Resepi Roti Sardin Gulung Super Sedap Yang Orang Lain Tak Tahu


Dengan Bismillah,
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Setuju ke tidak kalau saya katakan, menu atau hidangan yang kita sediakan kat rumah, kebanyakannya yang suami dan anak-anak suka, yang selalu kita repeat banyak kali, adalah menu campak-campak dan tersangatlah simple yang orang luar pun tak sangka.Mungkin orang akan kata, roti sardin simple macam tu pun depa kata sedap? haha. Ekau jangan memandaii. Belum cuba belum tahu okey

Roti Sarrdin versi macam ni memang dah jadi favourite seumur hidup suami, anak, mak dan pak mertua. Syukur Allah bagi saya peluang boleh buat hidangan yang mudah bagi saya, dan dapat gembirakan suami dan keluarga mertua. Dia ibarat roti sardin for life.haha

Roti Sardin yang saya nak share resepinya hari ini, bukanlah hidangan rare atau ekslusif sampai korang tak dapat jumpa kat mana-mana.Tapi mungkin ini resepi yang paling korang kena cuba sebab setakat yang saya pernah sediakan untuk jamu ahli keluarga, ia memang tak mengecewakan.gituu

Jom, saya tunjuk macam mana saya buat roti sardin Super sedap ni. Yang pasti, ada bahan dan cara yang saya buat, mungkin korang tak pernah terfikir ianya menjadi.Thanks me later.
Cara Buat Roti Sardin Gulung Dengan Inti Yang Mudah Dan SedapSumber resepi : Blogger Cik Matahariku
Bahan-bahan Inti Roti Sardin Gulung:Satu bungkus roti Gardenia pack JumboSatu tin Sardin ( tak kisah brand apa pun )Sebiji bawang besar ( dipotong dadu )Satu ulas bawang putih ( diracik halus )Satu inci halia ( diracik halus ) untuk kurangkan/ hilangkan bau hanyir sardin.6-8 tangkai cili padi ( dihiris halus ) kalau tak suka pedas kurangkan )2 biji telur ( digunakan sebagai bahan inti )Sedikit minyak untuk menumis
Bahan-bahan Goreng Roti SardinRoti sardin yang dah siap digulungDua biji telurSecubit garamTiga sudu tepung jagungdua sudu air masakMinyak untuk mengoreng
Cara Menyediakan Roti Sardin Gulung Extra Sedap
Bahan-bahan nak buat roti sardin gulung yang extra sedap.Saya letak halia yang diracik halus dalam 1 inci.Tujuannya nak kurangkan/hilangkan bau sardin yang kadang ada orang tak gemar. Kalau sep kita, asal sardin sume sedap.kihkih

kita goreng atau tumis sekejap bawang dan bahan-bahan yang seangkatan.Ada sesetengah orang, inti sardin ni depa buat tanpa dimasak, tapi bagi saya kena masak sekejap sebab nak ambik bau bawang nan sodap dan manis tu. Lagi satu, family saya suka pedas. kita letak cili lebih.Jadi bila masak sekejap, nak bagi cili tu layu sikit.

Bila kita masukkan isi sardin, jangan tuang semua sos dia. kita nak inti sardin yang sedikit kering.kalau kita masukkan semua, nanti inti sardin jadi berkuah. sedang elok camni

Taraa.Ini satu lagi tips dan cara nak bagi inti sardin gulung ko jadi super sedap dari biasa.Kita pecahkan dua biji telur gred C dan biarkan seketika sebelum kita kacau bagi sebati dengan inti sardin tadi. Ko masak sampai inti sardin kering dan bolehlah angkat dan masukkan dalam bekas yang sesuai.

Inti Sardin yang dah siap.Kalau dah kering camni, bolehlah kita masukkan inti dalam roti dan gulung cam biasa.Memandangkan kita buat sendiri, haruslah kita letak inti extra dalam gulungan roti kann.

Yang ini roti sardin gulung versi comel sikit.Kadang saya goreng roti sardin ni dengan menggunakan bancuhan telur, tepung jagung dan sedikit air dan garam. Tujuannya supaya roti sardin kita kurang berminyak dan lebih rangup di luar

Roti Sardin Gulung hidangan breakfast atau Minum Petang yang Menyelerakan.Yup, sesiapa yang suka roti gulung sardin ni memang tak dapat nafikan betapa enaknya roti sardin yang lembut dengan inti sardin yang sedap. Saya ada baca satu perkongsian di blog orang lain, dia guna resepi ni untuk jamu orang masjid, ramai yang puji roti sardinnya sedap.Jadi, kita tumpang happy, walaupun orang tak tahu pun itu resepi kita.heh. Korang boleh baca post beliau di entri ini : Roti sardin untuk jamu orang masjid berbuka puasa- 
Orait, selamat mencuba. Kalau korang suka resepi-resepi yang saya kongsikan, jemput search di blog ini dengan tag "Resepi Cik Matahariku" atau "Resepi Homemade". Ada banyak menu yang saya dah cuba buat dengan resepi yang mudah dan pasti sedap.InshaAllah.
Cik Matahariku,Kadang kita tak terfikir pun, buat hal kecil yang mudah dan murah, tetap juga ada nilai dan ganjaran di sisiNya.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://cikmatahariku.blogspot.com/2025/11/resepi-buat-roti-sardin-gulung-super.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Snek Ceri Tomato Cheese Kudapan Sihat Sedap Yang Super Mudah Disediakan

Snek Ceri Tomato Cheese Kudapan Sihat Sedap Yang Super Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 128 hits
Kalau anda jenis yang suka kunyah kunyah sambil bekerja menonton drama atau sekadar mengisi masa lapang di rumah resipi ini memang wajib cuba Snek Ceri Tomato Cheese bukan saja mudah dibuat malah sangat ringan sihat dan memberi rasa rangup ...
Pisang Keju Roti Sardin Restoran 7 Beradik

Pisang Keju Roti Sardin Restoran 7 Beradik

papar berkaitan - pada 25/11/2025 - jumlah : 168 hits
Assalamualaikum WBT DUA hari berturut turut Sk bawa bekal nasi untuk makan tengahari Semalam bawa nasi putih ayam goreng seketul dan nugget seketul ingat nak pergi kantin beli kuah dan sayur tapi akhirnya makan gitu gitu aje sebab malas nak...
Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

Popia Roti Sedap Rangup Resipi Mudah Guna Lebihan Roti Sandwic

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 214 hits
Popia Roti Sedap Rangup Sedapnya popia roti Ia merupakan idea sajian mudah dan sedap yang anda boleh hasilkan menggunakan lebihan roti sandwic atau roti sosej Makan panas panas memang terbaik pasti licin Jika tak habis boleh juga disejukbek...
Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya

Resipi Roti Jala Sedap Ikut Sukatan Adunan Ni Memang Perfect Lembut Hasilnya

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 218 hits
Roti jala memang antara hidangan tradisional yang sering menjadi pilihan ramai terutama sekali bila dihidang bersama kari ayam atau daging Namun bila nak buat dalam jumlah banyak ramai yang keliru dengan sukatan bahan Jangan risau Kali ini ...
Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja

Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup Dan Sedap Dimakan Begitu Saja

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 254 hits
Dengan Bismillah Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Resepi Cucur Sayur Bilis Lebih Rangup dan Sedap Dimakan Begitu Saja Alhamdulillah Dah lama saya teringin nak kongsi dalam Blog ini resepi cucur sayur terbaharu yang saya dapat dan saya da...
Makanan Ringan Paling Sedap Ketika Menonton Movie Dan Di Hidangan Kepada Tetamu Di Rumah

Makanan Ringan Paling Sedap Ketika Menonton Movie Dan Di Hidangan Kepada Tetamu Di Rumah

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 237 hits
Menonton movie atau melayan tetamu di rumah memang lebih seronok kalau ada makanan ringan yang sedap di tangan Tak kisah sama ada tengah layan filem aksi drama romantik atau sekadar borak santai dengan kawan makanan ringan memang wajib ada ...
Resipi Sambal Kicap Johor Sedap Tahan Lama Cicah Apa Pun Memang Padu

Resipi Sambal Kicap Johor Sedap Tahan Lama Cicah Apa Pun Memang Padu

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 204 hits
Resipi Sambal Kicap ni memang padu Andai ke Johor macam macam makanan boleh dicicah dan dicampur dengan sambal kicap ni Pisang goreng sukun goreng tempe goreng malah makan bersama bihun sup atau soto pun memang sedap Nak buat pun tak susah ...
Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa Msg Sihat Mudah Dihasilkan

Meatball Homemade Sedap Menyengat Tanpa Msg Sihat Mudah Dihasilkan

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 239 hits
Makanan segera sejuk beku kurang baik untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan lemak garam yang tinggi serta pengawet Oleh itu anda boleh cuba hasilkan makanan makanan secara homemade untuk sajian keluarga Salah satu yang boleh dicuba i...
Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

Resipi Kuih Abok Abok Sedap Mudah Kuih Tradisional Paling Diminati

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 265 hits
Kuih Abok Abok adalah antara kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai Hanya menggunakan bahan bahan yang ringkas kuih ini menjadi pilihan terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang Kalau dapat makan masa masih panas mema...
10 Maut Dalam Insiden Tembakan Di Bondi Beach Sydney Laporan

Majlis Anugerah Setanding Annual Dinner Sahaja Senarai Penuh Pemenang Abpbh 37

Albert Tei S Lawyer To Give Statement To Police Today

Hati Hati Dengan Call Scammer Jenis Tak Bercakap

Asyraf Wajdi Dedah Uec Bukan Syarat Untuk Masuk Universiti Di China

Guardian Malaysia Perkenalkan My40 Rewards Sokong Gaya Hidup Sihat Berkeyakinan Selepas Usia 40

Kisah Fiksyen Seram Malaysia Gadis Putih Di Tasik Biru Kundang

Jasa Besar Dr Yahya Awang Diiktiraf Terima Ijazah Doktor Kehormat Universiti Monash


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


5 Jenis Baka Kambing Yang Perlu Anda Tahu

Keladi Urat Daging Merah Ramai Terpesona

Apa Hukum Makan Katak

Isnin Permulaan Hari

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online