Buffet Murah Area Kl Kontiki Restaurant The Federal Hotel
Happy Birthday mama yg ke 66. Semoga dipanjangkan umur, sentiasa dilimpahkan rezeki, sihat selalu, bahagia selalu di samping kitaorang anak-anak, menantu-menantu & cucu-cucu. Eh, cucu-cucu. Insyaallah..Aamiin..Rezeki Allah. Mana tahu bertambah lagi kuantiti cucu-cucu mama. hehe. Aamiin.
So kebetulan masa birthday mama baru-baru ni, mama turun KL. Jadi plan nak sambut lah. K.fiezz tak tahu mr hubby nak buat makan-makan ke apa. Masa hari birthday baru mr hubby suruh k.fiezz cari buffet murah area KL. Adeh. last minute betul. Masalahnya hari tu, k.fiezz sibuk. Tak boleh nak mencari info buffet murah area KL. Sebelum start busy tu, k.fiezz cuba juga google. Cuma kebanyakan info yang keluar senarai buffet di kedai-kedai biasa.
Sebelum tu mr hubby suruh call Restoran Rebung yang Chef Ismail tu. Bila k.fiezz call, diaorang tak buat buffet. Sebab PKPP ni rasanya. Jadi tak dibenarkan buat buffet. Tu yang lepas tak ada buffet kat Restoran Rebung, mengagau cari buffet murah area KL yang lain.
Cari punya cari, mr hubby jumpa satu Restoran di area KL yang kebetulan ada offer Ala Carte Buffet. So onzz.. Buffet Murah Area KLHari Rabu, lepas kerja terus ke Kontiki Restaurant, The Federal Hotel KL (Bersebelahan dengan Low Yat) untuk celebrate birthday mama. Sebelum tu kitaorang dah call untuk booked. Takut la ramai orang ke apa. Kang dah nak mencari tempat lain. Udah la tak banyak tempat makan best area KL ni, hah. Tu yang to be save, reserved siap-siap. Untuk k.fiezz harga ala carte buffet yang di offer kat sini berbaloi. Sesuai dikategori sebagai buffet murah area KL
Lokasi Restoran Kontiki ni bersebelahan dengan Low Yat. Untuk parking, boleh masuk kat dalam Low Yat. Parking selepas pukul 6ptg, caj dia flat rate RM6.
Hari yang kitaorang datang ni, Restoran Kontiki ni baru beroperasi semula selepas kerajaan benarkan. Sebelum ni ditutup sebab COVID-19.
Buffet yang ditawarkan kat sini jenis ala-carte buffet disebabkan arahan kerajaan yang masih tak benarkan hidangan secara bufet.. Jadi Kontiki Restauran ni bagi hidangan ala-carte buffet. Pilih menu apa yang kita nak dari 38 jenis dalam senarai dia..Chef akan masak ikut pilihan kita. Kebuntuan kejap k.fiezz nak order. Udah lah senarai menu dalam bahasa omputih. Nasib faham la juga. hehe.
Yang best masa sampai kat Kontiki Restaurant ni, tak ada orang weiii. haha. kitaorang je. so consider booking macam 1 restoran untuk celebrate birthday mama. haha
Ala Carte Buffet Di bawah ni menu yang kitaorang order. Yang pasti list menu dia berderet wei. Lepas dah order, sampai je hidangan. Mak aihh portion dia besar. Nampak dalam gambar macam kecil pinggan tu padahal, selambak weiii. 1 pinggan tu boleh makan 2-3 orang. Kat sini memang portion makanan dia satu hidangan untuk 2-3 orang makan.
Jom check it out gambar-gambar menu
Depan Restoran Kontiki. Kitaorang sahaja pelanggan masa ni.
Sup Ayam Herba.
Kuew Tiow Ladna**Yang ni adik ipar k.fiezz order. Sekali sampai, tu dia. Pinggan & portion dia besor. Memang untuk makan lebih dari seorang**
Butter Prawn
Daging Masak Halia & Bawang Putih
Pencuci mulut - Buah
Nasi Goreng Tom Yam**Nampak dalam gambar macam kecil je kan. Jangan tertipu. portion dia banyak, boleh makan 2-3 orang. Kitaorang yang ber-5 ni pun tak habis nasi goreng tom yam ni**
Kambing Masak Rendang Tok
Ikan Steam
Tom Yam Seafood**Yang ni kecil. Memang untuk seorang makan
Wefie sikit sesambil tunggu order sampai
Kontiki Restaurant. REVIEW KONTIKI RESTAURANT KLOverall memuaskan hati. Tempat luas & selesa. Keadaan cafe cantik. Kemas. Masakan dia, ada yang kena dengan selera dengan k.fiezz. Ada yang tak. Macam Nasi Goreng Tom Yam tu, untuk k.fiezz rasa dia macam kureng sikit. Tapi mr hubby & adik ipar 2-3 kali tambah nasi goreng tu. Kalau dah bertambah tu, maksudnya sedap. Subjektif sedap ni sebab ikut tekak masing-masing.
Antara menu yang menarik perhatian k.fiezz, Butter Prawn. Serius sedap sangat. Menu ni di cadangkan oleh pelayan yang layan kitaorang tu. Katanya butter prawn ni specialist chef. Memang terbukti sedap. Dua kali ulang order. haha. Pelayan tu tanya dengan kitaorang nak order apa lagi. Tapi kitaorang dah surrender. Adik ipar k.fiezz yang perempuan tu je masih mampu makan. So ulang order butter prawn ni.
Daging Masak Halia & Bawang Putih tu pun sedap. K.fiezz suka. Daging lembut wei..Selalu k.fiezz kurang sikit daging ni sebab liat & suka lekat celah gigi. Haih, failed tau. Tapi yang ni tak. Lembut je bila kunyah.
Jadi kalau tanya k.fiezz okey tak makan ala-carte buffet di Kontiki Restauran ni. Okey sangat. Berbaloi dengan harga & portion dia.
Harga ala carte buffet RM60 / seorang
Alamat :
35, Bukit Bintang Street, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
No Telefon :
03-2148 9166
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2020/07/Buffet-Murah-Area-KL-Kontiki-Restaurant-The-Federal-Hotel.html