Resipi Blueberries Swirl Mini Cheesecake


Walau buahnya kecil tapi buahnya penuh dengan pelbagai khasiat yang orang semua tahu. Yer buah Blueberries rasa manis semulajadi, ada sedikit masam tapi gabungan manis masam tu yang buatkan buah ini lagi sedap. Selain itu, buah blueberries memberi banyak manfaat pada kesihatan seperti menghindari obesiti, meningkatkan kesihatan jantung, menurunkan kolestrol, mengurangi risiko Alzheimer, mengurangi risiko diabetis, menurunkan tekanan darah dan juga mencegah kanser


Oh ya untuk pengetahuan semua, Oregon & Washington ini adalah 2 negeri di Amerka Syarikat yang banyak menghasilkan buah blueberry tau. Buah blueberry ini ditanam secara besar-besaran dan buah yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terbaik dan mendapat sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Buah ini juga bukan sahaja dijadikan makanan ringan malah boleh juga masukkan ke dalam pelbagai resipi seperti salad, makanan berpanggang, pencuci mulut dan smoothie


Patutlah buah blueberries ini menjadi kegemaran ramai dan dikenali sebagai makanan super sihat kerana buah ini mempunyai pelbagai khasiat dalam diet seharian kita. Hasil kajian pun mengatakan bahawa buah blueberry mengandungi antioksidan yang tinggi. Menurut pakar pemakanan iaitu Georgen Thye berkongsi pelbagai fakta pemakanan blueberry dan kesihatan iaitu :

✔ Satu cawan (148g) bluberry memberi 25% daripada nilai vitamin C harian kita, 14.4 miligram vitamin C. - Membantu menyokong sistem tehanan badan
✔ 1 cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian kita. - Meningkan kadar lipid darah, mengatur glukosa darah dan membuat kita kenyang lebih lama serta membantu menurunkan berat badan
✔ Kaya dengan antioksidan tertinggi dari semua buah dan sayur biasa. - Melindungi tubuh kita dari radikal bebas
✔ Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai Vitamin K harian kita, 28 mikromiligram vitamin K. - Meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium

Ok jom tengok respi dan bahan-bahan Blueberries Swirl Mini Cheesecake. Kalau nak tengok resipi dari Mr. Georgen Thye pun boleh tapi ini cara mama sebab mama suka makan cheesecake mini macam ni mudah untuk masuk dalam mulut. Yang penting mama menggunakan buah blueberries Oregon & Washington


RESIPI BLUEBERIES SWIRL MINI CHEESECAKE
Bahan-bahan : 
Jem • ¾ cup Blueberries Segar • ¼ cup Gula • 1 sudu besar jus lemon • 2 sudu kecil tepung jagung • 1 sudu besar air sejuk 
Crust • 6 keping biskut digestive • 2 sudu besar unsalted butter cair • 1 sudu besar gula 
Filling • 250gm cream cheese • ½ cup susu pekat • 1 biji telur• 1 sudu kecil esen vanilla • 1 sudu kecil jus lemon
Cara-cara buat jem blueberries : 1. Masukkan buah blueberries, gula dan jus lemon ke dalam pan. Masak dan kacau selama 5 minit atau sehingga buah menjadi lembut 2. Kemudian satukan tepung jagung dengan air dan kacau sehingga sebati. Seterusnya masukkan ke dalam campuran blueberries tadi dan biarkan ia mendidih 3. Setelah itu, kacau selama 2 minit atau sehingga campuran blueberries tadi menjadi sedikit pekat 4. Siap dan ketepikan dalam suhu bilik. Kemudian kisar adunan campuran blueberries tadi sehingga hancur. 
Cara-cara buat crust : 1. Hancurkan biskut digestive menggunakan blender kering sehingga biskut hancur. 2. Kemudian masukkan butter yang cair dan gula ke dalam biskut dan gaul sehingga sebati 3. Masukkan ke dalam bekas muffin dan tekan sehingga padat 4. Setelah itu, bakar dalam air fryer dengan suhu 180’c selama 5 minit 
Cara-cara buat filling : 1. Masukkan cream cheese dan susu pekat, putar sehingga sebati 2. Kemudian masukkan esen vanilla dan telur dan putar lagi dan tidak perlu lama yer 3. Akhir sekali masukkan jus lemon dan gaul kaup balik sahaja. 
Cara-cara buat Blueberries Swirl Mini Cheesecake : 1. Masukkan filling cheese ke atas crust yang dimasukkan ke dalam bekas muffin. 2. Kemudian tuang sedikit jem blueberries tadi ke atas cheese dan lorekkan ikut citarasa korang 3. Bakar dalam air fryer dengan suhu 150’c dalam masa 20 minit 4. Setelah siap simpan dalam peti sejuk sehingga 8 jam

Fuh walau banyak step tapi mama rasa ni lah mini cheesecake yang sedap dan senang nak buat. Kalau nak tengok macam mana mama buat Blueberries Swirl Mini Cheesecake boleh tengok video yang mama kongsikan di bawah ni. Anak-anak memang suka kalau mama buat mini cheesecake sebab seketul masuk mulut dorang. Hehehe

View this post on Instagram A post shared by Jueliza Jamani (@juelizajamani)


Bagi yang nak mencuba pelbagai jenis resipi menggunakan Oregon & Washington Blueberries ini boleh tengok youtube yang mama kongsikan ni. Tengok gambar pun dah menyelerakan tu belum korang cuba buat lagi kan. 
Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecakehttps://youtu.be/SJiPXIiaOIA
Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffinhttps://youtu.be/PCGzO-i9iZg
Oregon & Washington Blueberries Popsiclehttps://youtu.be/1EcE1YNQRX8
Untuk maklumat lanjut mengenai Oregon & Washington Blueberries boleh layari :-
Website : www.oregonblueberry.com | wablueberries.com/wa-blueberry-commissionFacebook : web.facebook.com/OregonBlueberries | web.facebook.com/WaBlueberriesInstagram : @oregonblueberrygrowers | @wablueberries
Love,

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mamajue.com/2021/08/resipi-blueberries-swirl-mini-cheesecake.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Khasiat Dan Resipi Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar

Khasiat Dan Resipi Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 238 hits
Khasiat dan Resipi Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar Assalamualaikum semua Gaisss tekak sis buat hal lagi Kali ni mengidam nak makan kek pulak Tambah tambah kalau dapat cheesecake sedapnya Kalau dulu teringin je t...
Guna 4 Bahan Je Resipi Mudah Teething Biscuit Untuk Anak 7 8 Bulan Cair Dalam Mulut

Guna 4 Bahan Je Resipi Mudah Teething Biscuit Untuk Anak 7 8 Bulan Cair Dalam Mulut

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 374 hits
Bila anak dah masuk umur 7 bulan anak dah bersedia untuk makan makanan jejari ataupun finger food Tambah pula si manja nak tumbuh gigi jadi apa kata mama buatkan teething biscuit untuk anak Ikuti resipi mudah ini hanya guna 4 bahan sahaja D...
15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan

15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 359 hits
15 Resipi Nasi Goreng Sedap Yang Mudah Disediakan l Assalamualaikum Kadang ada masa kita buntu tak tahu nak masak apa kan Celik mata dah start fikir nak masak menu apa untuk family Bagi ibu ibu yang bekerja lagi lah terkejar kejar masa bila...
Dapur Fiezasani Resipi Cempedak Goreng Simple

Dapur Fiezasani Resipi Cempedak Goreng Simple

papar berkaitan - pada 28/7/2021 - jumlah : 364 hits
Baru baru ni dapat kiriman buah buahan dari kampung Termasuk 2 biji cempedak Memang ingat nak buat cempedak goreng je lah jawabnya Resipi cempedak goreng simple ni dari mak k fiezz Benornya first time ni nak buat cempedak goreng Hehe Biasa ...
Dapur Fiezasani Resipi Nasi Goreng Cili Api Yang Senang Nak Masak Dan Bahan Tak Banyak

Dapur Fiezasani Resipi Nasi Goreng Cili Api Yang Senang Nak Masak Dan Bahan Tak Banyak

papar berkaitan - pada 27/7/2021 - jumlah : 397 hits
Haritu k fiezz ternampak ada sorang blogger ni kongsi kat Tik Tok dia cara masak nasi goreng cili api ni Tengok cara masak yang dia tunjuk tu macam senang je nak buat nasi goreng cili api ni Moh lah kita cuba Kadang bosan juga asyik ulang n...
Ibu Warga Thai Wanita Ini Kongsi Resipi Asli Ayam Padhek Masakan Origanal Thailand

Ibu Warga Thai Wanita Ini Kongsi Resipi Asli Ayam Padhek Masakan Origanal Thailand

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 212 hits
Bagi pertama kali mendengar resipi ayam Padhek pasti tertanya tanya bagaimana rasa makanan ini Sebenarnya ayam Padhek adalah masakan yang berasal dari Thailand Rasanya sangat sedap dengan gabungan cili dan kunyit segar dan aroma dari daun l...
Dapur Fiezasani Mencuba Resipi Nasi Impit Goreng Yang Simple Ni

Dapur Fiezasani Mencuba Resipi Nasi Impit Goreng Yang Simple Ni

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 247 hits
Nasi impit goreng Ternampak seorang kawan blogger k fiezz kongsikan resipi ni masa lepas raya haritu K fiezz pun baru tahu nasi impit boleh digoreng Biasa kita makan dengan kuah kacang atau pun lontong Ni buat nasi impit goreng Baru kenal m...
Resipi Crabstick Omellete

Resipi Crabstick Omellete

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 294 hits
Resipi Crabstick Omellete Salam Hujung Minggu Dah makan ke tu Nah haritu nampak menu ni keluar kat wall Facebook ada mak mak buat sebagai menu breakfast anak anak masa PDPR ni Aku pun teruja nak try Katanya sesuai untuk turunkan berat badan...
Resipi Mudah Naikkan Berat Anak Pisang Caramel Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

Resipi Mudah Naikkan Berat Anak Pisang Caramel Hanya Guna 3 Bahan Sahaja

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 466 hits
Pisang Karamel merupakan juadah ringan atau pencuci mulut yang mudah disediakan Bahan bahan yang perlu disediakan pun sangat mudah Hanya menggunakan 3 bahan sahaja Kalau sebelum ini kita buatkan untuk keluarga yang lebih dewasa kali ini apa...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport