Makan Di Restoran La Familia Lagi


 Assalamualaikum WBT 


DUA kali seminggu, lori sampah akan datang ambil sampah. Semalam la jadualnya. Biasanya lepas ambil sampah, tong sampah kita akan diletakkan balik ikut sempat dia aje la. Jadi, balik kerja semalam, Sk tu nak letak baliklah tongnya ke dalam sedikit supaya tak mengganggu jiran, kemudian nak cuci tangan dekat paip luar tu, eh, air tak ada la pulak. Rupanya, tak ada air la semalam. Buat carian di laman web Syarikat Air Johor (SAJ), bekalan air tergendala dari pukul 9 pagi (semalam) hingga 8 pagi (hari ini). Aisehmannn, tak ada pulak nampak notis ni viral. Harap air dari tangki aje la. Dahlah air sinki dapur dan bilik mandi di master bedroom direct dari paip utama. Jadi, nak cuci tangan ke, nak mandi ke, kena kat bilik air belakang. PI balik lambat, ada bola kat Stadium Sultan Ibrahim. Tu takpa, dia balik dekat pukul 12 malam tu, ajak check in hotel. Tak kuasa, hahahaha. Risau pasal nak pergi kerja hari ni jer, ingat kalau tak ada air, nak mandi kat office jer. Mujurlah dekat-dekat pukul 1 pagi, air dah keluar. Syukurrrr.


Hah.. tu dia punya panjang mukadimah cerita pasal air, hehehe.

Baiklah, berbalik kepada tajuk, sebelum ini Sk pernah bawa pembaca ke Restoran La Familia di Taman Tasek, boleh baca DI SINI. Tapi, nak tahu tak, dalam seminggu dua lepas Sk post entry tu, setiap kali lalu depan restoran tu, macam tutup. Lama-lama, signboard pun dah tak ada. Lama jugaklah menjadi tanda tanya, sehinggalah PI ternampak restoran ini rupanya dah berpindah di bangunan Persada Johor. Punyalah besar signboard kedai baru dia, terpampang megah kat situ. 

Hari Jumaat lepas, kami keluar makan. Buntu masa tu nak makan kat mana. Kebetulan pulak lalu depan Persada tu, ternampak restoran ni, Sk terus cadangkan ke situ dan PI pulak terus setuju. 

Mexicano Pizza (RM42)
Cuba flavour lain pulak kali ni. Selalu makan pizza kat mana-mana asyiklah ambil Beef Pepperoni, kan. Toppingnya selain isi ayam, ada banyak potongan lada benggala, jalapeno dan cili hijau serta zaitun hitam. Pedas eh pizza ni sebab ada jalapeno dan cili hijau tu la kot. Lada benggala jarang pedas, kan. Yang bestnya, walaupun dimakan panas-panas, topping dia tu tak melorot pun dari crust pizza


Rupa paras crust pizza ni pulak macam berbiji-biji halus. Siapa yang ada tripofobia tu janganlah tenung lama-lama ek, hahaha. Walaupun begitu, crust pizza ni lembut jer walaupun di bahagian tepi yang tebal tu


Ketuhar yang digunakan untuk membakar pizza ni diletakkan di ruang terbuka restoran


Masa makan dekat Taman Tasek tu, kami ingat bahan apinya arang, rupanya mereka guna gas


Beef Enchilada RM34
Ia merupakan tortilla berintikan daging lembu diletakkan di atas tomato salsa. Di permukaan tortilla ditaburkan keju kemudian dibakar. Sk rasa, mereka bakar tortilla tu dulu kemudian baru letak dalam pinggan yang ada puri tomato tu. Ada tabur parmesan cheese jugak. Tortilla tu sedaplah, panas tapi puri tomato tu macam baru keluar dari tin, haha. Selain inti daging lembu, ada jugak pilihan inti ayam (RM32), udang (RM30) dan kambing (RM39)



Pandangan dari atas. Besar tau enchillada ni, agak-agak dalam 9" X 4" ukurannya tu


Potong dua


Mula tengok besarnya, tak habis boleh bawa balik. Tapi, boleh habis ek semua. Lapar kot dua-dua orang ni, hahaha


Tergoda tengok air orang depan warna biru ada payung, tapi tak pasti la orang depan tu pesan air apa. Sk pesan Blue Ocean Mojito (RM16). Tapi eh, tak sama pulak sebab orang tu dia bagi gelas gemuk pendek, Sk dapat kurus tinggi. Yang penting sama, ada payung, hahaha. Lama tak minum air fancy-fancy, asyik la minum ais kosong, boring jugak tau, haha


PI dia macam tu la, dok tenung menu air dari atas sampai bawah tapi nanti tak lemon, tembikai jugak dia pilih. Watermelon Juice (RM10). Jus dekat sini tak de campur air ya, memang 💯 buah. Tapi tu la, lambat betul dia hantar air ke meja, kitorang dahlah kepedasan makan Mexicano Pizza tu


Restoran La Familia ni share partner dengan Restoran Al Damas ni sekarang. Kalau ada yang nak makan nasi Arab ke, boleh jugak, tak semestinya semua makan makanan Mexico. Boleh pilih nak makan di ruang terbuka atau ruang berhawa dingin

Ada ruang parkir khas disediakan untuk pelanggan di hadapan restoran ni, tak perlu masuk parking dalam Persada Johor. Dekat sebelah kanan ni ada jugak ruang makan terbuka tak berbumbung, bolehlah nak santai-santai kalau hari tak hujan.

Total. Mekaceh, tuan penaja


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sariyusa.blogspot.com/2025/10/makan-di-restoran-la-familia-lagi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Di Restoran The Morso Kangkar Pulai

Makan Di Restoran The Morso Kangkar Pulai

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 236 hits
Assalamualaikum WBTSEMPENA perayaan Deepavali hari tu Iman balik rumah sejak hari Jumaat lagi Masa tu PI ada tugasan hoki Piala Sultan Johor jadinya kami plan nak makan di Kafe Halaman Kampung Melayu Cadangannya Iman datang ke pejabat Sk da...
Makan Di Restoran Aba Vietnamese Muslim Foods

Makan Di Restoran Aba Vietnamese Muslim Foods

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 184 hits
Assalamualaikum WBT AGAKNYA masih ramai yang menyambung cuti hari ini Kereta tak banyak motor pun kurang Perjalanan lancar highway pun boleh tak ada kereta sangat Macam boleh kalau nak main bola ke badminton ke hahahah Mana semua worang per...
Makan Di Restoran Ori Ayam Kampung Shah Alam Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap

Makan Di Restoran Ori Ayam Kampung Shah Alam Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 218 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan sahabat sekalian Alhamdulillah semoga semuanya dalam keadaan baik dan sihat sejahtera sentiasa Baiklah kali ini aku nak menulis sedikit ulasan dan pengalaman aku makan di sebuah ...
Makan Di Restoran Kari Kambing 40 Hari

Makan Di Restoran Kari Kambing 40 Hari

papar berkaitan - pada 28/10/2025 - jumlah : 267 hits
Assalamualaikum WBT MASA balik dari Shah Alam minggu lepas kami singgah di Restoran Kari Kambing 40 Hari Lama dah tak makan kat sini Mula tu keliru jugak sama ada nak makan kat situ atau Nasi Baryani Wak Gondan tapi sebab Nasi Baryani Wak G...
Tempat Makan Best Putrajaya Serai Ioi City Mall

Tempat Makan Best Putrajaya Serai Ioi City Mall

papar berkaitan - pada 23/10/2025 - jumlah : 254 hits
Kalau bab makan makan dengan keluarga sis memang ada satu tempat wajib Serai Rasanya dah lebih 10 tahun sis jadi peminat setia restoran ni Dulu sis dan keluarga suka sangat makan kat Serai Paradigm Mall Serai Empire Shopping Gallery Serai S...
Kucing Pun Suka Makan Telur

Kucing Pun Suka Makan Telur

papar berkaitan - pada 21/10/2025 - jumlah : 252 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi Selamat bekerja pada yang sudah mula bekerja Sekolah masih cuti Semoga anak anak menggunakan masa yang ada sebaiknya Kucing pun suka telur Kucing Pinn Yang curi makan telur goreng yang letak di bawah tudung ...
Lotus Shah Alam Food Court Port Makan Best Dengan Pelbagai Pilihan Menarik

Lotus Shah Alam Food Court Port Makan Best Dengan Pelbagai Pilihan Menarik

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 244 hits
Baru baru ni masa singgah beli barang dapur di Lotus Shah Alam sempatlah menjejak kaki ke Lotus Shah Alam Food Court Dah lama betul tak datang dan bila tengok suasana sekarang wah memang lain betul Dari sizzling panas sampai Nasi Arab wangi...
Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

Sekian Lama Nak Cuba Dapat Akhirnya Makan Di Bananabro Tapi Agak Terkilan

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 372 hits
Makan dalam daun pisang ni memang tak asing lagi bagi umi sejak tahun 90an dulu masa bekerja di LRT Ampang dulu Boleh dikatakan dalam dua atau tiga kali dalam sebulan pasti ke gerai daun pisang di Jalan Ampang Memang jarang nak nikmati maka...
Makan Kenduri Di Dewan Hassan Abdullah

Makan Kenduri Di Dewan Hassan Abdullah

papar berkaitan - pada 26/10/2025 - jumlah : 204 hits
Assalamualaikum WBTSETELAH berbulan bulan tidak menerima sebarang jemputan majlis perkahwinan akhirnya minggu lepas dapat jugak jemputan walimatul urus dari Ketua Pengawas masa Sk sekolah dulu yang Sk panggil Kak Pah Bila periksa tarikh sem...
Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Kali Ke 17 Berkibar Sana Sini Bendera Warna Warni

Filem Sumpahan Nilam Utama

Ops Gempur Jabatan Imigresen Malaysia Berjaya Menahan 468 Warga Asing Atas Pelbagai Kesalahan Di Cameron Highlands

Paper Cup Printing Untuk Kafe Cara Naikkan Identiti Jenama Anda

Ultimate Middle Eastern Spiced Beef Recipe

Trump Berusaha Campur Tangan Selesaikan Perang Saudara Di Sudan Apa Motivasi Dan Implikasinya

Fam Boleh Pergi Mampus

Yeay Dapat Free Gift Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pokok Pandan

10 Peralatan Wajib Ada Untuk Cari Emas Di Sungai Tanah Tinggi

Pengalaman Setup Printer Canon G2010 Untuk Mac Dalam Jaringan

Jika Cinta Itu Buta

Istanbul Aku Datang Day 1

Sebab Sebab Datangnya Hidayah Dan Penghalang Penghalangnya