Lokasi Kedai Makan Western Di Kuala Lumpur Yang Mesti Di Terjah
Hi Korang,
Citer pasal makan-makan lagi.. yak yak yeahhh
Selain makanan harian kita nasi, makanan-makanan jugak kita makan seperti chinese food, western food, indian food, fast food dan macam-macam lagi.
Tapi kalau western food ni, terdapat beberapa lokasi yang patut korang cuba terjah.
Bagi peminat makanan barat seperti steak, chicken chop, spagetti dan lain-lain korang WAJIB berkunjung ke restoran di bawah ini.
1) Me'nate Steak House
Restoran ini memang Restoran kegemaran semua pengemar Steak sebab daging steaknya adalah "first class" punya.
Pernah dengar daging "Matsusaka". Daging ini merupakan daging yang mahal tetapi rasanya sangat berbaloi kerana kelazatannya sangat terangkat.
Di Me'nate Steak House terdapat pelbagai pilihan daging dari yang paling mahal kepada jenis daging yang mampu milik tetapi tetap sedap. Selain itu, layanan yang diberikan juga sangat bagus dan mesra. Restoran Me'nate Steak House ini sangat disarankan untuk mencuba. Selain di Kuala Lumpur Restaurant ini juga terdapat di Johor Baru.
2) Copper
Restoran copper ini menghidangkan masakan Eropah dengan pengaruh Mediterranean. Restoran ini menyediakan makanan Mediterranean dengan gaya yang mewah dengan harga yang berpatutan.
Restoran ini menjadi pilihan ramai terutamanya pasangan kekasih, keluarga dan kumpulan beramai-ramai kerana suasananya yang ceria. Selain itu juga, pencahayaan yang disediakan di Restoran ini sangat cantik pada waktu siang dan berubah kepada romantik pada waktu malam.
Disebabkan oleh itu, ianya menjadi tumpuan bagi mereka yang sedang bercinta. Terutamanya bagi mereka yang hendak mengajurkan "candy light dinner" buat pasangan yang sedang hangat bercinta.
3) Spoon Steak House
Restoran steak house ini di miliki oleh chef selebriti yang popular iaitu Chef Zam. Yang paling best sekali, Restoran ini pernah di kunjungi oleh kru Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Sudah menjadi kebiasaan Restoran yang di miliki oleh Chef terkemuka pasti akan menyediakan sajian makanan yang sangat lazat dan menyelerakan.
Harganya pula sangat berpatutan mengikut hidangan dan kuantiti yang di sediakan. Restoran Spoon Steakhouse juga turut menyediakan hidangan tempatan bagi mempelbagaikan lagi pilihan dan bagi menyesuaikannya citarasa masyarakat tempatan.
Penyediaan hidangan tempatan ini bagi menarik minat pelangan untuk memasuki restoran ini walaupun bukan bertujuan untuk merasai makanan Western. Restoran ini sangat di sarankan kepada pasangan yang gemar mengambil makanan Barat mahupun hidang tempatan. Setiap kali anda mencuba makanan di sini, pastinya anda tidak akan merasa kecewa.
4) Paksu Chicken Chop
Nama kedai Paksu Chicken chop cukup terkenal dalam kalangan penduduk yang tinggal di area Gombak. Hal ini disebabkan kedai ini menyediakan makanan Western dengan harga mampu milik kerana harga satu set Chicken chop hanyalah RM6.90++ mengikut portion makanan yang tertentu.
Tetapi, percayalah rasa dan kuantiti makananya sangat berbaloi-baloi. Selain itu, Paksu Chicken Chop juga ada menyediakan spagetti, dan pankek. Dengan harga yang berpatutan, anda mampu menikmati makanan Western ini.
5) Moon's Kitchen
Restoran moon's kitchen ini berkembang dari gerai kecil yang pernah diusahakan ahli keluarga pemiliknya sendiri. Suasana restoran ini juga comel serta ringkas dan ceria
Dekorasi yang di pilih sangat menari kerana dindingnya dipenuhi dengan mercu tanda terkemuka dunia seperti Menara Eiffel, Big Ben, patung Liberty dan banyak lagi. Setiap kali pelanggan menjejakkan kaki ke restoran ini, mereka akan merasakan diri mereka seolah-olah sedang berada di restoran mewah yang menenangkan jiwa.
Masakan yang disediakan juga cukup sedap dan persembahan makanannya dibuat dengan menarik sekali. Disebabkan oleh itu, restoran ini mendapat start/comment yang tinggi dan positif dari pelanggan mereka dan comment yang diterima adalah jujur dari pelanggan mereka sendiri.
Sekarang pilihan di tangan untuk memilih Restoran Western mana yang menjadi pilihan anda. Sebenarnya banyak lagi Restoran western di seluruh Malaysia yang menawarkan pelbagai menu yang enak lagi lazat
Satu perkara nak kongsikan kat sini, jika teringin nak nikmati menu western yang sedap-sedap begini, tak payah nak susah payah pun tak apa sebabnya sudah ada western food delivery yang mudah dan pantas. Pihak yang dimaksudkan ini adalah Foodpanda.
Dengan Foodpanda, tak kisah berada di rumah ataupun di tempat kerja, buat saja tempahan kemudian boleh nikmati bersama keluarga mahupun teman. Pilih saja mana-mana menu western yang ingin di cuba dan jika tak tahu nak buat pilihan boleh terus gunakan khidmat Foodpanda saban hari untuk menjimatkan masa dan tenaga diri sendiri
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2020/07/lokasi-kedai-makan-western-di-kuala.html