Rfid Mudahkan Pengguna Atau Bisnes


PETALING JAYA: Penggunaan sis­tem teknologi Identifikasi Fre­­kuensi Radio (RFID) dengan memansuhkan kad Touch ‘n Go (TnG) dan SmartTAG dianggap mencabuli hak pengguna dan lebih kepada kepentingan perniagaan.
Ini kerana pengguna seolah-olah ‘dipaksa’ beralih ke RFID apabila sistem TnG dan SmartTAG di plaza tol Lebuh Raya Uta­ra Selatan (PLUS) dimansuhkan secara berperingkat

Pengguna juga mengeluh apa­bila mendapati proses pendaftarannya lebih rumit berbanding TnG dan SmartTAG. Selain itu, se­tiap penggunaan RFID juga dikenakan caj RM35 bagi setiap kenderaan berbanding sistem sebelum ini yang boleh dikongsi untuk beberapa kenderaan oleh pemilik yang sama

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Seri Dr. Jacob George berkata, kerajaan tidak boleh membuat keputusan dengan sikap mengutamakan kronisme hingga menyukarkan pengguna
Menurutnya, kerajaan perlu jelas dalam memberi sebab kenapa sistem RFID diutamakan hingga ingin memansuhkan sistem lain kerana timbul sangkaan projek tersebut mengekspotasi hak pengguna

“Ini menunjukkan mereka nak menawarkan satu ekosistem yang berat sebelah, memaksa pengguna untuk bertukar ke sistem baharu untuk kepentingan pihak tertentu. Adakah jika kroni baharu mereka muncul, pengguna pula berubah lagi

“Daripada kaji selidik dibuat oleh CASSA, TnG dan SmartTAG adalah sistem paling popular digunakan rakyat. Banyak masyarakat sudah melabur di dalam sistem ini seperti mendepositkan duit ke dalam kad dan peranti sistem tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia

Terdahulu, akhbar melaporkan, transaksi tol menggunakan tag RFID untuk kenderaan ringan persendirian (Kelas 1) dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga ke Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 10 malam, 15 Januari 2022

Jacob berkata, masyarakat masih berada di dalam tekanan selepas dilanda wabak Covid-19 dan kejadian bencana banjir hingga terdapat mereka yang muflis dan hilang sumber pendapatan tetapi kini dipaksa untuk melaburkan duit lagi

“Sepatutnya masyarakat diberi pilihan antara TnG, SmartTAG dan RFID, bukan beri monopoli pada satu sistem hingga mengeksploitasi hak pengguna. Tiada keadilan di dalam sistem ini, ia seperti merompak hak pengguna,” tegasnya

Tambahnya, CASSA tidak akan kompromi jika projek RFID hanya dibuat untuk mencabul hak pengguna dan menekan masyarakat dengan memfailkan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM)

Sementara itu, Presiden Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr. Lee Nan Sang berkata, kerajaan perlu bersikap prihatin dengan melaksa­nakan projek yang tidak membebankan masyarakat

“Demi meringankan beban pengguna, pemasangan RFID wajib diberikan secara percuma dalam tempoh masa tertentu contoh enam bulan

“Selepas itu, pihak terbabit perlu melakukan tinjauan tentang respon para pengguna adakah mereka berpuas hati,” kata beliau

Selain itu, Nan Sang memberitahu, kerajaan perlu memberi ganjaran kepada pemilik peranti SmartTAG tanpa mengambil kira sama ada pengguna baharu atau lama

Kata beliau, pampasan tersebut boleh dilaksanakan dengan memberi pemasangan percuma kepada pemilik peranti yang sedia ada dan dengan cara ini mengurangkan rungutan kumpulan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/rfid-mudahkan-pengguna-atau-bisnes.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerana Rfid Bermasalah Pengguna Dicaj Rm38 87 Untuk Perjalanan Jalan Duta Rawang

Kerana Rfid Bermasalah Pengguna Dicaj Rm38 87 Untuk Perjalanan Jalan Duta Rawang

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 185 hits
Oleh Pengguna PLUS boleh menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di Plaza Tol sejak 15 januari lalu GAMBAR Abd Razak Aid PENGENALAN kemudahan RFID yang ditunggu tunggu bertujuan untuk memudahkan pengguna lebuh raya akhirny...
Rfid Siapa Yang Untung Rakyat Atau Seseorang

Rfid Siapa Yang Untung Rakyat Atau Seseorang

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 204 hits
PETALING JAYA Kan dah elok elok dah sebelum ini rasanya lebih ekonomi dan jarang tak lepas lane Demikian keluhan Mohd Azrie Mat Nor yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengenai pelaksanaan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di...
Keluhan Pengguna Mengenai Rfid

Keluhan Pengguna Mengenai Rfid

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 153 hits
Kenapa la bnda ni menyusahkan kata makin menyenangkan Dahla kena beli 35 hengget kredit tak ada dalam tu mahal sungguh stiker ni pastu kalau ada kereta 40 biji kena beli 40 kepingDalam guide dia utk tampal ada dua pilihan 1 kat lampu 1 lg k...
Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

Isu Rfid Pm Gesa Pengguna Diberi Pilihan

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 192 hits
Isu RFID PM gesa pengguna diberi pilihan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna perlu diberi pilihan sama ada mahu menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio Touch n Go atau Smart Tag Beliau berkata tidak mahu ada tekanan diberi...
Rfid Kabinet Putus Pengguna Perlu Diberi Pilihan Untuk Pembayaran Tol Pm

Rfid Kabinet Putus Pengguna Perlu Diberi Pilihan Untuk Pembayaran Tol Pm

papar berkaitan - pada 20/1/2022 - jumlah : 170 hits
Oleh Pengguna PLUS boleh menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio di Plaza Tol sejak 15 januari lalu GAMBAR Abd Razak Aid PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pengguna jalan raya mesti diberi pilihan untuk...
Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

Weiiii Dah Hang Tau Rega Nak Naik Kenapa Lah Kau Tak Usahakan Agar Ianya Turun Atau Harga Kembali Normal

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 197 hits
Terkini Menteri minta rakyat bersedia dengan kenaikan harga ayam awal bulan depanJanuary 8 2022 Rakyat negara ini perlu bersedia dengan kenaikan harga siling ayam yang dijangka berlaku awal bulan depan selepas tamat Skim Harga Maksimum Kelu...
Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu

Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu

papar berkaitan - pada 9/1/2022 - jumlah : 261 hits
January 8 2022Pengerusi Bersih Thomas Fann dan Presiden Aliran Anil Netto menyelar Abu Zahar Ujang yang dilihat menutup penglibatan Azam Baki PETALING JAYA BERSIH menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan...
Dekorasi Tahun Baharu Cina Atau Untuk Sembahyang Bersih Kubur Warganet Soal Klcc

Dekorasi Tahun Baharu Cina Atau Untuk Sembahyang Bersih Kubur Warganet Soal Klcc

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 236 hits
Warganet meninggalkan komen lucu mengenai pemilihan reka bentuk seakan Qingming di KLCC PETALING JAYA Suria KLCC menerima kecaman dari warganet berikutan struktur dekorasi Tahun Baharu Cina di luar pusat beli belah berkenaan yang kelihatan ...
Ada Haiwan Atau Animal Toys Macam Ni Dekat Rumah Bagus Untuk Ajar Anak Pertuturan

Ada Haiwan Atau Animal Toys Macam Ni Dekat Rumah Bagus Untuk Ajar Anak Pertuturan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 234 hits
Siapa dekat rumah ada haiwan atau animal toys macamni Walaupun animal toys ni selalu jadi punca kemarahan kita sebab asyik terpijak atau bersepah sebenarnya banyak vocab yang kita boleh ajar anak speech delay hanya menggunakan toys ni sahaj...
Siapa Mencemarkan Kerajaan Madani Dalam Dbkl

Bertha Benz Cipta Sistem Brek Kenderaan

Resepi Spicy Salted Egg Cornflakes

Hilux Vios Main Langgar Orang Tepi Jalan Di Jalan Klang Lama

3 Cara Memaksa Penipu Online Mengembalikan Uang Anda

Belajar Trading Bagi Pemula Gratis Bergaransi Sampai Bisa Di Pontianak

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Bendang


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Funny18 Funny18 Top 62 By Xavier Funny18 Xyz 23 67

188betth Cc 28 68 Website 188betth Top 73 By Dominic

Pelaburan Emas Bank Islam Biga I

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam

Crocodile Menace Intensifies As Sabah Rescue Team Battle Floods

Why Not Indian Cm In Penang Mipp Leader Asks