Restoran Syaffa Katering Keningau Hidangan Istemewa


          Restoran Syaffa & Katering di Keningau, seolah di atas pentas.
Review Restoran Syaffa & Katering Keningau.
Awal pagi hari ini, 30.10.2025 bersamaan hari Khamis yang indah, kemaskinikan blog Pesona Etuza dengan paparan tentang sebuah restoran yang agak kecil molek, seolah di atas pentas tepi jalan Jalan OKK Sodomon. Restoran kecil molek ini terletak di Lot 1, Gaya Shopping Centre, Jalan OKK Sodomon, Keningau, Sabah.  Saya diberi infor restoran ini milik bekas seorang guru yang telah bersara. Iaitu Yazid Mohd Hasnan Tawik in Restoran Syaffa & Katering, dialah pemilik restoran Syaffa & Katering ini. Seorang yang sangat dikenali di Keningau.
Setiap Restoran Ada Kelemahan Kecil Yang Masih Boleh Dimaafkan.
Kadangkala mencari tempat makan mengalas perut di Keningau kini, bukan perkara susah, kerana sangat banyak tempat makan seperti restoran, warung, kedai makan ada di mana-mana. Cuma bila kita mahukan suasana makan dengan tenang dan santai serta mahukan layanan yang terbaik dari pelayan sesebuah restoran kita haruslah bijak dan pandai memilih restoran yang ada di Keningau. Pengalaman saya sebagai kaki lepak santai di restoran bersama suri hati ( isteri) dan keluarga, ada juga kelemahan tiap restoran yang saya kunjungi. 
Tetapi sebagai pelanggan masih dapat memaafkan kelemahan yang bukanlah kelemahan besar. Antara kelemahan yang selalu berlaku, ialah lambat menghantar juadah hingga sejam menunggu, malah lebih sejam, salah hantar oder seperti minuman kopi panas, dihantar kopi ais dan sebagainya. Kelemahan ini tidak apa berlaku, masih pelanggan maafkan. 
 Review Restoran Syaffa & Katering Di Keningau.
Terbaru Etuza dan suri hati langsung ke Bandar Keningau dari tempat kerja, kerana ada urusan penting yang mendesak. Selesai urusan di bank, kami mencari restoran paling dekat di Bandar Keningau. Etuza agak malas memandu ke kawasan Bandar Baru Keningau kerana kereta yang sangat jammed waktu itu. Untuk lebih jimat masa, kami hampiri dan datangi restoran seolah di atas pentas ini iaitu Restoran Syaffa & Katering tepi kiri dekat parking Teksi Ke Kota Kinabalu Jalan OKK Sodomon. Untuk infor lebih banyak klik saja Facebook Restoran Syaffa & Katering SINI.
Dalam lapangan restoran ini ada beberapa set meja dan kerusi. Kami ambil posisi tengah ruang makan. Kami di layan, dan kelihatan pelayan yang bertudung melihat kami ini merupakan pelanggan baru di restoran ini. Sopan santun mencatat oder kami. Biasanya Etuza akan memesan sekali untuk suri hati, kerana saya tahu makanan kegemaran dia di mana-mana tempat makan.
Restoran ini, bagaikan di atas pentas, akan nampak kereta lalu bertali arus di bawah kanan jalan OKK Sodomon, selain nampak bangunan farmasi dan kedai pet shop di hadapan sebelah kanan restoran. Masuk dari tepi jalan ke restoran ini, kita akan meniti anak tangga ke atas, sebab itu Etuza katakan Restoran Syaffa & katering ini seolah di atas pentas hujung barisan bangunan kiri jalan OKK Sodomon.
Sajian Pesanan Makanan Terpantas Dihidangkan.
Ada berbagai jenis makanan sajian di sini dan menariknya mereka menggunakan nyiru kecil sebagai tempat hidangan beralaskan kertas minyak yang kalis air.Hidangan nasi ikan baulu, disajikan dengan kreatif dan ada ciri kelainan berbanding di restoran lain. Boleh lihat gambar resepi nasi ikan baulu yang kami pesan. Tempat ini ada sediakan kuih pau kacang hitam, kuih pau ayam dan pau kelapa. Soto ayam, soto bakso juga ada dalam menu dihidang nenggunakan mangkuk besar. 
Pesanan makanan yang kita oder cepat dihantar dan semua nya masih segar dan nasi masih panas. Berbanding tempat lain, restoran ini lah tempat makan yang paling pantas menyajikan hidangan yang kita pesan. Terima kasih syabas dan tahniah Restoran Syaffa dan Katering, teruskan memasak dari hati, ikhlas melayan semua pelanggan yang datang ke restoran ini. Sebagai cadangan mungkin lebih hebat jika Restoran Syaffa & Katering ini meletakkan dinding kaca pada hadapan restoran ini agar menarik lagi ramai pelanggan datang makan di tempat ini.Catatan disiapkan termasuk semua gambar dan penyemakan ejaan. Pembacaan semula sebelum terbitkan, memakan masa hampir dua jam. So, blogger menyediakan catatan kemaskini kan blog bermain dengan minda, dan menampilkan gaya penulisan di blog bukan seminit dua minit tetapi perlukan masa sekurang - kurangnya 2 jam.Blog Hak terpelihara, Etuza.Restoran seolah di sebuah pentas, masuk ke restoran perlu naik anak tangga.
Suasana ruangan makan, kami ambil posisi tengah, santai makan di sini nampak kereta lalu tanpa henti.
Ramai pelanggan silih berganti ganti, sesuai tempat yang agak kecil, 
pelangga silih berganti mmeungkin memahami keadaan akan sesak jika santai makan lama di sini, oleh itu seusai makan boleh gerak keluar ganti pula pelanggan yang lain.
Awas ada notice LARANGAN MEROKOK , memang tidak boleh merokok khlayak ramai orang makan.
Comel minuman Etuza dan suri hati.Lemon Tea dan Tea Susu.
Ini sajian pencuci mulut, konon lah ya. Kuih pau kacang hitam
Nasi Ikan Baulu, kreatif cara hidangan, menarik, dan
the most penting rasa dia hebat secukup rasa
Soto ayam mangkuk besar..
Tempat cecah perasa nasi ikan baulu juga unik..mangkuk batu kecil molek
Sambal lada dan kicap manis dua rasa
Antara jenis sajian, boleh oder di sini.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://madey09.blogspot.com/2025/10/restoran-syaffa-katering.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Lancar Fleximart Restoran Kesum Tawar Hidangan Bawah Rm5

Rafizi Lancar Fleximart Restoran Kesum Tawar Hidangan Bawah Rm5

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 161 hits
Rafizi Lancar Fleximart Restoran Kesum Tawar Hidangan Bawah RM5 Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Rafizi Ramli mencuri tumpuan apabila mengumumkan mengenai dua inisiatif utama Ayuh Malaysia yang akan dilancarkan pada 1 November dan 8 November...
Program Jualan Agro Madani Mega Di Penagatan Ulu Keningau

Program Jualan Agro Madani Mega Di Penagatan Ulu Keningau

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 165 hits
Program Fama Madani Mega di rasmikan oleh YB Dato Sri Arthur Joseph KurupProgram Jualan Agro madani Mega Di Penagatan Ulu Keningau Sabah Awal pagi seusai Subuh kemaskinikan blog ini Terasa agak lama membuat catatan kerana kesibukan kerja se...
Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

Rasa Gembira Makan Borenos Di Keningau

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 184 hits
Pinjam Gambar dari Facebook Kawasan Borenos Di Keningau Lot 26 27 Ground First Floor Sri Padasa Shopping Complex 89000 Keningau Sabah Restoran atau permis tempat makan yang sedang meletup di Keningau Borenos tiga tingkat ini dinding berkaca...
Pak Kopi Sejak 1969 Keningau Baru Tahu Tempat Ini Kawasan Appolo

Pak Kopi Sejak 1969 Keningau Baru Tahu Tempat Ini Kawasan Appolo

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 223 hits
Pak Kopi Keningau berdepan dengan Jabatan Tenaga Kerja Buruh Keningau di kawasan Appolo Klik untuk baca Nama temapat makan yang unik Pak Kopi Di Keningau Tarikh 21 10 2025 Selasa Etuza naik ke Kota Kinabalu ibukota negeri Sabah yang terkena...
Restoran Mawaddah Seksyen 4 Port Sarapan Pagi Best Di Shah Alam

Restoran Mawaddah Seksyen 4 Port Sarapan Pagi Best Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 17/10/2025 - jumlah : 235 hits
Kalau tengah mencari port sarapan pagi sedap di Shah Alam memang tak sah kalau tak singgah ke Restoran Mawaddah yang terletak di Seksyen 4 Ini kali ketiga sis datang dan setiap kali datang memang puas hati Suasana depan Restoran Mawaddah po...
Resipi Tauhu Daging Kukus Hidangan Mudah Berkhasiat

Resipi Tauhu Daging Kukus Hidangan Mudah Berkhasiat

papar berkaitan - pada 25/10/2025 - jumlah : 224 hits
Resipi Tauhu Daging Kukus Hidangan Mudah Berkhasiat Dalam kehidupan yang serba serbi sibuk ini masa menjadi salah satu kemewahan yang amat bernilai Dalam tidak sedar ramai antara kita yang terlalu sibuk dengan pelajaran kerja keluarga dan u...
Haramain Sajian Makanan Istemewa Kepada Semua Peserta Umrah

Haramain Sajian Makanan Istemewa Kepada Semua Peserta Umrah

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 260 hits
Gamber berbicara 1 11 2025 Sabtu yang indah sekali Paparan wall blog hari ini adalah berkisar di Haramain Mekah Madinah Kedua dua kota ini merupakan pusat penting dalam Islam masing masing menempatkan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Naba...
Makan Di Restoran The Morso Kangkar Pulai

Makan Di Restoran The Morso Kangkar Pulai

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum WBTSEMPENA perayaan Deepavali hari tu Iman balik rumah sejak hari Jumaat lagi Masa tu PI ada tugasan hoki Piala Sultan Johor jadinya kami plan nak makan di Kafe Halaman Kampung Melayu Cadangannya Iman datang ke pejabat Sk da...
Makan Di Restoran La Familia Lagi

Makan Di Restoran La Familia Lagi

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum WBT DUA kali seminggu lori sampah akan datang ambil sampah Semalam la jadualnya Biasanya lepas ambil sampah tong sampah kita akan diletakkan balik ikut sempat dia aje la Jadi balik kerja semalam Sk tu nak letak baliklah tong...
Maybank Tukar Kontrak Kad Kredit Dan Kesan Pada Pengguna

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Fam Boleh Pergi Mampus

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Istanbul Aku Datang Day 1

Sebab Sebab Datangnya Hidayah Dan Penghalang Penghalangnya

Gusi Sihat Gigi Kekal Kenali Penyakit Gusi Dan Rawat Sebelum Parah

Goreng Pisang Cheese

Foreclosure Defense Attorney In Hawaii Guiding Clients Through Complex Situations

Pelukan Teddy Cinta Yang Tak Pernah Pudar