Penyelarasan Gagal Termasuk Tiada Perarakan Kereta Sebab Duta Diarah Pulang Kata Wisma Putra


 
Wisma Putra berkata, Ismail Sabri Yaakob terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan bagi urusan pelepasan pasport, malah kawalan keselamatan yang sepatutnya disediakan juga tidak ada. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Duta Besar ke Emiriah Arab Bersatu dan Konsul Jeneral di Dubai diarah pulang kerana gagal menyelaras urusan pentadbiran dan logistik bagi lawatan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sebagaimana SOP, termasuk menyediakan perarakan kereta.
Wisma Putra berkata Ismail terpaksa menunggu lama di ruang ketibaan bagi urusan pelepasan pasport, malah kawalan keselamatan yang sepatutnya disediakan juga tidak ada.
Katanya, ketua perwakilan Malaysia harus menyediakan liputan dan kawalan keselamatan serta perarakan kereta untuk perdana menteri “dalam apa keadaan sekalipun”, walaupun kerajaan tuan rumah tidak dapat menyediakan taraf tetamu.
“Tindakan memanggil balik kedua-dua pegawai tersebut bukan sesuatu luar biasa dan dibuat melalui perundingan dengan pihak-pihak yang berkenaan, termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya.
Kenyataan Wisma Putra itu sekali gus mengesahkan laporan FMT semalam bahawa Duta Besar Tarid Sufian dan Konsul Jeneral Hasril Abdul Hami dipanggil pulang berhubung lawatan Ismail ke UAE pada 29-31 Mac lepas, sempena Ekspo 2020 Dubai.
Menurut laporan FMT, Tarid dan Hasil diarah pulang dan ‘direhatkan’ berikutan isu sambutan ketibaan Ismail. Menurut sumber, hanya mereka satu-satunya pegawai kanan yang hadir di lapangan terbang untuk menyambut ketibaan beliau.
“Kementerian Luar Negeri kesal kerana tulisan tersebut bukan sahaja mengandungi maklumat yang tidak tepat, malahan lebih bersifat spekulasi dan tohmahan yang tidak berasas,” katanya.
Sebaliknya, lawatan Ismail berjaya mencapai objektif yang disasarkan, antaranya menghadiri majlis pemeteraian beberapa memorandum persefahaman antara syarikat Malaysia dan syarikat antarabangsa.
Perdana Menteri turut menghadiri majlis penutup Sidang Kemuncak Kerajaan Sedunia (WGS) pada 30 Mac, “melalui inisiatif pimpinan tertinggi kementerian yang mengiringi” Ismail, dan berjumpa dengan Perdana Menteri UAE, Mohammed Rashid Al Maktoum.
Berhubung WGS itu lagi, kementerian berkata Tarid dan Hasril gagal memaklumkan kepadanya tentang penganjuran sidang itu. Ismail diundang menghadiri majlis penutup sidang itu oleh Menteri Kerjasama Antarabangsa UAE, Reem Ebrahim Al Hashimy, pada hari yang sama.
“Sekiranya pimpinan tertinggi kementerian telah dimaklumkan awal tentang penganjuran WGS, pastinya usaha telah dibuat supaya perdana menteri menyampaikan ucapan di program tersebut,” katanya.
Tambahnya, Menteri Ekonomi Digital UAE, Omar Sultan Al Olama, mengundang perdana menteri untuk menyampaikan ucaptama di WGS tahun depan.
Kementerian berkata masalah tidak akan berlaku sekiranya penyelarasan dibuat lebih awal, kerana kerajaan UAE menyediakan semua kemudahan kepada perdana menteri sebagai ketua kerajaan sehingga ke akhir lawatan.
“Kerajaan UAE telah mengaturkan ‘static guards of honour’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Al Maktoum,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/04/penyelarasan-gagal-termasuk-tiada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2 Recalled Diplomats To Return To Wisma Putra Says Jpa

2 Recalled Diplomats To Return To Wisma Putra Says Jpa

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 168 hits
Shafiq Abdullah says there is no such thing as cold storage in the civil service PUTRAJAYA Malaysia s ambassador to the United Arab Emirates and the consul general of Malaysia in Dubai who were recalled will be placed at Wisma Putra Public ...
Wisma Putra Probing Viral Audio Clip Lodges Police Report

Wisma Putra Probing Viral Audio Clip Lodges Police Report

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 167 hits
The Foreign Affairs Ministry has launched an internal investigation into an audio clip that contained the voice of a man supposedly a ministry officer talking to a Datin about alleged problems faced by Wisma Putra In a statement the ministr...
Ribut Wisma Putra Terus Gelora

Ribut Wisma Putra Terus Gelora

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 408 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melawat UAE dari 29 31 Mac sempena Ekspo Dunia Dubai PETALING JAYA Tekanan terhadap Menteri Luar Saifuddin Abdullah semakin memuncak berhubung kegagalan pengurusan kunjungan Perdana Menteri Ismail Sabri Y...
Wisma Putra Tells Of Protocol Failure For Pm S Dubai Visit

Wisma Putra Tells Of Protocol Failure For Pm S Dubai Visit

papar berkaitan - pada 12/4/2022 - jumlah : 215 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob pictured on his arrival in Dubai on March 29 for a visit to the United Arab Emirates PUTRAJAYA Wisma Putra said today that two Malaysian diplomats in Dubai had failed to make proper arrangements when Prime...
Waran Tangkap Tidak Dapat Diserahkan Kerana Norjuma Gagal Ditemui Kata Peguam

Waran Tangkap Tidak Dapat Diserahkan Kerana Norjuma Gagal Ditemui Kata Peguam

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 324 hits
Kami sudah cuba mencari defendan di kedua dua rumahnya di Kuala Lumpur dan Selangor namun gagal menemuinya untuk menyerahkan waran tangkap kata peguam Muhammad Hassanuddin Roslan
Baseless To Say 10 000 Malaysians Stuck In Thailand Says Wisma Putra

Baseless To Say 10 000 Malaysians Stuck In Thailand Says Wisma Putra

papar berkaitan - pada 9/4/2022 - jumlah : 179 hits
Malaysians requiring assistance with travel papers to return home have been advised to the contact the consulate general s office in Songkhla Thailand PETALING JAYA The foreign ministry has refuted media reports that more than 10 000 Malays...
Kata Diet Tapi Makan Juga Domino S Pizza Rm5 Sebelum Pukul 12 Tengahari

Kata Diet Tapi Makan Juga Domino S Pizza Rm5 Sebelum Pukul 12 Tengahari

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 260 hits
Domino s Personal Pizza RM5 Sebelum Pukul 12 Tengahari Hai Aku baru tahu yang kalau kita beli Personal Pan Domino s Pizza sebelum pukul 12 tengahari harga Personal Pan Pizza tu hanyalah RM5 Sungguh ketinggalan zaman aku ni Haha Ok ini seben...
Hiburan Sampai Kena Panggil Polis Beri Keutamaan Pada Wanita Mengandung Netizen Kata Pelanggan Tak Ada Hati Perut

Hiburan Sampai Kena Panggil Polis Beri Keutamaan Pada Wanita Mengandung Netizen Kata Pelanggan Tak Ada Hati Perut

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 154 hits
Belum habis nampaknya kisah mengenai nasi beriani lamb shank cef Ammar yang tular sejak beberapa hari ini Semalam tular pula mengenai kisah gerai milik cef Ammar didatangi pihak polis bantuan kerana kekecohan akibat pelanggan yang mengamuk ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl