Resepi Homemade Potato Wedges Dan Sos Cheesy Ala Kfc



Potato wedges bersama sos cheesy ala kfc boleh dimakan begitu saja sebagai makanan ringan, atau makanan pelengkap hidangan utama seperti burger, fish / chips ,sausage atau mengikut selera masing - masing .

Ramai dikalangan kita menyukai potato wedges ,lebih - lebih lagi kalau di beli daripada mcd atau kfc mesti beli yang saiz large .Rasa garing, rangup ,lembut dan sedap hingga menjilat jari .

Semestinya buat sendiri lagi puas makan ,jika ingin lebihkan sos cheesy atau lebih garing semua mengikut selera kita .

Bahan-bahan untuk sos cheesy .

1 - 3 - 4 sudu marjerin .
2 - 2 sudu tepung gandum .
3 - 300ml susu cair atau susu full cream .
4 - Lada sulah secukup rasa .
5 - Lada hitam secukup rasa .
6 - 1 kiub pati ayam .
7 - 3 keping cheese atau ikut citarasa sendiri .
8 - Pewarna kuning .

Cara - cara penyediaan sos cheese homemade .

1 - Cairkn marjerin, masukkan susu, kemudian tepung. Gaul sebati sampai tak berbintil.
2 - Masukkn kiub ayam dan cheese.
3 - Perasakan dengan lada sulah, lada hitam dan pewarna.
4 - Tambah garam jika perlu, masak sos tak terlalu pekat atau tak terlalu cair.
5 - Bila sudah siap ,tuangkan ke atas potato wedges .

Bahan - bahan seperti di atas

Sos cheesy di kacau bersama supaya tidak berbintil

Sos cheesy diperasakan secukup rasa

Sementara itu ,kita boleh membuat potato wedges pula .Cara - cara untuk membuat ini sangat simple, mudah dan segera .Caranya seperti yang kami kongsi di bawah :

Bahan - bahan seperti gambar di atas

Kentang yang sudah siap di kukus

Kentang sudah di gaul / salut sedia untuk di goreng

Sudah siap di goreng

Bahan - bahan untuk potato wedges .

1 - 5 - 7 biji kentang .
2 - Garam secukup rasa .
3 - Lada sulah atau lada hitam .
4 - Tepung jagung .

Cara - cara penyediaan potato wedges .

1 - Cara potong kentang .
- Potong kentang dalam bentuk wedges atau ikut citarasa sendiri .

2 - Cara mengukus .
- Kukus kentang agak - agak lembut atau jangan terlampau lembut nanti tak sedap iaitu lebih kurang dalam 5 - 7 minit bergantung pada jenis kentang .

3 - Cara  gaulkan bahan - bahan .
- Selepas dikukus ,keluarkan dan letak dalam mangkuk kemudian taburkan lada sulah atau  lada hitam .Gaulkan sehingga sebati .

4 - Cara salut tepung jagung .
- Seterusnya, taburkan pula tepung jagung .Gaul sehingga sebati .

5 - Cara mengoreng .
- Goreng tenggelam dalam minyak hingga kekuningan dan garing . Apabila sudah siap, bolehlah dihidang bersama sos cheesy homemade tadi .

Selesai resepi homemade potato wedges ala kfc ,nak kata mudah tidaklah susah sangat tetapi berbaloi untuk di makan sendiri bersama seisi keluarga .Sama ada nak lebih , lagi garing ,lebih lembut atau lebihkan rasa semuanya mengikut selera kita .Selamat mencuba


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://surinakitchen.blogspot.com/2019/04/resepi-homemade-potato-wedges-dan-sos.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Sambal Durian Ala Surina Kitchen

Resepi Sambal Durian Ala Surina Kitchen

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 498 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Resepi sambal durian segar ala Surina Kitchen merupakan resepi kami yang pertama untuk dikongsi kepada umum pada tahun ini 2018 Untuk makluman kepada semua bukannya kami ketiadaan idea resepi resepi baru ...
Resepi Telur Masak Sos

Resepi Telur Masak Sos

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 852 hits
Resepi Telur Masak Sos Tidak kira sama ada telur mata masak sos mahupun telur rebus masak sos inilah antara lauk pertama saat mula belajar masak dulu Resepi telur goreng masak sos ini juga antara menu favourite tika masih bujang Hingga kini...
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio

Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1450 hits
Resepi Mee Goreng Simple Ala Oglio Olio Mee Goreng Seafood antara yang menjadi pilihan untukku dan anak anak Rasa manis udang dan sotong memang ngam dengan mee Sebab tu walau letak ayam atau daging masih juga terasa nak letak makanan laut s...
Cara Mudah Buat Burger Homemade Yang Sihat Untuk Anak Anak

Cara Mudah Buat Burger Homemade Yang Sihat Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 375 hits
Kanak kanak mungkin lebih tertarik pada makanan segera fast food mereka yang dewasa apa kurangnya Tetapi makanan segera fast food sememangnya tidak bagus jika diamalkan dimakan selalu Jika ingin lebih rasa selamat serta yakin apa kata kami ...
Roti John Homemade

Roti John Homemade

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 432 hits
Siapa tak kenal roti john Kat pasar malam mesti ada orang jual Tapi bila time puasa je terasa pulak nak makan Hari hari biasa ni takde pulak rasa nak makan Pastu kalau beli kat pasar malam tak best sebab selalunya banyak telur dari daging T...
Iklan Raya Tunetalk 2019 Resepi Raya

Iklan Raya Tunetalk 2019 Resepi Raya

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 544 hits
Assalamualaikum salam sejahtera Bila dua beradik bergabung dalam iklan raya memang terbaik iklan ni
Ais Krim Mangga Homemade Kuatkan Antibodi Anak Kaya Vitamin C

Ais Krim Mangga Homemade Kuatkan Antibodi Anak Kaya Vitamin C

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 454 hits
Musim musim panas ni penyejuk tekak anak mestilah ais krim Tapi bila nak beli ais krim yang dijual dikedai pun tak berapa elok juga sebab kandungan gula tinggi Apa kata anda buat ais krim homemade berasaskan buah buahan yang digemari anak B...
Tak Susah Pun Nak Buat Homemade Lamb Chop

Tak Susah Pun Nak Buat Homemade Lamb Chop

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 517 hits
Kalau chicken chop atau chicken grill tu memang selalu juga kami buat di rumah ni Paling senang pun nak buat kan lagi pun kami gunakan ready made brown sauce tu Tapi kali ini pertama kali nak try buat lamb chop pula Kepingan daging lamb cho...
Sos Lada Hitam Makan Dengan Lamb Chop Memang Menjadi

Sos Lada Hitam Makan Dengan Lamb Chop Memang Menjadi

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 610 hits
Sos lada hitam makan dengan Lamb chop Memang MenjadiResepi sos lada hitam
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Ismail Sabri Under Close Monitoring In Hospital

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Child Molester In Mosque Was Oku Netizens Think It Is No Excuse

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi