Berbuka Puasa Dengan Nasi Goreng Sardin Crown S Choice
NASI GORENG.BILA BERCAKAP TENTANG NASI GORENG TENTU RAMAI YANG SUKA MAKAN NASI GORENG. TAK KIRALAH NASI GORENG BIASA ATAUPUN TAK.
Nasi goreng punya pelbagai macam variasi rasa.Nasi putih dicampur dengan pelbagai rencah yang ditumis, kemudian digoreng sehingga semua bahan dan rasa menyatu. Jadi, sebab itulah nasi goreng mempunyai rasa yang cukup enak dan memikat selera!
Tak dinafikan,nasi goreng menjadi pilihan masakan yang paling disukai oleh kebanyakan wanita, termasuklah Sis time nak cepat atau tak ada mood nak masuk dapur!
Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak Nasi Goreng Sardin Tapi hari nie bukan malas nak masuk dapur, tapi demi memenuhi permintaan anak-anak yang teringin nak makan nasi goreng sardin untuk berbuka puasa.Jadi, sis masaklah nasi goreng sardine sebagai menu berbuka petang tadi. Kebetulan pula, dah bershopping sakan di Segi Fresh Market.Macam-macam Sis beli.
Tadaaaaa... dah siap pun Nasi Goreng Sardin Crown;s Choice. Sedap tau....Korang pernah shopping kat Segi Fresh tak? Sebenarnya Sis pun baru pertama kali singgah di sini. Ada kawan rekomendkan beli barang dapur murah kat Segi Fresh yang ala-ala pasar borong nie.Patutlah harga yang ditawarkan cukup menjimatkan.
Memandangkan barang-barang basah seperti ikan, sotong, ayam dan daging masih banyak lagi peti sejuk, Sis tak belilah walaupun harganya cukup ‘mengancam’.
Stok barang-barang kering yang Sis beli kat Segi Fresh. Meriah...kan?
So, Sis hanya stok makanan kering untuk sahur dan berbuka puasa.Memang excited nak membeli bila barang tu murah dan berkualiti. Kalau korang belum pernah bershopping kat Segi Fresh, bolehlah singgah.Antara barang kering yang Sis beli selain Sardin Sedaap, Sardin Ikan Brand, Sardin Crown’s Choice ialah Longan dan Lychess Traders Choice,Bihun Berkat,Chocolate Malt Drink dan banyak lagi.Betul-betul semangat Sis bershopping kali nie.
Nikmatnya... Instant Premix Coffee (3 in 1) Segi Fresh Biasanya kalau tak masa sahur, lepas solat terawih Sis suka minum air panas dan makanlah apa-apa yang ringan.Macam roti yang disapu jem.Masa shopping kat Segi Fresh tu, Sis ternampak Instant Premix Coffee 3 in 1 dan juga jem buah-buahan campuran. Teringin nak cuba, so belilah.Bila dah try, oklah jugak rasanya, boleh diterima oleh tekak.Kalau dah habis nanti, maknanya boleh beli lagilah Premix Coffee 3 in 1 Segi Fresh nie.
Nampaknya barang-barang yang Sis beli tu cukup untuk stok dua minggu sepanjang Ramadan.Ingat petang nanti nak buat air longan Vs lychee pulak.Kalau tak berbuka puasa kat luar hari nie, masak Bihun Berkat tu pun ok, kan… Wahhh… awal pagi lagi dah buat perancangan tuk menu berbuka puasa. Hahaha…
Okaylah, Sis tak mahu berceloteh panjang lagi. So, korang yang masih belum beli kelengkapan dapur untuk minggu nie, Sis sarankan shopping lah kat Segi Fresh. Berbaloi dan lebih jimat gitu.
Nak tahu lebih lanjut, korang kenalah follow sosial media dorang.Senang nanti nak tahu maklumat atau diskaun-diskaun yang ada.
Laman web : http://segifresh.com
Ig : www.instagram.com/segifreshmarket
Fb : www.facebook.com/segifresh
Sekian untuk kali ini. Jumpa lagi di catatan akan datang.Jom Shopping di Segi Fresh!
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2019/05/berbuka-puasa-dengan-nasi-goreng-sardin.html