Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap Dan Mudah Di Sediakan Di Rumah


 As Salam,
Resepi Rendang Kerang Yang Sedap dan Mudah Disediakan Di Rumah-Yeahh. Kita sudah berada di Syawal ke-9 hari ini.Sekejap betul rasanya.Padahal puasa sunat enam syawal baru buat dua hari.Nampak nau fefeling raya ko tak habis lagi kann. Mood nak beraya, memang tak dapatlah kan.Sudahnya ambik mood raya kat makanan jelah.Lepas tu bising kata tak kurus-kurus.Den lah tu.


Rendang Kerang yang Sangat Sedap versi Cik Matahariku. Saya dan keluarga penggemar masakan pedas, jadi rendang kerang ini memang versi yang pedas tapi tetap sodap.heh

Sebenarnya rendang kerang bukanlah menu utama di rumah saya.Bila si Ayah request buat breakfast hari esoknya dengan Nasi Lemak dan Rendang kerang, anak-anak elok pulak bertanya, rendang kerang tu camno mama? Saya pernah kongsi sebelum ini, masakan rendang ibarat menu ekslusif di rumah saya sebab hanya jika ada perayaan atau permintaan sahaja baru saya memasaknya.ceh.


Selalunya jika saya dan Encik Suami breakfast diluar, dan bila kami makan nasi lomak, kami memang akan ambil rendang kerang bersama sambal nasi lomak.Alhamdulillah, walaupun PKP, moment makan nasi lomak bersama rendang ayam tetap dapat saya sediakan untuk Encik Suami tersayang.ewahh.kemain ko


Tapi kali ini saya berbesar hati untuk menyediakan rendang kerang sebab memang saya juga menyukai rendang kerang yang dimakan bersama Nasi Lomak.Hal anak-anak yang tak biasa makan rendang kerang ni, saya dah sedia buat back up dengan masakkan juga untuk depa Sambal tumis ikan bilis.Jadi, biar saya kongsikan dulu resepi saya buat rendang kerang yang sedap yak amat ( sebab saya sendiri yang masak.haha.)


Gambar ini tatkala rendang kerang masih sedang dimasak.Kuah rendang pun masih belum memekat.Masa ni aroma rendang dah tersebar ke pelusuk alam rumah saya.Sapa yang masih tido, boleh terbangun lah dibuatnya.haha


Resepi Rendang Kerang Yang Sangat Sedap dan Mudah Disediakan
Sumber resepi : Cik Matahariku
Bahan-bahan :
1 kilo kerang yang dah sedia direbus. ( Saya guna kerang yang instant dah buang kulit bagai )
Setengah cawan santan ( saya guna santan Kotak brand Kara )
4 sudu makan kerisik
3 sudu makan cili kering yang dah sudah blend.( Kalau suka pedas, boleh letak lebih )
Garam, gula secukupnya.
Asam keping ( 2 keping kecil )
Air suam/ air masak 1 cawan
Bahan-bahan untuk dikisar :
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10-15 tangkai cili padi ( kalau suka pedas )
2 batang serai
1 labu bawang besar ( dihiris)
Daun limau purut dan daun kunyit yang secukupnya ( dihiris )
Minyak masak yang secukupnya.


Gambar ini apabila kuah rendang dah memekat dan terbit minyak.Masa ni dah boleh tutup api dan angkat rendang kerang untuk dihidang :)

Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah.Saya bukanlah pandai sangat masak, tapi bolehlah jika masak untuk keluarga dan anak-anak.heh.Bila resepi atau masakan yang saya sediakan sedap, saya akan cuba usahakan untuk dikongsikan bersama pembaca blog supaya jika ada kalangan readers yang baru nak belajar buat rendang kerang, mereka boleh dapatkan resepi dan caranya di Blog Cik Matahariku :)

Cara Menyediakan Rendang Kerang Yang Sedap di Rumah
1. Cuci dan toskan kerang yang sudah direbus.


2. Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang besar. Biarkan sehingga naik bau.


3.Masukkan bahan-bahan kisar.Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan cili kering blend. Biarkan seketika hingga sebati dan terbit minyak.


4. Masukkan kerisik dan santan juga air suam atau air masak. Diikuti asam keping.Biarkan seketika hingga sebati.Akhir sekali masukkan kerang yang sudah direbus.


5.Bila kuah rendang dah semakin pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut.


6.Biarkan rendang sehingga kuah memekat, hingga terbit minyak.Gunakan api sederhana atau kecil sahaja.Masak rendang ini tidaklah perlu lama seperti kita masak ayam atau daging.Lagipun kerang dah sedia direbus jadi kita hanya masak kerang untuk sebatikan rasa rendang dan hingga dapat kuah yang pekat.


7.Bila kuah dah pekat, dah terbit minyak, bolehlah diangkat rendang kerang dan dihidang.


Selamat mencuba guys!










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2021/05/resepi-rendang-kerang-yang-sangat-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Koleksi Resipi Pastri Sedap Mudah Boleh Cuba Buat Di Rumah

Koleksi Resipi Pastri Sedap Mudah Boleh Cuba Buat Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 436 hits
Selain pelbagai jenis manisan hidangan berasaskan pastri selalunya menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika hari raya Paling digemari ramai tentunya pastri manis Dihasilkan dengan pelbagai rupa dan rasa yang enak hidangan ini tentunya memik...
Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

Senarai Resepi Biskut Raya Sedap Dan Mudah Tak Perlu Guna Yis

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 909 hits
Assalamualaikum Hi Semua Musim perayaan masih berlangsung meskipun tidak semeriah dahulu Namun kemenangan ini setelah berpuasa sebulan di bulan ramadhan tetap harus diraikan Mungkin berbeza tidak seindah dahulu namun insya Allah semoga semu...
5 Resepi Pasta Sedap Boleh Cuba Untuk Raya

5 Resepi Pasta Sedap Boleh Cuba Untuk Raya

papar berkaitan - pada 11/5/2021 - jumlah : 390 hits
Hari Raya kini tiba lagi Sekejap saja rasanya telah hampir berakhir tempoh puasa sebulan Walaupun sedang berada dalam tempoh PKP tak bererti kita tidak boleh sambut raya 1 Syawal elok disambut cuma jika dulu meriah dengan kehadiran saudara ...
Datin Paduka Eina Azman Kongsi Resepi Nasi Tomato Amp Acar Sedap Hingga Jilat Jari

Datin Paduka Eina Azman Kongsi Resepi Nasi Tomato Amp Acar Sedap Hingga Jilat Jari

papar berkaitan - pada 10/5/2021 - jumlah : 370 hits
Kamu sudah fikirkan menu apakah yang akan dihidangkan pada hari raya nanti Kalau belum fikir dan tak tahu nak hidangkan menu apa di pagi raya apa kata kamu cuba resepi Datin Paduka Eina Azman yang ini Tak gunakan banyak bahan serta mudah di...
Nasi Mandy Campak Campak Resipi Ringkas Sangat Mudah

Nasi Mandy Campak Campak Resipi Ringkas Sangat Mudah

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 340 hits
Sajian Timur Tengah seperti Nasi Mandy ni sudah menjadi menu kegemaran rakyat Malaysia Ramai yang menggemari hidangan ini tidak kira tua atau muda Namun ada juga yang risau nak masak sendiri Nasi Mandy kerana merasakan ia susah untuk dimasa...
Perdana Menteri Australia Beri Resepi Masak Rendang Sedang Wabak Covid19 Melanda

Perdana Menteri Australia Beri Resepi Masak Rendang Sedang Wabak Covid19 Melanda

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri Australia Scott Morrison memasak rendang Facebook Scott Morrison Perdana Menteri Australia Scott Morrison nampaknya mempunyai masa untuk berehat Scott Morrison berkongsi salah satu aktivitinya di akaun media sosial Facebook ...
Masa Baby Nangis 24 Jam Sampai Mommy Buntu Dah Besar Naira Mudah Sangat Dijaga

Masa Baby Nangis 24 Jam Sampai Mommy Buntu Dah Besar Naira Mudah Sangat Dijaga

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 279 hits
Setiap anak dilahirkan dengan sifat dan perangai yang berbeza Daripada anak sulung hinggalah yang bongsu masing masing mempunyai sikap berlainan Ini normal dan pasti akan dilalui oleh semua ibu bapa Sebagai contoh ada bayi yang mudah dijaga...
Mimpi Rumah Yang Sangat Besar

Mimpi Rumah Yang Sangat Besar

papar berkaitan - pada 18/5/2021 - jumlah : 441 hits
Selama ni mimpi ada rumah besar Sekadar keluar masuk rumah Tak pernah nampak detail sangat dalam rumah Tapi semalam dapat tengok sejelas nya di dalam rumah Rumah saya terlalu besar Lebih besar dari sebuah negara Berbillion bilik kat rumah t...
Homemade Tokoyaki Yang Mudah Sedap Berbaloi Buat Ni

Homemade Tokoyaki Yang Mudah Sedap Berbaloi Buat Ni

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 215 hits
Buat Tokoyaki sendiri macam tak percayakan Tapi ini bukan mustahil kerana Puan Liza ni dah buat dan menjualnya lebih sembilan tahun Malah beliau sudi pula berkongsi resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah Moga perkongsian resipi ini menj...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti