Resipi Nasi Briyani Simple Daging Masak Kandar Hidangan Untuk 7 8 Orang Makan


Hari minggu ni ada request nak makan special. Jadi kita buatlah masakan istimewa iaitu nasi briyani simple lengkap dengan daging masak kandar. Kalau biasa makan di kedai dengan menu ini, boleh buatnya sendiri secara homemade.
RESIPI NASI BRIYANI SIMPLE
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan
1 sudu besar minyak sapi
5 sudu besar marjerin planta ( atau apa-apa marjerin pun boleh)
3/4 tin susu cair
1 biji bawang besar, dimayang halus
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia*(*dikisar halus)
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar ( optional)
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau tak ada boleh guna pewarna kuning biasa)
2 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
2 sudu besar rempah beriani – bancuh dengan sedikit air
Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna – biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.Lebih kurang sukatannya 1:1.5
Cara memasak:
1.Panaskan minyak sapi dan planta dalam kuali.
2.Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dengan daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi.Tumis hingga wangi.
3.Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang.
4.Masukkan kismis.Kacau rata.
5.Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair.Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa).Biarkan mendidih.
6.Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa.Masak hingga nasi kering.
7.Dengan menggunakan batang sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron atau pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng.
8.Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak.
9.Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan-lahan sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus saffron atau pewarna kuning.Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah.Seeloknya gunakan chop stick atau garfu..
Bolehlah dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan seperti kari daging,dalca,ayam masak merah, pajeri nenas,pencuk nenas,acar timun atau acar buah dan kurma ayam atau daging atau mengikut selera masing-masing.
Daging Masak Kandar
Bahan-bahan:
1 kilo daging
20 ulas bawang kecil( dihiris)
Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering-direbus
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia(kesemua ini dikisar bersama bahan yang direndam di atas)
***bahan-bahan yang direndam itu, nanti airnya dikisar sekali.Jangan buang airnya.
1 cawan sos tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
gula, garam, kiub ayam/ daging
Cara memasak:
1.Tumis bawang, hiris dan daun kari hingga kekuningan.
2.Masukkan bahan-bahan kisar, tumis hingga garing masukkan daging.Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut.Masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.
3.Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan di akhir sekali.
4.Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jangan terlalu garing.
5.Gula itu lebih sedap jika gunakan gula Melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih.
Kredit: Adnil san


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/12/resipi-nasi-briyani-simple-daging-masak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telur Goreng Belacan Sedap Lagi Menyengat Resipi Mengundang Makan Nasi Bertambah

Telur Goreng Belacan Sedap Lagi Menyengat Resipi Mengundang Makan Nasi Bertambah

papar berkaitan - pada 15/12/2020 - jumlah : 483 hits
Bosan dengan menu berkuah bersantan dan sambal apa kata kita cuba menu ringkas pula untuk hidangan sekeluarga Telur goreng belacan ini tidak kurang hebatnya Pedas lagi menyengat Menu ringkas dan simple semacam ini sememangnya buat kita maka...
Resipi Nasi Butter Ala Ala Kfc Ayam Panggang Ala Ala Dominos Memang Padu Rasa Gerenti Bertambah Makan

Resipi Nasi Butter Ala Ala Kfc Ayam Panggang Ala Ala Dominos Memang Padu Rasa Gerenti Bertambah Makan

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 355 hits
Sejak PKPB ni anak anak rajin pula membeli dekat foodpanda Haih memang lari bajet kalau hari hari memesan dari sini Antara yang menjadi kesukaan anak anak ialah ayam KFC pizza dan lain lain Jom hari ini kita buat menu nasi butter ala ala KF...
Makan Nasi Kandar Pekan Lama Lagi

Makan Nasi Kandar Pekan Lama Lagi

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 893 hits
Assalamualaikum TIDAK puas menikmati Nasi Kandar Ketegaq kami tiga beranak bersetuju untuk exit Ipoh dalam perjalanan balik ke JB untuk makan tengahari di Nasi Kandar Pekan Lama Ipoh Bagi yang tidak tahu namanya saja Pekan Lama tapi lokasin...
Makan Nasi Kandar Di Restoran Ns Nasi Kandar Jalan Burma George Town

Makan Nasi Kandar Di Restoran Ns Nasi Kandar Jalan Burma George Town

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 700 hits
Restoran NS Nasi Kandar yang terletak di Jalan Burma George Town Pulau Pinang merupakan antara restoran nasi kandar yang diwarisi secara turun temurun Restoran ni takde besar sangat Kecil je dan bersebelahan dengan restoran cina restoran NS...
Resipi Nasi Goreng Sardin Pecah Telur Makan Panas Panas Sepinggan Tak Cukup

Resipi Nasi Goreng Sardin Pecah Telur Makan Panas Panas Sepinggan Tak Cukup

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 626 hits
Ada lebihan nasi apa kata buat nasi goreng Ni antara salah satu menu mudah dan cepat untuk sediakan Kena dengan selera lagi makan bertambah seisi keluarga Kadang tumis bawang pecah telur pun dah sedap sangat Cuma untuk resipi kali ni specia...
Makan Nasi Goreng Chicken Buttermilk

Makan Nasi Goreng Chicken Buttermilk

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 749 hits
Makan Nasi Goreng Chicken Buttermilk Sesekali makan malam camni pun sedap Bila tekak teringin kita pun cuba ler Kedai ni agak dikenali jugak Betul betul sebelah Mydin Taman Rinting tu Aku pernah datang sekali dulu makan menu dorang yang ban...
Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 381 hits
Menu nasi telur dan kicap antara makanan wajib anak anak ketika membesar Tak sah jika tidak ada telur Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting ...
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball

Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Dan Mudah Menggunakan Sos Kimball

papar berkaitan - pada 23/12/2020 - jumlah : 642 hits
Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Yang Sedap Menggunakan Sos Kimball Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua Baru baru ini Sha sempat menyediakan bekalan untuk keluarga Sha bersarapan sebelum keluar bekerja Sha menyediakan masakan k...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal