Rfid Mendayung Sampan Ketika Air Cetek


MARKAH untuk Malaysia – idea bijak A, pelaksanaan F. Ini sangat benar untuk teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di lebuh raya baru-baru ini.
Kekecohan pelaksanaan RFID memaksa banyak pihak terpaksa campur tangan. Kementerian Kerja Raya, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), persatuan pengguna, dan Kementerian Pengangkutan

Malah kabinet dan Perdana Menteri terpaksa campur tangan selepas keadaan kelam-kabut berlaku di banyak plaza tol terutama di Lembah Klang yang ada lapan juta penduduk dan penyumbang terbesar kepada kekayaan PLUS Malaysia Berhad (PLUS)

Jangan salah sangka. RFID tidak bersalah seperti juga bukan salah ibu mengandung. Cuma pelaksanaannya RFID kurang aspek intelek. Mungkin ada yang bangun dari kayangan pada satu pagi dan memutuskan mari kita tutup lorong Smart Tag

PLUS sememang bertanggungjawab. PLUS tahu jumlah trafik yang melalui setiap lorong Smart Tag di seluruh negara. PLUS ada semua data, jumlah kenderaan yang melalui setiap lorong plaza tol

Dengan hanya melakukan analisis “Big Data”, PLUS tahu kesan penutupan tiga lorong Smart Tag di Plaza Tol Sungai Besi contohnya. Plaza tol itu menerima puluhan ribu kenderaan setiap hari. Mungkin ada terlupa terdapat ratusan kawasan perumahan dan industri di sepanjang lebuh raya

Yang peliknya, tiada siapa mengira jumlah RFID yang dijual setiap hari dan membandingkan dengan jumlah trafik. Mana-mana ahli perniagaan tahu peningkatan permintaan digunakan bagi meningkatkan pengeluaran

Jika penutupan lorong dilakukan mengikut jumlah jualan RFID dan trafik secara berperingkat, keadaan kelam-kabut tempoh hari sudah pasti tidak berlaku

Mungkin ada pihak mahu pengguna beralih kepada RFID secepat mungkin. RM35 adalah perniagaan lumayan. Harus diingat apa juga cara pembayaran, pengguna lebuh raya tidak menggunakan perkhidmatan secara percuma

Satu lagi aspek yang meningkatkan suhu kemarahan rakyat ialah kad Touch ‘n Go masih diperlukan. Kebanyakan pusat beli-belah telah mewajibkan kepada pembayaran elektronik untuk meletakkan kenderaan

Kini pengguna perlu menggunakan Touch ‘n Go dan menyimpan baki sekurang-kurangnya RM20 untuk meletakkan kenderaan di pusat beli-belah. Jadi wang rakyat bersepah di beberapa platform

Juga apa yang terjadi kepada puluhan juta kad Touch ‘n Go yang diedarkan? Apa berlaku kepada baki wang kad Touch ‘n Go yang tidak lagi digunakan? Adakah baki itu dihantar kepada agensi wang tidak dituntut seperti akaun bank tidak aktif

Satu lagi perkara yang menimbulkan persoalan ialah penggunaan satu platform e-wallet bagi RFID. Jadi berapa banyak e-wallet harus rakyat ada. Satu untuk beli-belah di Shopee, satu untuk Grab, satu untuk Setel bila membeli minyak, dan Touch ‘n Go untuk RFID. Apa yang gila, terdapat 53 platform e-wallet di negara yang hanya ada 32 juta penduduk

Kenapa pembayaran tol tidak boleh dilakukan menggunakan mana-mana platform e-wallet? Ada yang lupa kepada pakcik di kampung yang menggunakan telefon 3G perlu mendapatkan telefon 4G, pindah turun aplikasi e-wallet, lakukan pemindahan wang elektronik, dan membeli RFID untuk menggunakan lebuh raya

Sememangnya, perubahan adalah sukar. Ia bertambah sukar kalau terdapat kelemahan dalam pelaksanaan. Ini hasilnya apabila mendayung sampan ketika air cetak. Keringat, tenaga dan peluh terbuang tetapi pendayung tidak ke mana seperti juga RFID

Oleh: Mohamad Azlan JaafarPengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2022/01/rfid-mendayung-sampan-ketika-air-cetek.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Maran Bantu Mat Jeng Mencapai Impian Dalam Sukan Luncur Air Jadi Ikon Anak Muda

Umno Maran Bantu Mat Jeng Mencapai Impian Dalam Sukan Luncur Air Jadi Ikon Anak Muda

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 209 hits
MARAN Mat Jeng atau nama sebenar Muhammad Shukrizam Abdullah 28 kini mula kian popular dan menjadi bualan penduduk di Felda Jengka 7 dekat sini Apa tidaknya ramai yang terkejut bagaimana anak muda yang tinggal di kawasan Felda yang dikelili...
Mangsa Banjir Di Pahang Tak Perlu Bayar Bil Air 3 Bulan

Mangsa Banjir Di Pahang Tak Perlu Bayar Bil Air 3 Bulan

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 204 hits
Pengecualian bermula Januari hingga Mac 2022 babit 40 000 rumah BANGI Kerajaan negeri Pahang menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju untuk mengecualikan pembayaran bil air selama tiga bulan di kawasan terjejas banjir Menteri ...
Kedah Tidak Pandang Remeh Masalah Air Bersih

Kedah Tidak Pandang Remeh Masalah Air Bersih

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 148 hits
Oleh SARINA ISMAILDato Seri Muhammad Sanusi Md Nor ALOR SETAR Kerajaan negeri tidak pernah memandang remeh masalah pembekalan air bersih yang telah sekian lama menjadi isu rakyat di kebanyakan daerah di Kedah Sejak negeri ini beralih tampuk...
Air Empangan Pergau Bukan Punca Banjir Besar

Air Empangan Pergau Bukan Punca Banjir Besar

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 310 hits
Empangan Pergau terletak di jajahan Jeli Kelantan Pembinaan empangan ini mula dicadangkan pada 1960 Sejak itu kajian mengenai keberkesanan terhadap penjanaan kuasa elektrik alam sekitar ekosistem dan penduduk sekitar dijalankan Kerja kerja ...
Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam Bahaya Bayi Meleleh Air Liur Mitos

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam Bahaya Bayi Meleleh Air Liur Mitos

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 216 hits
Bertuahlah ibu jika semasa hamil tidak ada keinginan yang melampau atau apa yang diidamkan itu mudah didapati Menurut Jururawat Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhad...
Air Purifier Besutan Polytron Disebut Maksimalkan Perlindungan Dari Virus

Air Purifier Besutan Polytron Disebut Maksimalkan Perlindungan Dari Virus

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 168 hits
Polytron merilis air purifier yang efektif untuk digunakan di masa pandemi dengan spesifikasi yang cocok untuk residential used commercial used dan mudah di pindah kemanapun dengan ukuran yang portable
Pelawak Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Di Bilik Air Rumah Ibunya Malam Tadi

Pelawak Pian Cecupak Meninggal Dunia Akibat Terjatuh Di Bilik Air Rumah Ibunya Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 192 hits
PETALING JAYA Pelawak Pian Cecupak telah menghembuskan nafas terakhirnya selepas terjatuh di bilik air di kediaman ibunya di Pangsapuri Sentul Murni Taman Dato Senu Sentul Kuala Lumpur Menurut adiknya Hassenah abangnya ditemui dalam keadaan...
Kerajaan Pahang Setuju Berikan Pengecualian Bayaran Bil Air 3 Bulan Kepada Mangsa Banjir

Kerajaan Pahang Setuju Berikan Pengecualian Bayaran Bil Air 3 Bulan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 197 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang bersetuju memberikan pengecualian bayaran bil air selama tiga bulan bermula bulan ini kepada pengguna yang terkesan akibat bencana banjir baru baru ini Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengecuali...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Merry Christmas And Happy New Year

Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe