Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio | Mee Goreng Seafood antara yang menjadi pilihan untukku dan anak-anak. Rasa manis udang dan sotong memang ngam dengan mee. Sebab tu walau letak ayam atau daging masih juga terasa nak letak makanan laut sekali.
Tapi, pernah tak secara tiba-tiba ada tamu datang rumah dan bahan utama yang ada tak cukup untuk buat mee goreng mamak mahupun mee goreng basah. Kebetulan masa tu lah sos tomato, sos cili dan kicap habis. Alamak! Apa nak buat?
Jangan panik.... masih ada caranya bagaimana untuk buat mee goreng yang simple tapi sedap dalam cara bajet. Maksudnya masih boleh di goreng mee dengan sedap walau tidak ada bahan yang banyak. Resepi ni daku namakan sebagai Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio sebab warnanya yang asli tanpa sebarang sos dan kicap.
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio
Membuat mee goreng bukan hal yang sukar, lagi-lagi untuk masak Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio ni. Takde banyak bahan pun perlu di guna. Mee goreng biasa ala 'Oglio Olio' ni simple je resepi. Takde nya nak makan masa lama dan susah. Resepi mee goreng ini kiranya sesuai untuk di masak oleh siapa saja.
Bahan Masak Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio
1 bungkus mee kuning 1/2 labu bawang putih1/2 sudu kecil lada hitam (boleh tambah jika suka pedas)5 sudu makan sos tiram sotong (boleh letak makanan laut lain juga)sedikit sawi hijau1 sudu makan gula sedikit minyak untuk menumis
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio
Cara Untuk Membuatnya
1. Tumbuk bawang putih bersama lada hitam biji hingga lumat
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama lada hitam yang telah di tumbuk hingga layu dan naik bau
3. Masukkan sos tiram bersama sedikit air dan kacau sebati (air masuk sikit saja tau! sekadar tak nak bagi sos tiram melekat di kuali je)
4. Masukkan sotong dan sayur di ikuti dengan gula
5. Akhir sekali masukkan mee kuning dan kacau sebati semuanya. Sedia untuk di makan.
Ohya mee kuning ni terpulang sama ada mahu di basuh dulu atau terus di masak. Bagi yang mahu basuh dulu, pastikan basuh tu sekejap saja dan terus ditoskan airnya. Kalau terlajak basuh kan tak pasal mee jadi lembik dan resepi ni leh bertukar kepada resepi mee goreng basah ala oglio olio.... hehe...
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio
Mee goreng adalah menu untuk sarapan dan menu petang yang sesuai dinikmati oleh siapa saja. Dan versi mee goreng ada bermacam jenis. Ada mee goreng mamak, mee goreng basah dan mee goreng kering. Itu baru bercerita tentang cara masak secara goreng, belum lagi bercerita tentang mee kuah dan sebagainya.
Jika kalian salah seorang penggemar mee goreng seafood sedap bolehlah tambahkan makanan laut yang lain juga selain sotong. Pandai-pandailah tambahkan bahan yang disukai dan jangan risau kerana ini sememangnya salah satu daripada resepi mee goreng kering paling simple untuk di masak.
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio
Anak-anak kat rumah jika masak mee goreng memang akan makan bertambah-tambah. Tak kira sama ada mee goreng kering, mee goreng basah, mee kuah, semuanya diaorang gemar. Yang pasti, biarlah ia nya simple di masak asalkan dari segi rasa dapat di terima baik untuk dinikmati bersama.
Okay, selamat mencuba!!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.sishawa.com/2019/06/resepi-mee-goreng-simple-ala-oglio-olio.html