Kari Udang Yang Mudah Dan Sedap




Sebelum masuk bab resipi, saya ingin kongsikan petikan dari Kuliah zoom Ustaz Kamal Ashaari dengan topik Muharram-  Kenapa Masih Lalai. Haa jangan lupa untuk klik sekali iklan yang keluar di blog dan juga klik follow blog untuk mendapat notifikasi setiap entri baru. Terima kasih.
Sebelum itu, ustaz kongsikan hadis berkenaan kelebihan berada di dalam majlis ilmu di mana pahala berada dalam majlis ilmu terus sampai pada mak dan ayah samada yang masih hidup atau telah meninggal dunia. 
Kalau amalan lain seperti sedekah, kita kena terlebih menyebut nama dan niat untuk mereka. Tapi untuk berada dalam majlis ilmu, walaupun tanpa diniat untuk mereka, Insya Allah pahala Allah akan hantar terus pada ibubapa di dalam kubur nereka. Jadi sama sama kita perbanyakkan berada dalam majlis ilmu yang merupakan taman syurga di dunia.
Sekarang kita sedang berada dalam bulan Muharram. Telah ditentukan Allah ada 12 bulan sejak dari Allah mencipta langit dan bumi lagi. Dari 12 bulan itu, ada 4 bulan bulan haram iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.  
Awal zaman Jahiliah, ianya dipanggil bulan Safar. Bila datang Islam ditukar pada Muharram. Muharram dipanggil al Muharram adalah bulan suci. Tidak berperang pada 4 bulan ini. Kedua, Allah menamakan Muharram sebagai Shahrullah Al Muharram. Se afdhal puasa selepas puasa dalam bulan Ramadhan ialah Muharram. Menunjukkan bahawa Muharram sebagai bulan Allah. Betapa hebatnya Al Muharram. Ketiga, dalam bulan Muharram ini dijadikan sebagai awal bulan dalam kalendar Qamariah. 
Peristiwa hijrah Rasul. Selamat tahun baru hijriah. Di sana ramai umat Islam sedar atau tidak terlepas pandang matlamat utama dari peristiwa Hijrah ini ialah untuk membina kerajaan Islam di Madinah. 
Kita sunat untuk melakukan ibadah khususnya puasa dalam bulan Muharram. Di dalam bulan Muharram ada satu hari yang mana hari itu disebut secara jelas iaitu hari ke10 bulan Muharram. Hari Assyura di mana Nabi Muhammad SAW berpuasa. Sehingga Nabi dapati orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram kerana merai kemenangan Nabi Musa dari musuh. Yahudi mengejek kerana berpuasa sama seperti orang Yahudi

Maka Nabi mengatakan bahawa kalaulah aku hidup tahun depan, aku akan berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Tapi Nabi tidak sempat. Bila ibadah puasa disebut secara jelas oleh Nabi, maka kita patut rasa seronok hendak sambut puasa pada 9 dan 10 Muharram. Sebaik baik puasa selepas puasa Ramadhan adalah puasa dalam bulan Muharram. Allah muliakan bulan Muharram dengan ibadah puasa. 
Sebelum Ramadhan, kita disunat berpuasa dalam bulan Syaaban kerana seronok nak menyambut Ramadhan. Begitu juga puasa yang Nabi suruh buat secara konsisten pada setiap hari Isnin dan Khamis. Selain itu, puasa pada hari putih iaitu pada 13, 14 dan 15 setiap bulan. Kecintaan pada Nabi perlu dilahir dengan amalan yang Nabi suka dan Nabi galakkan untuk kita melakukannya. Puasa adalah benteng dari api neraka. Orang yang berpuasa, setiap amalannya akan dilipatgandakan. Dan doanya tidak ditolak. 
Muharram, kelalaian yang macam mana yang dimaksudkan dalam topik ini? Pertama, kelalaian dalam memahami peristiwa hijrah dan peristiwa penting lain yang berlaku dalam bulan Muharram. Peristiwa hijrah adalah signifikan. kerana ianya demi memastikan umat Islam ada negara Islam. Yang dilaksanakan hukum yang diperintah Allah. 
Kedua, membiarkan bulan Muharram berlalu tanpa memperbanykkan beristighar. Doa Nabi Yunus bila saat berada di dalam perut ikan Paus yang diabadikan dalam Al Quran surah al-Anbiyaa ayat ke-87: “Lailaha illa Anta subhanaka inni kuntu minadhdhalimin” bermaksud "Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim." 
Dengan memperbanyakkan istighfar, mudah mudahan bulan Muharram ini dapat menghapus dosa dosa kita. Selain istighfar dalam bulan Muharram, amalan lain yang sunat ialah membaca Al Quran, solat sunat, sedekah, zikir. Orang sedang berpuasa ni segala denyut nadi dikira ibadah. Doa orang berpuasa tidak ditolak oleh Allah sehingga dia berbuka puasa.
Bulan Muharram adalah selepas bulan Zulhijjah iaitu selepas orang balik dari mengerjakan ibadah Haji. Jadi bulan Muharram adalah untuk kita muhasabah diri, adakah ibadah Haji diterima dengan berlakunya perubahan sikap. Bulan Muharram juga untuk merancang seperti mana merancang satu perjalanan. Kena tanam azam agar Muharram, kita dapat melaksana apa yang disyariat Allah. 
Selain itu, Allah suruh kita ambil cakna tentang anak yatim terutamanya di dalam bulan Muharram ini. Jika berkesempatan, gosok dan usap kepala anak yatim. Begitu lah serba sedikit yang sempat saya salin dan pelajari dari kuliah zoom yang dihoskan oleh sahabat saya, Datin Norlella dengan jemputan ustaz yang hebat dengan tajuk tajuk yang sangat menarik dan ditunggu tunggu


Menu saya hari ini adalah kari udang. Menu mudah yang saya kira ramai yang tahu menyediakannya. Namun bagi mereka yang baru berjinak jinak di dapur atau anak anak yang berada di luar negara, boleh belajar cara saya menyediakan kari udang yang sangat sedap ini.  
Saya suka kari udang kerana bukan sahaja udang tapi kuahnya juga menjadi sangat sedap dan boleh dicicah dengan roti canai atau roti putih biasa juga. Rasa manis udang ada di dalam kuah kari yang menjadikan ianya sangat sedap digaul dengan nasi putih panas. 
Jom layan resipi yang saya gunakan di bawah ini. Saya juga ada sediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba.... 

Kari Udang Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:½ kg udang1 pek kecil serbuk kari udang1 sudu besar serbuk kari ikan1 kotak santan kotak1 sudu besar halba campur1 pelepah daun kariGaramSecubit gula2 keping asam keping1 sudu besar cili kasar½ cawan minyak5 biji bawang merah4 ulas bawang putih
Cara cara:Panaskan minyak dan tumis halba campur, bahan hiris dan daun kari sehingga wangi dan sedikit kekuningan.
Masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan air dan tumis sehingga terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan air secukupnya. Apabila mendidih, masukkan santan.
Masukkan asam keping, garam dan gula. Biarkan sehingga kuah terbit minyak.
Setelah terbit minyak, masukkan udang. Kacau rata. Agak agak udang masak, tutup api.



Nota:Lagi cantik jika menggunakan santan segar yang diperah.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aziekitchen.com/2021/08/kari-udang-yang-mudah-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap

Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 339 hits
Resepi Mee Kari Simple Dan Mudah Tips Untuk Kuah Yang Lebih Sedap Mee kari semestinya menu kesukaan semua rakyat Malaysia Walaupun terdapat pelbagai variasi masakan untuk resepi mee kari Bagi sis kalau yang simple dan sedap boleh masuk teka...
Resipi Mudah Buat Donat Homemade Lembut Gebu Sedap

Resipi Mudah Buat Donat Homemade Lembut Gebu Sedap

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 315 hits
Donat yang lembut dan gebu semestinya digemari ramai Sekali gigit doh seakan cair di mulut Nikmatnya Namun bila sudah banyak resipi yang dikongsi ramai yang keliru mana satu resipi donat gebu yang harus dicuba terlebih dahulu
Sandwich Telor Cheese Sedap Dan Mudah

Sandwich Telor Cheese Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 229 hits
SANDWICH TELOR CHEESE Bahan bahannya 5 biji telur ayam rebus dan sejukkan terlebih dahulu70gm mentegasedikit serbuk lada sulahsedikit serbuk lada hitamkepingan cheese 1 buku roti putih sandwichCheese hancur Apa jua jenis yang hancurCARA MEN...
Mudah Tapi Sedap Layan Makan Sejuk Jeruk Rambutan Asam Boi

Mudah Tapi Sedap Layan Makan Sejuk Jeruk Rambutan Asam Boi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 264 hits
Sana sini orang muat naik gambar rambutan Al maklumlah tengah musim sekarang ni kan
Resipi Mudah Manggo Yogurt Cheesekut Versi Bayi Snack Berkhasiat Sedap

Resipi Mudah Manggo Yogurt Cheesekut Versi Bayi Snack Berkhasiat Sedap

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 320 hits
Bila ada si kecil memang kadang kadang buntu nak sediakan makanan yang cukup nutrisi serta khasiat Kalau mama tak tahu nak buat apa untuk kudap kudapan anak mama boleh cuba resipi mudah ini Snacking recipes MANGGO YOGURT CHEESEKUT Saya shar...
Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap Mudah

Resipi Hokkaido Baked Cheese Tart Yang Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 337 hits
Sedapnya Hokkaido Baked Cheese Tart ni Kalau dibeli harga agak mahal Jadi apa kata buat sendiri menggunakan resipi yang dikongsi oleh Azizi Zamani Dapat hasilkan banyak dan memang puas makan Jom lihat bahan bahan yang diperlukan CARA BUAT H...
Resipi Kek Butter Cheese Gebu Hasilnya Sangat Sedap Cara Buat Pun Mudah

Resipi Kek Butter Cheese Gebu Hasilnya Sangat Sedap Cara Buat Pun Mudah

papar berkaitan - pada 20/8/2021 - jumlah : 314 hits
Sebut sahaja resipi kek butter memang kita akan terbayang kek yang sangat lembut ringan dan cair dalam mulut Tapi tak ramai yang pernah mencuba resipi kek butter cheese Rasanya lebih berlemak Jadi jom kita ikuti resipi yang dikongsi ini Kek...
Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 726 hits
Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah Hari hari memang jadi pening nak fikirkan apa lauk nak di masak di rumah Hari kerja memang akak akan masak menu yang mudah tambahan kalau ada meeting dan report yang perlu dibua...
Rasa Sedap Macam Air Lai Chi Kang Resipi Mudah Milk Booster Untuk Ibu Menyusu

Rasa Sedap Macam Air Lai Chi Kang Resipi Mudah Milk Booster Untuk Ibu Menyusu

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 527 hits
Resipi milk booster ni datang dari bahan bahan semulajadi jadi mama tak perlu risau dan cara penyediaanya pun sangat mudah Milk booster semulajadi ini dapat membantu menambah susu dan ibu Tak salah mama cuba dulu Mana tahu serasi Jom cuba D...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025