Resipi Bubur Nasi 2 Bahan Mudah Masak Makan Dengan Lauk Simple Bertambah Tak Cukup Semangkuk
Dah masuk beberapa hari beraya ni, nak rehat sekejap dari menikmati juadah berat seperti rendang dan lemang. Kalau boleh nak makan yang rigkas je, panas-panas untuk buat tekak rasa selesa.
Salah satu menu yang sesuai adalah bubur nasi. Ada banyak jenis resipi dan boleh diubahsuai mengikut citarasa masing-masing. Ada yang sukakan bubur kosong tapi ada juga yang gemar makan bersama lauk-pauk.
Mak Su ada berkongsi resipi bubur nasi berlauk yang pastinya memikat selera. Nak buat pun mudah;
Sekali sekala tukar menu kan
RESEPI BUBUR NASI BERLAUK
BAHAN BUBUR:
2 cawan beras (dikisar)
6 cawan air
CARA PENYEDIAAN:
Masak bubur dan apabila makin pekat boleh ditambah air sedikit.
Sumber foto: Facebook Mak Su
RESEPI KANGKUNG GORENG BELACAN:
Bawang putih
Sambal belacan
Kangkung
Bawang holland
Cabai besar merah
Sumber foto: Facebook Mak Su
Baca Juga:
Bau Harum, Rasa Sedap. Buat Pes Ikan Bakar Ni, Makan Ramai-Ramai Satu Famili. Terliur Sungguh!
Resipi Ayam Sos Mentega Buat Makan Satu Famili. Sesuai Untuk Ibu Pantang, Memang Sedap!
Resipi Rendang Ayam Versi Ibu Pantang. Ada Letak Daun Cekur, Memang Sedap Betul!
CARA PENYEDIAAN:
1.Panaskan minyak,tumis bawang putih sehingga garing,masukan sambal belacan kemudian tumis sehingga naik bau.
2.Masukkan kangkung dan tambahkan air sedikit.
3.Goreng dengan api yang besar,kemudian masukan bahan perisa, masukkan cabai besar yang dihiris. Kemudian masukan bawang holland. Siap untuk dihidangkan.
Sumber foto: Facebook Mak Su
BAHAN UNTUK HIDANGAN:
Kacang tanah (digoreng)
Ikan bilis (digoreng)
Telur masin (direbus)
Bawang goreng
Limau
Daun bawang
Kangkung goreng belacan
**Boleh juga dihidangkan bersama isi dada ayam, kali ni saya buat bubur. Buka peti sejuk, ayam habis. Saya masak apa yang ada sahaja..
Kalau dibuat banyak-banyak, boleh juga jadi sajian istimewa untuk dihidangkan kepada para tetamu. Selain lauk seperti kangkung goreng belacan, boleh juga dibuat isi ayam masak kicap dan anyak lauk lain mengikut selera anda.
Yang pasti, hidangan ini tidak muak dan sesuai dimakan seisi keluarga. Selama mencuba!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Resipi Bubur Nasi 2 Bahan, Mudah Masak. Makan Dengan Lauk Simple, Bertambah Tak Cukup Semangkuk! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/resipi-bubur-nasi-2-bahan-mudah-masak-makan-dengan-lauk-simple-bertambah-tak-cukup-semangkuk/