Resepi Roti Sardin Roll Untuk Berbuka Puasa
Assalamualaikum...Selamat Berpuasa
Seri Wangi nak ucapkan kepada semua umat Islam selamat berpuasa di bulan Ramadhan...dah masuk hari ke 3 kita berpuasa dan jangan lupa bersembahyang Tarawih. Sejak Seri Wangi dah jadi suri rumah tangga sepenuh masa ni, perasaan rasa gembira dan relak, tidak terkejar-kejar semasa bekerja dulu ketika dalam bulan Ramadhan, ingat nak balik cepat jer...untuk menyediakan juadah di bulan puasa.
Biasalah bila tiba bulan Ramadhan, bohonglah kalau uoll tak sibuk nak fikir apa yang uoll nak masak, apa yang hendak dibeli, apa yang hendak dimakan masa berbuka nanti...nafsu tu tetap adakan? Kalau dah jejak kaki kat Bazaaar Ramadhan gerenti uoll tiak sedar aoa yang uoll belikan? haaaaaa....tulah sebab Seri Wangi malas nak pergi nanti macam-macam beli tapi bila time buka tak habisnya....kan..kan...?
Sekarang ni Seri Wangi nak masak juadah berbuka puasa yang paing simple dan mudah serta digemari family selain juadah lain yang Seri Wangi masak, setiap hari memang Seri Wangi suka memasak dari membeli kat Bazaar Ramadhan kecuali kalau ada jemputan makan di luar....heeeee
Jom ikut Seri Wangi ke Dapur Seri Wangi dan apa menu masakan yang paling mudah dan senang untuk berbuka puasa kali ni.
RESEPI ROTI SARDINE ROLL
Bahan Utama Sardine Trader's Choice
RotiRoti ni Seri Wangi potong dulu kulit kerasnya kemudian digolek-golekkan bagi nipis agar senang bila digulung.
Bawang Besar dan cili hidupBawang besar dan cili hidup ikut suka uoll lah nak banyak mana, kalau suka pedas tambah jer cili hidup tu...bawang dan cili hidup tu Seri Wangi potong halus-halus.
Sardin tu pulak uoll hancurkan kemudian campur bahan tadi iaitu bawang besar dan cili hidup yang dipotong halus tadi, garam secukup rasa...kalau uoll kuat masin, tu maknanya nak kawin lagi...haaaa. Dah siap satu bab...heeee...lepas ni siaplah gulung menggulung...
Seri Wang nak bagi tau ni...sebelum menggulung roti tu...uoll bancuh telur sebiji untuk buat gam agar roti tu melekat. Sardin tadi ambil satu sudu kecil dan letakkan di atas roti tadi dan gulung perlahan-lahan dan sapukan telur agar ianya melekat.
Haaa....ni rupa dia roti yang dah siap gulung
Kemudian roti yang digulung tu uoll celup dalam telur yang dibancuh, ikut suka uoll lah nak letak banyak mana telur tu... janji roti tu boleh dicelup sepenuhnya barulah sedapkan....
Haaa...dah roti gulung yang siap celup dengan telur tu...apa lagi kita menggorenglah pulak dengan minyak...takan goreng dengan air pulak....haaaa. Dah siap dah...bolehlah dihidangkan untuk berbuka puasa....sedap tak? mestilah sedap sebab licin dorang makan...!!
Haaaa....muka ada happy sebab dapat selfie dengan resepi Roti Sardin Roll ciptaan nenek. Kalau uoll nak tau Seri Wangi membeli bahan-bahan basah dan kering di SEGIFRESH. Semua barangan dapur di SegiFresh memang sangat murah, apatah lagi sangat menjimatkan patutlah ramai peniaga-peniaga di bazar Ramadhan, pasar malam, peniaga kuih muih dan suri rumah suka berbelanja di SEGIFRESH. Kalau uoll nak tau resepi Roti Sardin Roll yang Seri Wangi masak adalah menggunakan Sardin Trader's Choice sangat sedap.
Kalau uoll nak tau lebih lanjut tentang SegiFresh:
INSTAGRAMhttps://www.instagram.com/segifreshmarket/
FACEBOOKhttps://www.facebook.com/Segifresh/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2019/05/resepi-roti-sardin-roll-untuk-berbuka.html