Peguam Najib Dilepas Tanpa Bebas Akan Hadapi Dakwaan Baru Di Mahkamah Rendah
   V Anbalagan

Mohd  Hafarizam Harun pada 21 Feb 2019 mengaku tidak bersalah terhadap 
2  pertuduhan pengubahan wang membabitkan RM15 juta yang didakwa diterima  
daripada bekas perdana menteri, Najib Razak dan dimasukkan ke akaun  firma 
guamannya.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan satu  petisyen untuk peguam Najib Razak dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) kerana  pertuduhan baru akan difailkan di Mahkamah Sesyen.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut membenarkan Mohd Hafarizam Harun  menarik balik satu permohonan untuk membatalkan kelayakannya susulan  perkembangan itu.
“Selepas mendengar daripada pendakwaan, saya membenarkan DNAA bagi 2  pertuduhan itu di mahkamah ini supaya dakwaan baru boleh difailkan.”
Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Ismail memberitahu Nazlan yang  pendakwaan memohon DNAA supaya dakwaan baru boleh difailkan di mahkamah  rendah.
Permintaan untuk menarik balik permohonan membatalkan kelayakan  Nazlan kemudiannya dibuat peguam Hafarizam, Hasnal Rezua Merican.
“Kami ingin menarik diri, tetapi dengan kebebasan untuk memfailkan (dakwan) semula.”
Perbicaraan Hafarizam dijadualkan berlangsung mulai hari ini hingga 19 Ogos ini.
Pada 21 Feb 2019, Hafarizam mengaku tidak bersalah terhadap 2  pertuduhan pengubahan wang membabitkan RM15 juta yang didakwa diterima  daripada bekas perdana menteri, Najib Razak dan dimasukkan ke akaun  firma guamannya.
   Beliau didakwa terbabit secara langsung dalam 2 transaksi hasil  aktiviti haram berjumlah RM11.5 juta menerusi 2 keping cek AmIslamic  Bank Berhad milik Najib yang dimasukkan ke akaun Tetuan Hafarizam Wan  & Aisha Mubarak di CIMB Bank Berhad.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank cawangan PWTC  di Suite 1, Tingkat 5, Menara Datuk Onn, Jalan Tun Ismail di sini antara  16 April dan 4 Nov 2014.
Hafarizam turut didakwa melakukan kesalahan sama membabitkan RM3.5  juta menerusi sekeping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang  dimasukkan ke firma guaman sama di tempat sama pada 12 Feb 2015.
Dakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan  Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil  Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15  tahun dan denda 5 kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, jika  sabit kesalahan.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2020/08/peguam-najib-dilepas-tanpa-bebas-akan.html