Perjelas Kenapa Bersih Nama Azam Atau Letak Jawatan Abu Zahar Diberitahu




Dineskumar Ragu -January 8, 2022Pengerusi Bersih Thomas Fann dan Presiden Aliran Anil Netto menyelar Abu Zahar Ujang yang dilihat menutup penglibatan Azam Baki. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: BERSIH menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Zahar Ujang meletak jawatan jika gagal menjelaskan keputusannya membersihkan nama Azam Baki berhubung isu pemilikan saham.
Gesaan itu susulan pendedahan enam ahli LPPR bahawa kenyataan Abu Zahar mengenai Ketua Pesuruhjaya SPRM terbabit pada sidang media Rabu lalu adalah pandangan peribadinya.
Pengerusi BERSIH, Thomas Fann, mendesak Abu Zahar meletak jawatan apabila jelas memberi gambaran salah berhubung cadangan ahli lembaga berkenaan.
“Malangnya, Abu Zahar atas sebab yang hanya diketahui dirinya, memilih menutup penglibatan Azam. Jadi beliau mesti memberi penjelasan atau jika gagal, perlu meletak jawatan,” katanya kepada FMT.
Thomas Fann.Sementara itu, Presiden Aliran Anil Netto memberitahu FMT, kenyataan dikeluarkan ahli LPPR itu ibarat menunjukkan “kapal SPRM semakin karam”.
“Jika benar apa dikatakan mereka (ahli LPPR), maka pengerusinya perlu membuat penjelasan,” katanya dengan menambah ahli lembaga juga perlu menjelaskan kenapa mereka mengambil masa beberapa hari sebelum bersuara.
“Jangan siasat Azam saja, malah pegawai SPRM yang aktif dan telah bersara yang melakukan kesalahan seperti itu,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mendesak Abu Zahar memberi penjelasan atau meletak jawatan, malah beliau disifatkan jelas tiada lagi hak moral untuk menjadi Pengerusi LPPR.
Anil Netto.“Jelas, seperti yang dijangka pelbagai pihak, ‘penjelasan’ Abu Zahar dan Azam Baki tempoh hari hanya menimbulkan seribu satu persoalan baharu,” katanya di Facebook.
Beliau berkata, tindakan enam ahli LPPR itu merupakan tamparan hebat buat kredibiliti Abu Zahar, dan boleh disifatkan sebagai satu bentuk “undi tidak percaya” terhadap beliau.
Enam ahli yang mengeluarkan kenyataan bersama itu adalah Akhbar Satar, Ismail Omar, Azman Ujang, Hamzah Kassim, David Chua Kok Tee dan Mohammad Agus Yusoff.
Menurut mereka, sebelum sidang media pada Rabu lalu mereka telah mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Jawatankuasa Aduan SPRM.
Bagaimanapun, pandangan dan cadangan mereka tidak dibangkitkan Abu Zahar pada sidang media tersebut, kata mereka.
Pada masa sama, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menolak dakwaan bahawa kerajaan berdiam diri dalam isu itu, sebaliknya menegaskan semua pihak perlu memberi ruang untuk pihak berkuasa melakukan siasatan sepenuhnya.
Katanya, beliau sentiasa memantau isu berkaitan SPRM, selain agensi itu adalah suruhanjaya bebas dengan tatacara sendiri untuk mengendalikan perkara seperti itu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/perjelas-kenapa-bersih-nama-azam-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 257 hits
Abu Zahar Ujang Dan Borhan Dolah Perlu letak Jawatan Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang direhatkan sementara sehingga siasatan terhadap dakwaan pemilikan saham membabi...
Pm Tiada Pilihan Selain Memaksa Azam Baki Bercuti Atau Letak Jawatan

Pm Tiada Pilihan Selain Memaksa Azam Baki Bercuti Atau Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/1/2022 - jumlah : 259 hits
Terlalu banyak beban buruk yang dipikul oleh PM dari Umno iaitu Ismail Sabri sekarang Apabila beliau mengambil alih jawatan PM dari kerajaan tebuk atap pimpinan Mahiaddin kerajaan gagal yang sama dipimpin oleh Ismail Sabri dan terus memburu...
Segera Lepaskan Jawatan Abu Zahar Jangan Cuba Dapatkan Talian Hayat Menggunakan Nama Ydpa

Segera Lepaskan Jawatan Abu Zahar Jangan Cuba Dapatkan Talian Hayat Menggunakan Nama Ydpa

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 205 hits
Sekurang kurangnya ada dua ketidakwajaran paling ketara telah ditunjukkan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang dalam sidang medianya pagi tadi Pertama menyalahkan media kononnya salah lapor terhadap kenyat...
Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

Gomez Borhan Dan Abu Zahar Azam Baki Terbela

papar berkaitan - pada 31/12/2021 - jumlah : 412 hits
ANALISA ISU Edmund L Gomez dan Azam Baki PELETAKAN jawatan Edmund Terence Gomez sebagai ahli panel perunding SPRM baru baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu diberi perhatian dan menganalisa apakah sebab musababnya Peletakan itu buka...
Harapan Chiefs Want Azam Baki Abu Zahar Suspended Pending Probe

Harapan Chiefs Want Azam Baki Abu Zahar Suspended Pending Probe

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 221 hits
The Pakatan Harapan president council is calling for MACC chief commissioner Azam Baki and MACC Anti Corruption Advisory Board chairperson Abu Zahar Ujang to be suspended pending a probe into Azam s shareholding scandal They are also callin...
Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan

Azam Baki Abu Zahar Bohan Dolah Perlu Dicutikan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 252 hits
Siasatan yang dilakukan ke atas skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki hanya boleh berjalan lancar sekiranya Azam dan individu individu yang dilihat menyebelahi kes tersebut bercut...
Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

Majlis Presiden Ph Gesa Azam Abu Zahar Dan Borhan Dolah Direhatkan

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 225 hits
Oleh FAZLI RADZI January 12 2022Majlis Presiden Pakatan Harapan menggesa tiga individu berkaitan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia direhatkan disusuli dengan siasatan bebas berhubung isu dakwaan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM T...
Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Jika Abu Zahar Puas Hati Mengapa Azam Tidak Bersedia Jumpa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

papar berkaitan - pada 6/1/2022 - jumlah : 337 hits
Oleh MALAYSIA DATELINE January 6 2022Selepas Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah SPRM Abu Zahar Ujang berpuas hati dengan penjelasan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki timbul persoalan mengapa Azam tidak bersedia untuk hadir memberi...
Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Malaysia Tegaskan Komitmen Terhadap Keselamatan Digital Di Mesyuarat Menteri Apt Di Tokyo

Cikgu Bujang Didakwa Sentuh Anak Murid Di Asrama Sekolah

Myguardian Rewards Fiesta Untuk Anda Yang Setia Jom Raikannya

Gav Mar Beachfront Mansion By A Cero Iconic Coastal Luxury In Catalonia

Kenji Fukaya Penerima 2025 Shaw Prize Dalam Sains Matematik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Homeward Bound

Apa Yang Menarik Staycation Di Doubletree By Hilton Hotel Penang

Memaafkan Mengampuni Adalah Sebuah Kebijaksanaan

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mengadap Sultan Pahang Di Kuantan

Panduan Powerbank Dalam Pesawat Malaysia Airlines Airasia

Lepak Rehat Hari Jumaat