Share Tinggi Resipi Cukup Simple Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia
Menu nasi, telur dan kicap antara makanan wajib anak-anak ketika membesar. Tak sah jika tidak ada telur. Telur sememangnya cukup baik malah banyak khasiatnya kepada anak kecil kita. Telur juga merupakan makanan yang kaya dengan protein penting dan berkualiti. Ia membekalkan asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh.
Malah telur juga membekalkan beberapa vitamin dan mineral terutama Vitamin A yang bagus untuk mata, Vitamin D yang diperlukan untuk tumbesaran dan menguatkan tulang anak, tinggi Choline yang membantu meningkatkan kecerdikan minda anak-anak kita dan menguatkan jantungnya. Begitu banyak khasiat telur, jadi cubanya sedianya sajian berasaskan telur.
Salah satu menu yang cukup ringkas adalah Sup Telur. Sup Telur yang disediakan ibu Nora Azni ini cukup ringkas tapi nampak cukup menyelerakan. Jom cuba resipi paling sedap ini.
“Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau tak? Ibu mana tak seronok kalau anak puji kann. Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur #mamaohsem
Bahan-bahan :
4 biji telur ayam
7 biji fishball (belah dua)
Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa)
3 ulas bawang putih(dicincang)
Kiub pati ayam(guna separuh je)
Lada sulah
Garam
2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah)
Minyak masak
Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot.
Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur.
Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye)
Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.
Selamat mencuba ye.
Artikel menarik: Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Menu Jimat Paling Terangkat & Sedap
Tak Perlu Berat, Resipi Ringkas Pun Anak Happy, Telur Gulung Kaya Protein, Anak Makan Berebut
Telur Makanan Terbaik Untuk Tumbesaran Dan Menguatkan Tulang Anak, Sehari Sebiji Dah Cukup
Nak relaks, jom cuci mata di SINI.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
The post Share Tinggi, Resipi Cukup Simple, Patutlah Sup Telur Ni Di Puji Anak Paling Sedap Di Dunia! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/share-tinggi-resipi-cukup-simple-patutlah-sup-telur-ni-di-puji-anak-paling-sedap-di-dunia/