Ribuan Penyokong Bersolidariti Di Perkarangan Mahkamah Untuk Najib


Ribuan penyokong Najib Razak berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk bersolidariti kepada bekas perdana menteri itu yang akan mengetahui nasibnya terhadap pendakwaan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Mereka lengkap memakai baju biru dan merah tertulis “bossku” sambil melaungkan “hidup bossku” dan “kita sayang bossku”.
Difahamkan, penyokong yang hadir terdiri daripada akar umbi Barisan Nasional (BN), Umno, MIC dan MCA yang mula berkumpul sejak jam 5 pagi.
Antara pemimpin yang hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.
Turut hadir memberi sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chini Mohd Sharim Md Zin dan bekas Menteri Besar Perak Zambry Abdul Kadir selain penyokong Najib dari Pekan, Pahang yang menaiki bas.
“Kami harap keputusan hari ini memihak kepada Najib,” kata Mohamad Khairul dari Chini.
Baca : Solidariti Bersama Najib Razak
Sementara itu, Napisah Mohamad berkata apa saja keputusan hari ini mereka terima dan berharap ia diputuskan dengan adil.
“Apa saja keputusan hari ini kami terima, memang kita harapkan ia memihak kepada Najib, tapi apa pun keputusan itu nanti biarlah adil dan selaras undang-undang,” katanya.
Seorang lagi penyokong Najib yang mahu dikenali Wong berharap keputusan hari ini tidak dibuat atas dasar politik sebaliknya mengikut undang-undang.
Najib tiba jam 9.30 pagi berarak bersama penyokong dari Masjid Wilayah ke kompleks mahkamah.
Pintu pagar utama kompleks mahkamah ditutup dan jalan utama dikawal ketat polis.
Kumpulan penyokong turut mengaminkan doa sebelum Najib memasuki bangunan Parlimen yang diakhiri laungan takbir.
Keadaan di luar bangunan mahkamah juga sesak dan penyokong dilihat sukar melakukan penjarakan sosial.
“Kita minta semua jarak, jangan duduk rapat-rapat, kita bimbang dan tidak mahu ada kluster baru Covid-19 nanti, minta tolong semua, amalkan jarak,” kata seorang penyokong yang beberapa kali mengulangi amaran itu.
Baca : Warkah dari Najib Razak
Sementara itu, Ketua Umno Sungai Besar Jamal Yunus ketika ditemui mengakui sukar untuk memastikan penyokong melakukan penjarakan sosial.
“Mereka datang secara suka rela, ada juga datang dari kawasan-kawasan sebab itu ada yang datang dengan bas. Memang kita akui sukar untuk mereka melakukan penjarakan sosial, ada yang patuh ada yang tidak patuh, sebab itu kita nasihat mereka cukup sekadar beri sokongan di media sosial, sebab kita tidak mahu mereka berkumpul dalam jumlah yang ramai.
Baca : Keputusan mahkamah Najib, ini yang perlu rakyat Malaysia tahu
“Tapi semua tahu Najib bukan pemimpin biasa-biasa, beliau ada pengikut tersendiri, ikutkan ramai lagi hendak datang tapi sebab Covid-19 jumlahnya ini saja,” katanya sambil memaklumkan ada yang mahu datang secara konvoi bermotosikal tetapi tidak dibenarkan kerana bimbang risiko jangkitan.
Baca : Kenali Hakim yang mengendalikan kes SRC.
Najib berdepan 3 pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan dana SRC, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini diletak di bawah Kementerian Kewangan.
Najib, perdana menteri ke-6 dari 2009 hingga 2018, menjadi ketua negara pertama di Malaysia yang diheret ke mahkamah. FMT
The post Ribuan penyokong bersolidariti di perkarangan mahkamah untuk Najib appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/07/28/ribuan-penyokong-bersolidariti-di-perkarangan-mahkamah-untuk-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Bimbang Kluster Mahkamah Polis Ingatkan Penyokong Najib Tentang Penjarakan Sosial

Ramai Bimbang Kluster Mahkamah Polis Ingatkan Penyokong Najib Tentang Penjarakan Sosial

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 393 hits
KUALA LUMPUR Ramai tidak mematuhi amalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka dalam kalangan orang awam yang hadir memberikan sokongan moral kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan kes rasu...
Penyokong Najib Tak Boleh Terima Keputusan Ada Yang Menangis Selepas Mahkamah Umum Keputusan

Penyokong Najib Tak Boleh Terima Keputusan Ada Yang Menangis Selepas Mahkamah Umum Keputusan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Penyokong Najib Razak yang berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini sedih selepas hakim memutuskan bekas perdana menteri itu bersalah terhadap 7 pertuduhan berhubung RM42 juta milik bekas anak syarikat 1MDB SRC Intern...
Ribuan Penyokong Najib Masih Menanti Keputusan Akhir Kes Rm42 Juta Src

Ribuan Penyokong Najib Masih Menanti Keputusan Akhir Kes Rm42 Juta Src

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 329 hits
Hari ini tibalah waktunya bagi menentukan nasib Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak samaada bersalah atau tidak atau dibebaskan bagi tujuh pertuduhan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana sebanyak RM42 juta milik SRC...
Mahkamah Polis Tegur Penyokong Najib Gagal Patuhi Sop Covid 19

Mahkamah Polis Tegur Penyokong Najib Gagal Patuhi Sop Covid 19

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 434 hits
KUALA LUMPUR Polis memberi peringatan kepada orang awam yang berada di pekarangan Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk mematuhi prosedur operasi standard bagi mengawal berlakunya penularan koronavirus Arahan itu dikeluarkan dengan menggunak...
Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Bersalah Di Atas Tujuh Pertuduhan Libatkan Dana Rm42 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tujuh pertuduhan tuduhan pecah amanah salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram melibatkan dana RM42 juta milik SRC ...
Keputusan Mahkamah Najib Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu

Keputusan Mahkamah Najib Ini Yang Perlu Rakyat Malaysia Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 298 hits
Hari ini jam 10 pagi adalah hari yang penting untuk DS Najib Razak kerana keputusan samada beliau didapati bersalah atau tidak dalam kes SRC International akan diketahui Disamping datang memberi sokongan di mahkamah atau mengikuti kes dari ...
Najib Bidas Pembangkang Pertikai Keputusan Mahkamah Tangguh Perbicaraan

Najib Bidas Pembangkang Pertikai Keputusan Mahkamah Tangguh Perbicaraan

papar berkaitan - pada 21/7/2020 - jumlah : 348 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan sikap berat sebelah ahli Parlimen Pakatan Harapan kerana mempertikai keputusan mahkamah menangguhkan perbicaraan beliau minggu lepas atas permintaan speaker Dewan Rakyat Najib be...
Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

Mahkamah Kes Src Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun Denda Rm210 Juta

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 368 hits
KUALA LUMPUR DIKEMASKINI Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna pecah amanah dan pengubahan ...
Peguam Najib Dilepas Tanpa Bebas Akan Hadapi Dakwaan Baru Di Mahkamah Rendah

Peguam Najib Dilepas Tanpa Bebas Akan Hadapi Dakwaan Baru Di Mahkamah Rendah

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 255 hits
Mohd Hafarizam Harun pada 21 Feb 2019 mengaku tidak bersalah terhadap 2 pertuduhan pengubahan wang membabitkan RM15 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak dan dimasukkan ke akaun firma guamannya KUALA LUMPUR M...
New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ya Allah Permudahkanlah Urusan Jodohku

Buat Lelaki Di Luar Sana Fikir Fikirlah Sebelum Kahwin Lagi

Tahniah Anakanda Nur Aina Insyirah Binti Suhaimi

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Mengapa Folder Hadiah Perpisahan Penting Untuk Acara Rasmi

Terengganu Satu Dari Tiga Remaja Alami Obesiti