Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi | Baru-baru ni saya berkesempatan merasai sajian di Tiki Weekend Hi Tea di Restoran Kontiki yang terletak di Hotel Federal Kuala Lumpur yang telah mula beroperasi sejak 15 Julai 2020. Umum cukup mengetahui banyak sektor perniagaan terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerak (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda bukan hanya di Malaysia tapi di seluruh dunia. Antara sektor perniagaan yang terjejas teruk adalah perhotelan dan hingga kini Hotel Federal Kuala Lumpur masih belum beroperasi untuk menerima tetamu menginap namun pelanggan tetap Restoran Kontiki tidak perlu gusar kerana ianya kini dibuka dengan mengikuti SOP yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi
Adalah difahamkan menu untuk Hi Tea di Restoran Kontiki ini akan bertukar mengikut pusingan dengan 5 jenis sajian dan setiap sajian akan menghidangkan 100 jenis pilihan makanan untuk para pengunjung.
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi Sememangnya lazat dan menyelerakan setiap hidangan di Restoran Kontiki dan saya mengesyorkan anda yang ke sini kena cuba ikan masak kicap, ais kacang, nasi goreng, daging kambing dan banyak lagi.
Lokasi Restoran Kontiki ini terletak bersebelahan kolam renang sememannya cukup menarik buat para pengunjung menikmati hidangan Hi-Tea dengan ahli keluarga atau sahabat dengan penuh rasa tenang dan santai.
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi
Saya sangat mengesyorkan anda merasai hidangan kaki kambing panggang dengan sos Mustard Dijon atau Mustard Cream Sauce yang cukup lazat dengan rasa daging yang empuk. Selain dari tu jangan lupa untuk merasai satay yang cukup lengkap dengan bahan sampingan seperti timun, bawang merah dan nasi impit dengan kuah kacang yang sedap
Bagi peminat makanan laut, Seafood on ice dengan Kupang NZ dan Udang Harimau beserta sos ni tak seharusnya dilepaskan. Sememangnya hidangan bufet di Restoran Kontiki ini cukup mewah dan lazat
Restoran Kontiki The Federal Kuala Lumpur Kembali Beroperasi
Buat mereka yang Vegetarian, terdapat sajian yang menyajikan pilihan vegan antaranya chick Peas with Potato, Vegetarian Dumpling with Capsicum dan Vegetable Ratatouille. Bagi peminat roti pula terdapat pelbagai roti disajikan antaranya roti buku. mini croissant, sandwich, soft roll dan sup krim sayuran
Sebagai penutup, pastikan anda merasai pemanis mulut yang disajikan antaranya tat mini, pelbagai pastri French, Strawberry Terrine, Agar-agar berperisa, Mango Mouse, Puding Roti atau Bubur Pulut Hitam dan banyak lagi
Restoran Kontiki ni terletak bersebelahan kolam renang sememangnya menjadi tarikan bila para pengunjung dapat menikmati makanan bersama kawan atau ahli keluarga dengan penuh santai dan selesa
Tiki weekend Hi TeaSabtu & Ahad12:30 tengahhari hingga 4 petangRM86 nett / dewasaRM43 nett / warga emasRM33 net / kanak-kanak
Buat pengetahuan ramai, Tiki Yam Lay Sek A La Carte Buffet telah kembali dengan 38 jenis sajian dari appetizers, hidangan utama hingga ke pemanis mulut. Ianya boleh didapati pada setiap hari Isnin hingga Jumaat (kecuali pada cuti am) bermula jam 12 tengahhari hingga 2:30 petang dan 6:30 petang hingga 9:30 malam dengan harga RM60 seorang.
Bagi yang berminat untuk menikmati Hi-Tea, boleh menghubungi +603-214 89166 ext 2239 atau Whatsapp ke 6012-3169279 atau 6012 377 5051untuk tempaham tempat duduk atau anda boleh mendapatkan sajian di Restoran Kontiki melalui tempah dan ambil, Pandu Lalu dan Penghantaran terus ke rumah
KONTIKI Restaurant
The Federal Hotel Kuala Lumpur
No 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2148 9166
Email:
[email protected]Website: www.fhihotels.com/federal
Facebook: www.facebook.com/kontiki.federalkl
Instagram: www.instagram.com/kontiki.federalkl
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/07/restoran-kontiki-federal-kuala-lumpur.html