubungi kunjungan Ismail ke UAE baru-baru ini.
Apa terjadi?
Ahad lepas, sumber memberitahu FMT bahawa Tarid dan Hasril telah ditugaskan untuk menyertai sekumpulan penjawat awam di Jabatan Perkhidmatan Awam, Putrajaya, yang dikatakan menjadi tempat untuk memindahkan pegawai tidak disenangi sementara menunggu arahan seterusnya.
Langkah ini diambil susulan kunjungan Ismail ke Dubai yang menyaksikan hanya Tarid dan Hasril hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan perdana menteri itu.
Tidak ada pegawai tertinggi UAE hadir, sebagaimana menjadi protokol biasa bagi seorang menteri kanan negara tuan rumah ditugaskan secara rasmi untuk menerima tetamu kenamaan asing.
Menurut satu lagi sumber, duta telah memaklumkan Wisma Putra mengenai keraguan kerajaan UAE mengenai masa lawatan Ismail tetapi ia tidak diendahkan.
Ismail mengunjungi UAE dari 29-31 Mac sempena Ekspo Dunia Dubai.
Kerajaan UAE dikatakan telah memberitahu perwakilan Malaysia bahawa ia bukan masa yang sesuai bagi kunjungan rasmi memandangkan ratusan orang kenamaan tiba setiap hari dari seluruh dunia sempena ekspo tersebut.
Pada 1 April, Wisma Putra mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan bahawa kedua-dua diplomat tersebut diarahkan pulang.
Katanya, mereka gagal menyelaras pentadbiran dan logistik untuk perdana menteri, mengakibatkan beliau terpaksa menunggu lama bagi urusan pasport dan pelepasan imigresen di lapangan terbang.
Langkah yang diambil itu adalah “perkara biasa”, katanya sambil menambah, ia bagi melindungi kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara lain.
Reaksi
Susulan itu, sebuah rakaman audio menjadi tular, yang antara lainnya mendakwa Ismail tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Saifuddin.
Dalam klip berdurasi 2 minit 15 saat itu, seorang lelaki didengar mengadu kepada seorang “Datin” mengenai masalah yang dihadapi kementerian, merujuk kepada peningkatan bilangan kekosongan jawatan dalam misi Malaysia di luar negara.
Wisma Putra telah membuat laporan polis dan menjalankan siasatan dalaman berhubung perkara itu.
Beberapa tokoh turut menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai layanan terhadap kedua-dua diplomat tersebut.
Bekas menteri luar Anifah Aman berkata, tindakan tergesa-gesa memanggil pulang diplomat terbabit sangat memalukan negara dan siasatan dalaman sepatutnya dilakukan terlebih dahulu.
“Saya rasa curiga bagaimana diplomat kanan dan berpengalaman boleh terlepas pandang maklumat penting, terutamanya apabila membabitkan hal ehwal perdana menteri,” katanya dalam kenyataan.
Naib Presiden Umno Khaled Nordin mengkritik Wisma Putra kerana gagal memastikan Ismail diberi penghormatan yang sesuai dengan kedudukannya, sambil menambah, “sangat tidak profesional” untuk menyalahkan diplomat terbabit.
Noor Farida Mohd Ariffin, yang pernah bertugas sebagai duta di Belanda, memberitahu FMT bahawa ramai bekas rakan sejawatnya “geram” tentang cara isu ini dikendalikan, dan kecewa dengan pemanggilan pulang Tarid dan Hasril.
Katanya, kebanyakan antara mereka yang mengenali Tarid menggambarkannya sebagai seorang “pegawai diplomatik berwibawa”.
Tekanan terhadap Saifuddin
Anifah berkata, penggantinya, Saifuddin yang mengiringi Ismail ke UAE sepatutnya sepenuhnya bertanggungjawab terhadap kemelut yang tercetus berhubung kunjungan tersebut.
Katanya, Saifuddin boleh mengelakkan kegagalan itu dengan mengadakan kunjungan awal bagi memastikan persediaan dibuat “mengikut amalan standard”.
Khaled turut menggesa menteri luar itu supaya bertanggungjawab.
“Malaysia nyata memerlukan kepimpinan baharu yang lebih kompeten di Kementerian Luar. Prestasi semasa menteri tidak sesuai dengan pengalaman, kedudukan dan kepentingan global Malaysia,” katanya.
Noor Farida memberitahu FMT, sekumpulan bekas duta bercadang menulis surat bantahan kepada Wisma Putra berhubung perkara ini, dan ramai yang mengkritik Saifuddin menerusi Twitter kerana tidak bertanggungjawab dan mempertahankan diplomat terbabit.
Katanya, jika beliau menjadi Saifuddin, beliau akan membuat bantahan keras pada mesyuarat mingguan Jemaah Menteri mengenai layanan terhadap diplomat-diplomat itu. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/ribut-wisma-putra-terus-gelora.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wisma Putra Tells Of Protocol Failure For Pm S Dubai Visit

Wisma Putra Tells Of Protocol Failure For Pm S Dubai Visit

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 199 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob pictured on his arrival in Dubai on March 29 for a visit to the United Arab Emirates PUTRAJAYA Wisma Putra said today that two Malaysian diplomats in Dubai had failed to make proper arrangements when Prime...
Baseless To Say 10 000 Malaysians Stuck In Thailand Says Wisma Putra

Baseless To Say 10 000 Malaysians Stuck In Thailand Says Wisma Putra

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 171 hits
Malaysians requiring assistance with travel papers to return home have been advised to the contact the consulate general s office in Songkhla Thailand PETALING JAYA The foreign ministry has refuted media reports that more than 10 000 Malays...
2 Recalled Diplomats To Return To Wisma Putra Says Jpa

2 Recalled Diplomats To Return To Wisma Putra Says Jpa

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 157 hits
Shafiq Abdullah says there is no such thing as cold storage in the civil service PUTRAJAYA Malaysia s ambassador to the United Arab Emirates and the consul general of Malaysia in Dubai who were recalled will be placed at Wisma Putra Public ...
Penyelarasan Gagal Termasuk Tiada Perarakan Kereta Sebab Duta Diarah Pulang Kata Wisma Putra

Penyelarasan Gagal Termasuk Tiada Perarakan Kereta Sebab Duta Diarah Pulang Kata Wisma Putra

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 141 hits
Wisma Putra berkata Ismail Sabri Yaakob terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan bagi urusan pelepasan pasport malah kawalan keselamatan yang sepatutnya disediakan juga tidak ada PETALING JAYA Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu dan Konsul J...
Wisma Putra Probing Viral Audio Clip Lodges Police Report

Wisma Putra Probing Viral Audio Clip Lodges Police Report

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 153 hits
The Foreign Affairs Ministry has launched an internal investigation into an audio clip that contained the voice of a man supposedly a ministry officer talking to a Datin about alleged problems faced by Wisma Putra In a statement the ministr...
Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu Video

Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu Video

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 235 hits
Tular Kisah Rumah Adik Akid Serba Daif Ustaz Ebit Lew Terus Datang Membantu VIDEO SEMALAM video seorang kanak kanak yang dikenali sebagai Adik Akid yang menangis akibat rumah yang daif dan tiada sumber pendapatan tetap menyebabkan ramai yan...
Ramadan Kali Ni Bilal Jadi Jam Loceng Ummi Senang Beribadah Terus Sahur

Ramadan Kali Ni Bilal Jadi Jam Loceng Ummi Senang Beribadah Terus Sahur

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 186 hits
Kehadiran Muhammad Bilal dalam hidup Neelofa dan suaminya Harris Ismail benar benar memberi satu kehidupan baru bagi pasangan suami isteri ini Apatah lagi pertama kali dalam bulan Ramadan menyambutnya bersama anak kecil Bilal dianggap pelen...
Wow Benzema Terus Masuk Padang Selepas 13 Minit Berbuka Puasa Terus Dapat Gol Hatrik

Wow Benzema Terus Masuk Padang Selepas 13 Minit Berbuka Puasa Terus Dapat Gol Hatrik

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 212 hits
Tak lupa kewajipan Benzema terus masuk padang selepas 13 minit berbuka puasaJumaat 08 April 2022 7 00 AMBenzema berbuka puasa terlebih dahulu 13 minit sebelum perlawanan berlangsung Foto Getty Images Catherine Ivill KESIBUKAN di padang tida...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint