Resipi Onde Onde Labu Sedap Manis



Onde onde, buah melaka atau kuih kelepong (panggilan orang negeri sembilan) merujuk kepada kuih tradisional bentuknya bulat dengan inti gula melaka disalut dengan kelapa parut. Onde onde ni kuih pemanis mulut yang popular masa bulan puasa

Kat Johor panggil kuih buah melaka. Ingat lagi zaman kanak-kanak, bila mak nak buat kuih buah melaka bulan puasa. Petang sebelum berbuka tu sibuklah nak tolong buat kuih buah melaka ni. Tolong sendok kuih yang dah timbul, lepas tu golekkan dalam kelapa parut

Kuih buah melaka warna hijau itu biasa. Kira standard warna lah pada zaman tu. Zaman sekarang ni macam-macam warna ada. Pernah juga buat kuih buah melaka warna pink, gunakan pewarna merah. 
Kalau guna pewarna asli, kuih buah melaka warna biru atau purple boleh gunakan bunga telang. Hijau guna daun pandan (ini biasa), untuk warna kuning boleh gunakan buah labu

Ada lebih buah labu masak lemak putih semalam, sempat jugaklah menyiapkan kuih buah melaka labu/onde-onde labu manis. Cara membuat onde onde labu sama je macam resipi onde onde yang biasa tu, cuma tambahkan isi labu je

Kadang-kadang pening juga labu ni tak tahu nak masak apa, kan? Asyik masak sayur je, sesekali kita pelbagaikan resipi labu. Untuk peminat buah labu, boleh cuba aneka masakan daripada labu ni
 
Resipi labu Sayur labu masak lemak putihOnde onde labuKuih koci labuKuih lepat labuPengat labuBubur labuCucur manis labuDonut labuRoti labuBingka labuKuih bom labuKuih lapis labuPuding labuKuih nona manis labuKuih talam labuLabu goreng rangup

Inilah hasil onde onde labu saya buat, terlebih salutan kelapa parut pulak. Warna kuning onde onde labu ni cantik walapun tak guna pewarna. Terserlah warna kuning terang tu. Walaupun presentation dia tak seberapa, tapi rasa onde onde labu ni sedap. Manis dan taklah rasa labu sangat pun

Pertama kali buat onde onde labu dan pertama kali rasa. Sedap lah untuk yang suka makan labu



Resipi Onde Onde Labu Sedap ManisBahan-bahan 
Labu dikukus dan dilenyek (saya guna suku dari sebiji buah labu saiz kecil)
2 cawan tepung pulut
2 sb tepung gandum
Sedikit garam
Air secukupnya
1 ketul gula melaka (potong dadu)
½ biji kelapa parut (kelapa muda)
Cara membuat onde onde labuDalam satu bekas, satukan labu, tepung pulut, tepung gandum dan garam.Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat.Ambil adunan, bulatkan dan leperkan.Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Bulatkan lagi sepeerti bebola.Sebelum tu, panaskan air hingga mendidih. Masukkan bebola yang dah siap tadi dalam air yang dah mendidih.Bila bebola kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan. Dalam bekas lain, sediakan kelapa parut bersama sedikit garam. Bebola yang dah ditoskan tadi, golekkan dalam bekas kelapa parut.Dah siap bersalut kelapa parut, dah siap untuk dihidangkan.
Untuk husband, kenalah buat onde onde yang biasa sebab dia tak makan labu. Sebenarnya guna air kisar daun pandan, tapi macam biasalah warna pandan original kurang pekat warnanya. Pewarna hijau pun takde, pucat lesu putih je lah rupa dia


Bila buat sendiri, puas hati makan sebab letak inti buah melaka lebih dan letak kelapa parut lebih. Kalau beli, 4 biji dah RM2. Standard harga kuih sekarang sebiji RM 0.50 sen. Bila gigit, meletop dalam mulut. Sesuai sangat buat minum petang dan kuih muih untuk berbuka puasa





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/03/resipi-onde-onde-labu-sedap-manis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Biskut Red Pearl Sedap Mudah Satu Adunan Dapat 30 Biji

Resipi Biskut Red Pearl Sedap Mudah Satu Adunan Dapat 30 Biji

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 484 hits
Biskut Red Pearl ni adalah salah satu resipi biskut yang jadi kegemaran ramai kerana rasanya yang enak dan mudah dihasilkan Campurannya sangat mudah Ada emping jagung cip coklat hirisan badam Malah tak perlu cetak guna acuan pun Sesuai sang...
Resipi Roast Chicken Aroma Daun Herba Buat Ayam Jadi Super Sedap

Resipi Roast Chicken Aroma Daun Herba Buat Ayam Jadi Super Sedap

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 417 hits
Anak anak dan ayam sememangnya tidak dapat dipisahkan Sebut sahaja sajian ayam anak anak menjerit keriangan malah tidak sabar sabar menikmatinya Apa kata sempena hujung minggu dan majlis yang istimewa mama sediakan Roast Chicken hebat ini u...
Resipi Puff Pastry Sosej Cheese Guna Air Fryer Semudah Abc Sedap

Resipi Puff Pastry Sosej Cheese Guna Air Fryer Semudah Abc Sedap

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 723 hits
Resipi mudah selalu jadi pilihan di hujung minggu Memasak menggunakan air fryer antara paling digemari kerana masa memasaknya amatlah pantas Apa kata kali ini mama sediakan Puff Pastry Sosej Cheese pula untuk sarapan atau minum petang anak ...
Resipi Mi Celup Ala Thai Yang Pedas Sedap Berpeluh Makan

Resipi Mi Celup Ala Thai Yang Pedas Sedap Berpeluh Makan

papar berkaitan - pada 23/3/2021 - jumlah : 475 hits
Kebiasaannya daging lembu atau perut lembu diletakkan dalam mi celup Tetapi resipi yang dikongsi oleh saudari Iza Abu Bakar ini menggunakan daging ayam Jom kita intai resipi ini Nampak sedap pedas dan menyelerakan MI CELUP ALA THAIBAHAN BAH...
Resipi Puding Roti Yang Sedap Berlemak Makan Sejuk Sejuk Memang Terangkat

Resipi Puding Roti Yang Sedap Berlemak Makan Sejuk Sejuk Memang Terangkat

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 367 hits
Kalau ada roti kat rumah yang dah nak expired boleh buat puding roti ni Mudah untuk disediakan dan yang penting sedap dimakan Anak anak pun mesti suka Jom kita lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Shikin Shikin ni Selamat mencuba PUDING ...
Resipi Wool Roll Bread Roti Homemade Viral Yang Sangat Sedap Lembut

Resipi Wool Roll Bread Roti Homemade Viral Yang Sangat Sedap Lembut

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 587 hits
Roti homemade memang sangat sedap dan membuka selera lebih lebih lagi jika dimakan panas panas Tak susah pun untuk menyediakannnya jika ada resipi dan bahan bahan yang cukup Bagi yang tercari cari resipi Wool Roll Bread saudari Ida Osman ad...
Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak Anak Bentuk Comel Sedap Lagi Jimat

Resipi Naget Tempura Ayam Favourite Anak Anak Bentuk Comel Sedap Lagi Jimat

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 348 hits
Masa yang suntuk membuatkan deretan makanan yang mudah seperti nuget menjadi pilihan kita untuk anak anak Namun rasa khuatir dengan kandungan bahannya membuatkan ibu berfikir banyak kali sebelum menyediakan untuk anak Mahu lebih selamat apa...
Resipi Perapan Sotong Bakar Paling Mudah Sos Thai Stail Danok Sedap

Resipi Perapan Sotong Bakar Paling Mudah Sos Thai Stail Danok Sedap

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 431 hits
Bagi penggemar menu sotong bakar resipi yang dikongsi dari saudari NurFazira Hanim Razmi ni antara yang terbaik untuk dicuba Ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan menjadikan resipi ini begitu menarik sekali Dinikmati pula bersama Sos T...
Resipi Lepat Cendol Guna Acuan Lompang Sedap Lebih Mudah

Resipi Lepat Cendol Guna Acuan Lompang Sedap Lebih Mudah

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 493 hits
Sedapnya kalau dapat menikmati Lepat Cendol Rasanya yang lemak lemak manis emmang tak jemu dimakan Resipinya pun tak susah Menerusi perkongsian saudari Hanna Rahman beiau berkongsi satu resipi Lepat Cendol yang cukup mudah Tidak perlu guna ...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara