Khasiat Dan Resipi Oregon Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar


Khasiat dan Resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar | Assalamualaikum semua.. Gaisss, tekak sis buat hal lagi. Kali ni mengidam nak makan kek pulak. Tambah-tambah kalau dapat cheesecake, sedapnya. Kalau dulu teringin je terus pi beli tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan ni susah sikit nak keluar. So, setelah difikir-fikir dan dihitung, ada baiknya sis cuba buat sendiri. Mana tau kan ada bakat terpendam membuat kek. ahakkk.


Jadi untuk permulaan, sis pun mula la mencari-cari resipi di internet dan sis jumpa satu resipi yang menarik hati sis iaitu Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar. Kebetulan memang sis tak ada oven di rumah. Jadi memang sesuai la untuk sis cuba. Tapi apa yang menarik perhatian sis adalah bahan utama untuk Cheesecake ni adalah Oregon & Washington Blueberries. Wahh, sis memang penggemar blueberry especially untuk dessert. Sedap.

Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake dibuat oleh Mr Georgen Thye
Kalau korang nak tau Oregon Dan Washington ni adalah 2 negeri di A.S yang paling banyak menghasilkan blueberry. Di sana blueberry ditanam secara besar-besaran dan buah yang dihasilkan mempunyai kualiti yang terbaik dan mendapat sambutan yang tinggi di seluruh dunia. Tak dinafikan buah blueberries dari A.S ni mempunyai rasa manis yang semulajadi, sedap dan berkhasiat. Tu sebab ramai yang menggunakan blueberries sebagai makanan ringan, atau dimasukkan ke dalam pelbagai resipi seperti salad, makanan panggang, pencuci mulut, smoothie


Selain dari rasa, blueberry juga mempunyai pelbagai khasiat dalam diet seharian kita tau. So, tak hairan la bila blueberries dikenali sebagai makanan super sihat dan menjadi kegemaran ramai. Hasil kajian menunjukkan bahawa blueberry mengandungi antioksidan dan nutrien lain yang membantu tubuh kita untuk kekal sihat dan dapat membantu mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia. Menurut pakar pemakanan bertauliah Georgen Thye, beliau berkongsi pelbagai fakta pemakanan blueberry dan faedah kesihatan :
1. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian anda, 14.4 miligram vitamin C.
✔ Vitamin C adalah vitamin larut air yang bertindak sebagai antioksidan yang menstabilkan radikal bebas, sehingga membantu mencegah kerosakan sel.
✔ Vitamin C membantu pengeluaran kolagen; membantu penyerapan zat besi; dan membantu menyembuhkan luka dan menjaga kesihatan gusi anda.
✔ Vitamin C boleh membantu menyokong sistem ketahanan badan

2. Satu cawan (148g) blueberry mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian anda.
✔ Serat makanan telah terbukti memberikan banyak manfaat kesihatan, termasuk meningkatkan kadar lipid darah, mengatur glukosa darah, dan meningkatkan rasa kenyang (membuat anda merasa kenyang lebih lama), yang dapat membantu menurunkan berat badan

3. Blueberry kaya dengan antioksidan
✔ Blueberry dipercayai mempunyai tahap antioksidan tertinggi dari semua buah dan sayur biasa.
✔ Antioksidan melindungi tubuh anda dari radikal bebas, iaitu molekul yang tidak stabil yang dapat merosakkan sel anda dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit

4. Satu cawan (148g) blueberry menyumbang 36% daripada nilai vitamin K harian anda, 28 mikromiligram vitamin K
✔ Pengambilan vitamin K yang rendah telah dikaitkan dengan risiko patah tulang yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium



Ok, berbalik kepada resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar, sebenarnya sis rujuk resipi Mr. Georgen Thye la. Nampak dari segi rupa lain kan sebab sis ada buat sedikit perubahan untuk presentation tapi kandungan bahan-bahan yang digunakan masih sama ye. Sis dah cuba resipi ni tau. Memang senang dan confirm menjadi. Nak tau tak detail resipi? Ha, meh sis kongsikan.

Resipi Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa BakarBahan-bahan
Lapisan Bawah : 100g Biskut yang dihancurkan 60g Mentega cair
Lapisan Cheesecake :250g Krim Keju150g Oregon & Washington Blueberry 150ml whipping cream1 buah Lemon 13g Serbuk Gelatin 40g Gula
Lapisan Blueberries Puree :100ml Air ½ sudu kecil Serbuk Gelatin 100g Blueberry (atau guna semula baki blueberry untuk lapisan cheesecake)40g Gula
Kaedah:
Buat Crumb Base :1. Letakkan biskut dalam pemproses makanan dan kisar sehingga menjadi tekstur pasir kasar
2. Tuangkan mentega cair dan terus sebati hingga serbuk halus
3. Pindahkan serbuk ke loyang dan tekan dengan gelas untuk membentuk lapisan serpihan yang padat dan sekata
4. Letakkan kuali ke dalam peti sejuk dan biarkan sejuk selama 30 minit

Buat Cheesecake :1. Masukkan blueberry Oregon-Washington, jus lemon dan gula ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana selama 10 minit, kacau kerap dan biarkan sejuk hingga suhu bilik selepas itu
2. Sementara itu, pukul bersama cream cheese dan gula hingga rata dan gebu
3. Pukul juga whipping cream di dalam bekas yang lain sehingga gebu
4. Larutkan serbuk gelatin dengan air5. Campurkan adunan cream cheese, whipping cream dan larutan gelatin. Gaul rata dan bahagi kepada 2 bahagian
6. Tapis blueberries yang telah masak tadi untuk mendapat pati blueberry
7. Campurkan pati blueberry dengan salah satu adunan cream cheese8. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan cream cheese bersama blueberry dan sejukkan selama 30 minit
9. Keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan adunan cream cheese yang satu lagi tanpa blueberry dan sejukkan lagi selama 30 minit

Buat Lapisan Blueberry Puree :1. Tuangkan 100 ml air ke dalam kuali, diikuti dengan blueberry dan gula. Blueberries tu boleh gunakan buah baru ataupun guna semula baki yang ditapis untuk cream cheese
2. Larutkan serbuk gelatin dengan air dan masukkan ke dalam kuali yang masak blueberries3. Kacau dengan air perlahan sehingga buah blueberries menjadi hancur
4. Setelah masak, tapis blueberries untuk mendapat blueberry puree. 5. Selepas 30 minit, keluarkan loyang dari peti sejuk dan tuangkan blueberry puree ke dalam loyang6. Sejukkan semula di dalam peti sejuk selama beberapa jam lagi sehingga lapisan atas mengeras. (sis Simpan semalaman untuk pastikan setiap lapisan betul-betul keras )7. Siap untuk dihidangkan
Maklumat Pemakanan (1 hidangan)👉 Tenaga (Kcal) 281👉 Karbohidrat (g) 22.1👉 Protein (g) 4.8👉 Lemak (g) 19.7👉 Serat (g) 1.2


Tadaaa.. ni la rupa Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar. Amacam, terliur tak tengok? Ha jangan kata korang, sis sendiri pun teruja tengok kek ni. Rasa tak percaya je sis berjaya hasilkan kek yang yang cantik macam ni. Dah macam beli kat kedai kan. Tak sia-sia sis cuba untuk buat sendiri. Hanya berpandukan resipi dari Mr Georgen Thye je. Kat bawah ni sis kongsikan video cara buat Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecake Tanpa Bakar ni

View this post on Instagram A post shared by Dik Bee (@dikbee)

Actually beliau juga ada menghasilkan pelbagai lagi resipi menggunakan Oregon & Washington Blueberries. Nah, sis kongsikan link channel youtube beliau jika korang berminat untuk mencuba

a) Oregon & Washington Blueberries Layered Cheesecakehttps://youtu.be/SJiPXIiaOIA
b) Oregon & Washington Blueberries Oatmeal Muffinhttps://youtu.be/PCGzO-i9iZg
c) Summer Oregon & Washington Blueberries Popsiclehttps://youtu.be/1EcE1YNQRX8



Kalau dah cuba, jangan segan silu nak kongsikan dengan sis tau. Ye la nak juga tengok hasil air tangan uols. Jika nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat buah bluberry pula boleh layari :
Website :https://www.oregonblueberry.com/https://wablueberries.com/wa-blueberry-commission/
Facebook :https://web.facebook.com/OregonBlueberries/https://web.facebook.com/WaBlueberries/
Instagram : https://www.instagram.com/oregonblueberrygrowers/https://www.instagram.com/wablueberries/#Oregonblueberries
#Washingtonblueberries
#GrabABoostOfBlue
#blueberrygoodness
#healthyblueberries




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2021/08/khasiat-dan-resipi-oregon-washington-blueberries.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Blueberries Swirl Mini Cheesecake

Resipi Blueberries Swirl Mini Cheesecake

papar berkaitan - pada 5/8/2021 - jumlah : 224 hits
Walau buahnya kecil tapi buahnya penuh dengan pelbagai khasiat yang orang semua tahu Yer buah Blueberries rasa manis semulajadi ada sedikit masam tapi gabungan manis masam tu yang buatkan buah ini lagi sedap Selain itu buah blueberries memb...
Sedapnya Resipi Kacang Pool Cicah Roti Bakar Buat Sendiri Lagi Puas Hati Senangnya

Sedapnya Resipi Kacang Pool Cicah Roti Bakar Buat Sendiri Lagi Puas Hati Senangnya

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 541 hits
Bila terfikirkan bersarapan di restoran kacang pool popular di Johor Bharu mulalah terasa ingin sangat hendak merasa Namun PKP membataskan kita untuk sampai ke sana Tak perlu merentas negeri apa kata kita sediakan sendiri Kacang Pool dengan...
Resipi Daging Bakar Simple Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais Anak Makan Berebut

Resipi Daging Bakar Simple Wajib Perap 1 Jam Dalam Peti Ais Anak Makan Berebut

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 275 hits
Hujung minggu ini apa kata kita sediakan menu lain dari kebiasaan Daging bakar dengan bahan perapan simple ini paling senang hendak disediakan Mudah Resipi gabungan empat bahan ini cukup ringkas Hanya perapkan sahaja dalam peti ais dan teru...
Sayur Raja Hijau Lemak Cili Api Dan Cencaru Bakar Menu Lunch Yummy

Sayur Raja Hijau Lemak Cili Api Dan Cencaru Bakar Menu Lunch Yummy

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 699 hits
Sayur Raja Hijau Lemak Cili Api Dan Cencaru Bakar Menu Lunch Yummy Hehe menu kampung jugak yang jadi pembuka selera Jika korang tak tau nak masak apa time cuti panjang lockdown PKP dan sebagainya godeh godehlah Google pasti ada menu lunch y...
Tips Memilih Bahan Bakar Untuk Mobil

Tips Memilih Bahan Bakar Untuk Mobil

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 351 hits
Dalam memilih bahan bakar untuk mobil tidak boleh dilakukan sembarangan apalagi jika mobil Anda adalah mobil dengan model keluaran terbaru Apabila Anda mengisi bahan bakar di luar dari standar pabrikan maka dapat menimbulkan berbagai masala...
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar Dari Umno Ke Semangat 46 Ke Umno Ke Bersatu Dan Balik Ke Umno Sekali Lagi

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar Dari Umno Ke Semangat 46 Ke Umno Ke Bersatu Dan Balik Ke Umno Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 234 hits
On Aug 9 2021 Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Temerloh Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar meletak jawatan daripada parti berkenaan berkuat kuasa serta merta Beliau membuat keputusan kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin par...
Pemimpin Politik Melayu Bercakap Dalam 2 Bahasa Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pemimpin Politik Melayu Bercakap Dalam 2 Bahasa Ustaz Ridzwan Abu Bakar

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 218 hits
Tujuan utama mereka rampas mandat rakyat dulu dan sanggup tebuk atap adalah kononnya tidak mahu negara ini diperintah oleh kerajaan liberal dan dipengaruhi Dap Hujah ini diterima baik oleh Pas maka lebai2 Pas pun ikut sekali merangkak naik ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya