Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap
Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah, Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap | Mee kari semestinya menu kesukaan semua rakyat Malaysia. Walaupun terdapat pelbagai variasi masakan untuk resepi mee kari. Bagi sis, kalau yang simple dan sedap boleh masuk tekak tu memang boleh terima dah. Kalau cukup semua bahan letak udang dan kerang semua tu memang kuah mee kari paling tersedap bila makan. Sebab itu bila rancang nak masak mee kari sedap ini, kalau boleh beli bahan semua cukup untuk masak kuah mee kari.
Lagi satu untuk topping mee kari ini, kadang - kadang letak ikut mana ada stok. Sebab banyak bahan nak topping mee kari ni kan, potong itu, potong ini.
Resepi yang selalu sis ambil dari resepi mee kari azie kitchen. Banyak kali dah guna resepi ni. Kak Azie ni memang power bab masak- masak. Orang Kelantan juga.
Mee kari sedap bergantung kepada kuah mee kari yang disediakan. Macam - macam orang kongsi tips nak bagi sedap kuah mee kari. Kuah mee kari tak boleh terlalu pekat dan terlalu cair. Ini tips untuk kuah mee kari yang lebih sedap.
Tips Untuk Kuah Mee Kari Yang Lebih SedapSemuanya bergantung kepada bahan - bahan yang dimasukkan untuk buat kuah mee kari.
1. Kalau nak lagi sedap masukkan isi kerang.
2. Masukkan udang kering
3. Masukkan ubi kentang lecek di dalam kuah fungsinya untuk memekat sikit
4. Yang paling penting dalam menyediakan kuah mee kari kena buat stok udang. Isi udang hidup pun dikisar sekali. Itu yang menyedapkan kuah mee kari.
Untuk topping mee kari pula, terpulang kalau cukup semua bahan lagi sedap. Ada yang masukkan tauhu goreng. Ada yang masukkan tauhu kering goreng.
Untuk resepi kak azie ni dia gunakan isi kerang dan ayam. Kuah pun lagi sedap sebab ada isi kerang. Kalau tak ada kerang pun ok jugak. Tapi yang penting kena buat stok udang tu ya.
Ok, ini resepi mee kari simple dan mudah ya.
Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah Dan Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap
Bahan bahan:1/2 ekor ayam - di potong kecil6 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air)1 keping asam keping2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml)5 cawan stok udang 1 kg isi kerang atau lebih ( nak ganti dengan hirisan ayam pun boleh ) 1/2 cawan minyak masak 2 keping fishcake- hiris nipis10 ketul fish ball- belah 21 biji kentang - rebus dan tumbukGaram dan sedikit gulaAir secukupnya
Bahan Kisar6 ulas bawang merah1 labu bawang besar4 ulas bawang putih1/2 inci halia2 sudu besar cili kisar (boleh juga guna serbuk cili)1 batang serai2 sudu besar udang kering- rendam dan toskan1 cawan udang hidup (buang kulit dan blend dengan stok udang)
Bahan Tumis1 batang kulit kayu manis1 kuntum bunga lawang2 biji buah pelaga2 tangkai daun kari2 batang serai - ketuk
Bahan Untuk Mee dan Hiasan1 kg mee kuning- celur, tos dan lumur minyak menggoreng bawang3 keping tauhu kering - digoreng dan hiris nipis2 fish cake - goreng dan hiris nipis 4 biji telur - direbus dan belah dua4 biji limau kasturi - belah 2Daun bawang dan daun sup- dihirisCili merah dan cili hijau - hirisSawi - dicelur dan tosTaugeh - goreng tanpa minyakBawang goreng
Cara-cara1. Buat stok udang dengan membuang kulit dan kepala udang dan asingkan isi. Rebus kulit dan kepala udang seketika. Kisar dengan sedikit air dan tapis airnya. 2. Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi. 3. Panaskan minyak dan tumis bahan bahan tumis. Masukkan pula bahan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau. Masukkan pula rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau sehingga naik bau.4. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam yg di potong kecil dan biarkan sehingga empuk.5. Masukkan fish cake, fish ball, stok udang dan asam keping. Biarkan sehingga mendidih, bila kuah dah mendidih masukkan santan kotak, garam dan gula.6. Masukkan ubi kentang yang telah ditumbuk bertujuan untuk memekatkan kuahnya.
Akhir sekali masukkan kerang dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Bolehlah tutup api, angkat dan hidangkan. Jangan masak kerang terlalu lama untuk mengelakkan ianya menjadi liat.
Cara Menyediakan Mee Kari Kerang1. Masukkan sedikit mee ke dalam ke dalam mangkuk. Letakkan sawi, taugeh, telur rebus dan tauhu goreng.2. Tuangkan kuah di atas mee tadi. 3. Tambahkan dengan perahan jus limau kasturi. Akhir sekali taburkan daun sup, daun bawang, cili dan bawang goreng. Sedia untuk dimakan
Kredit : https://www.aziekitchen.com/2012/04/mee-kari-kerang.html
Baca Juga :
1. Resepi Kuah Laksa Kelantan Sedap Dan Mudah, Kuah Tak Pekat Tak Cair Sangat
2. Cara Masak Kuah Laksa Penang Ringkas Tapi Sedap
3. Resepi Sup Daging Sedap Dan Mudah Guna Perencah Sup Siam
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.wanisukarno.com/2017/02/mee-kari-sedap-untuk-bonda.html