Resepi Mudah Masak Nasi Ayam Penyet
Salam to all readers,
Memandangkan kita masih dalam CMCO dikehendaki duduk rumah, jangan keluar. So, seperti biasalah aku kena masak sendiri untuk mengisi perut. Dah lama sangat tak makan ayam penyet. Alang-alang duit BPN dapat semalam, pagi tadi singgah groceries kejap cari barang nak masak nasi ayam penyet untuk dijamu waktu tengahari. Nak kepetang jugalah dapat siapkan memandangkan nak masak kena ambil turn. hehe..
Nasi ayam penyet ini dia punya main dan sambalnya sahaja. Nasi makan nasi putih tu je. So tak renyah mana pun. Macam biasalah aku tanya mak aku resepinya, walhal mak aku pun google juga. Orang share ini banyak benor kaedahnya, aku paling suka yang paling simple. So mak aku screenshort la bagi aku. Bahan-bahannya mostly memang dah ada, cuma yang tak ada hanya serai, dengan daun bay kalau tak silap aku. Jalan sahajalah guna bahan yang ada.
RESEPI MUDAH MASAK NASI AYAM PENYET
Bahan A (Sambal)
💗 10 biji cili merah (buang biji)
💗 10 biji cili padi
💗 3 ulas bawang putih
💗 3 ulas bawang merah
💗 2 biji tomato (buang biji)
💗 2 inci belacan
💗 garam dan perasa (ajinamoto)
💗 sedikit minyak
Cara-cara masak Sambal Ayam Penyet
Langkah 1: Kisar semua bahan sedia ada (kecuali garam dan perasa). Nak senang blend sahaja, tak sampai 10 minit siap.
Langkah 2: Panaskan minyak, curahkan bahan-bahan yang dikasar. Tumis sehingga naik minyak. Kacau-kacau bubuh garam dan perasa sikit.
Langkah 3: Kacau sehingga menggelegak, sesuaikan rasa. Sedap dah boleh angkat. Sambal ayam penyet siap!
Bahan B (Penyediaan Ayam)
💗 2 ketul ayam (whole leg) / aku bantai pakai drumstick je. Mana ayam yang ada
💗 3 batang serai (skip sebab tiada)
💗 2cm lengkuas
💗 2cm halia
💗 2cm kunyit
💗 3 ulas bawang merah
💗 2 helai daun bay
💗 1 kiub ayam
💗 garam
💗 air secukupnya
Cara-cara Penyediaan Ayam Penyet
Langkah 1: Kisar serai, lengkuas, halia, kunyit, bawang bersama, kisar kasar sudah memadai.
Langkah 2: Ambil periuk isikan air secukupnya untuk rebus ayam.
Langkah 3: Masukkan bahan-bahan dikisar tadi ke dalam periuk tersebut. Kemudiaan diikuti dengan memasukkan daun bay, garam, kiub ayam. Dah masukkan segala perencah baru masukkan ayam. Makesure air rebusan ayam korang padu okay.
Langkah 4: Setelah ayam masak, keluarkan ayam tersebut dan ketepikan dulu. Ambil tapis asingkan serdak air rebusan ayam tadi (air dan bahan dikisar) Asingkan siap-siap sebab kita nak guna air tersebut.
Bahan C: Ending Penyediaan Ayam Penyet
💗 1 cawan tepung beras
💗 air rebusan ayam
💗 ayam yang direbus
💗 tempe atau tahu (kalau ada)
Cara-cara Melengkapkan Ayam Penyet
Langkah 1: Ambil 1 bekas sederhana besar bubuh air rebusan ayam tadi diikuti dengan memasukkan 1 cawan tepung beras. Gaul rata-rata.
Langkah 2: Setelah sebati, panaskan minyak. Celup ayam dalam air rebusan yang telah dicampur dengan tepung beras dan gorengkannya sehingga naik warna keemasan. make sure guna api sederhana.
Langkah 3: Kalau ada tempe / tauhu guna kaedah ini untuk menggorengkannya.
Siap untuk dijamu!!
Bahan D (Aksesori)
💗telur masin
💗kacang panjang
💗timun, salad, tomato pun boleh
Siap untuk dimakan! So nyummmy...
Kalau taknak nampak nasi ayam penyet korang tu tak berseri, bolehlah hiaskan sedikit dengan sayur-sayuran. Nampaklah grand sikit! Mudah je bila dah tahu buat ini. Bolehlah siapa yang nak cuba buat hujung-hujung minggu. Weekday aku buat tak siap pula kerja office aku nanti.
Kredit resepi dari: Blog Malina Lina
Thanks you for reading!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.missazwarsyuhada.com/2020/10/resepi-mudah-masak-nasi-ayam-penyet.html