Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Rangup Dan Mudah Disediakan


As salam,
Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap Dan Mudah Disediakan- Cuti sekolah ni, tak habis-habis buat stok makanan untuk anak beranak kat rumah ni.Nampak nau family saya ni ahlinya asyik makan saja.Tengok badan pun tahu.haha

Popia Goreng Inti Sayur yang intinya sangat sedap, popianya pula rangup

Sebenarnya bukan sebab tu sahaja, kebetulan pula sejak awal cuti sekolah, rumah saya tak berhenti dikunjungi saudara mara yang datang bercuti ke PD.Alang-alang depa dah sampai PD, haruslah kami pelawa singgah ke rumah kan.Ada juga yang memang rancang untuk datang dan menziarah kami.Maklumlah sejak masuk rumah baru, tak buat-buat lagi house warming.ahaks.Kira setel lah bila kami jemput mereka semua datang dan singgah ke rumah jika berkesempatan.Al Hamdulillah:)

Jadi, bila ada stok makanan kat umah, kita tak kelam kabut nak terima tetamu kan.semuanya dah ready.Saya pula suka sediakan hidangan ringkas seperti popia sayur, karipap, roti sardin gulung, donut dan apa sahaja yang simple-simple sebagai side dish jika ada tetamu datang rumah

Popia inti sayur ni memang senang nak sediakannya, tapi kalau aura malas ko tengah datang, buat apa pun tak jadi kann.mueheh.samalah kita:)
Orait, jika korang readers "tetap dan berpencen" blog ini, pasti korang dah jumpa banyak resepi dan cara mudah sediakan popia goreng ni kan.Inti sayur yang saya kongsikan cara membuatnya pun saya dah share dalam blog.Tinggal korang je, entah buat ke idak ikut resepi yang saya kongsi tu.heh

Resepi Popia Goreng Inti Sayur Yang Sedap, Rangup Dan Mudah Disediakan
Marilah kita belajar buat inti popia sayur yang sedap secara berjemaah.kiki. Antara bahan yang saya gunakan untuk buat inti popia sayur ialah timun, carrot, sengkuang.Bahan tumis intinya pula bawang merah, bawang putih, udang kering atau ikan bilis dan juga telur.Paling penting ialah ko mesti ada kulit popia itu sendiri dan juga sagat sayur.Sagat tu boleh cari kat DIY atau mana-mana kedai "murah" dengan harga dalam RM5-RM6 sahaja

Kalau nak elakkan sayur cepat berair, sagat dulu carrot, sengkuang kemudian akhir sekali timun.Kalau bajet lebih, boleh juga guna timun jepun.Kalau korang guna timun biasa macam dalam pic tu, pastikan sagat setakat isi dia sahaja, jangan sampai sagat biji dia.Tujuannya supaya popia kita akan kekal rangup bila di goreng nanti

Bahan tumis ni sebenarnya ikut kita.Ada orang tak makan udang kering sebab alergik, jadi boleh ganti dengan ikan bilis.Kali ini saya bajet lebih, semua sekali saya belasah.haha

kulit popia pula sebenarnya tak kisah brand apa pun, yang jadikan popia kita sedap dan rangup,bukan dari kulitnya, ia datang dari intinya dan cara penyediaan inti.InshaAllah, kalau betul caranya, popia kita akan menjadi popia paling sedap kat dunia.ecehceh.gitu sekali

Ni macam gambar ulangan kann.hihi.Yang atas tadi takde pic telur, kali ini baru teringat telur.Telur ni antara tips nak bagi inti popia sayur kita jadi ada rasa lemak sikit selain rasa sayur kann.Barulah ngam kat tekak.Ceh gitu

Taraa.Tiba-tiba dah siap inti sayur kita. hihi. Saya ada share kat entri yang lain cara masak inti popia
Boleh search kat blog ni ya

Time masak inti popia sayur ni, tak payah lama sangat atas dapur.Cukup sekadar bahan tumisan dah naik bau, perasakan, masukkan telur dan akhir sekali masukkan sayur.Kacau bagi rata semua sayur, then tutup api dan angkat.Masukkan dalam bekas bertapis untuk sejatkan air.( jika sayur berair).Masa ni saya masukkan terus dalam bekas biasa sebab sayur yang ini kering sahaja.Tips tak nak sayur mudah berair, bahan tumis tu tumbuk kasar sahaja, tak payah blend

Orait, boleh check entri kat sini, untuk dapatkan resepi lengkap dan cara bergambar buat popia goreng inti sayur yang sedap.

Resepi Mudah Popia Goreng Inti SayurCara Buat Inti Popia sayur Yang Sedap dan MudahTips Pastikan Popia Sayur Kekal Rangup 
Apapun, terpulang kepada cara pilihan sayur yang korang suka.Ada orang tak suka timun atau sengkuang.Tapi bagi saya, elakkan guna taugeh dalam inti popia kita sebab taugeh ni cepat mengecut apatah lagi kalau kita frozenkan dia.Bila taugeh mengecut, ia akan menyebabkan popia kita jadi kurang enak

popia goreng kekal rangup dan kulitnya licin selepas di goreng kerana cara menggoreng dengan api perlahan, minyak yang sederhana banyak dan setiasa di kaup balik dalam kuali.InshaAllah

Selamat mencuba semua, sila tinggalkan komen jika korang dah mencuba ya:)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://cikmatahariku.blogspot.com/2019/12/resepi-popia-goreng-inti-sayur-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 802 hits
Cara Buat Dan Masak Resepi Mee Goreng Basah Sedap Dan Mudah Berikut dikongsikan panduan dan langkah satu per satu untuk menyediakan yang diperkatakan ini semoga ianya mudah untuk difahami dan senang dipelajari Olahan Cik Puan Hajar Cara Bua...
Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 1087 hits
As Salam Cadangan Kudapan Atau Minum Petang Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah Tak tahulah style family korang macam mana tapi jika ada readers blog ini yang mempunyai citarasa sama atau lebih kurang dengan family saya ada beberapa me...
Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap Dan Pedas Pasti Membuka Selera

Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap Dan Pedas Pasti Membuka Selera

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 834 hits
As Salam Resepi Mudah Masak Ikan Siakap Tiga Rasa Yang Sedap dan Pedas Pasti Membuka Selera Cuti sekolah dan memang sudah dijangkakan oleh mak mak se Malaya Masuk dapur sehari dekat empat ploh kali kiki Masak makan habis masak lagi Ayah dep...
Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu

Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 982 hits
As Salam Resepi Donut Kentang Yang Mudah Sedap Lembut Dan Menjadi Gebu Bersyukur dengan cuti sekolah yang sedang saya nikmati moment yang paling saya suka ialah apabila saya boleh 24 jam dalam rumah sendiri dan boleh buat apa sahaja yang sa...
Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 1275 hits
Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Siapa tak suka makan ayam kan Ayam mudah di masak dan dipelbagaikan resepinya Dan salah satu resepi mudah adalah buat ayam goreng kunyit Kali ini saya nak kongsikan Ciri ciri ayam goreng kunyit ala Thai ad...
Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

Suka Makan Tat Keju Ini Resepi Mudah Anda Boleh Cuba

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 401 hits
Pastri yang rangup serta inti yang gebu berkrim pastinya menjadikan tat keju ni sangat enak serta tak puas dimakan Memang layan Rasanya pun tidak terlalu manis dan tak muak Jom cuba BAHAN PASTRY 170gm butter 50gm gula aising 1 biji telur gr...
Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

Nasi Goreng Ikan Goreng Yang Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 735 hits
Sejak mendengar video oleh Dato Dr Nordin Darus mengenai persediaan menjalani hari hari tua saya sebaik mungkin mahu mengelak dari mencari masalah yang sepatutnya boleh dielakkan Saya cuba manage hati ini supaya sentiasa tenang Salah satu c...
Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin Lebih Sihat Amp Sedap

Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin Lebih Sihat Amp Sedap

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 831 hits
Mushroom soup boleh dikatakan antara menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai Bukan sahaja kanak kanak malah orang dewasa juga amat menggemari sup cendawan pekat ini Namun penting untuk kita elakkan untuk selalu makan mushroom soup ...
Pernah Makan Biskut Tapai Goreng Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Pernah Makan Biskut Tapai Goreng Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 776 hits
Pernah makan biskut tapai goreng Anda harus mencuba membuat biskuit tapai goreng yang sangat sedap lain dari yang lain Teksturnya rangup di bahagian luar dan lembut di dalamnya Cara membuatnya sangat mudah bahan bahannya juga sangat mudah d...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization