Resepi Sambal Durian Ala Surina Kitchen
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera | Resepi sambal durian segar ala Surina Kitchen ,merupakan resepi kami yang pertama untuk dikongsi kepada umum pada tahun ini 2018 .Untuk makluman kepada semua ,bukannya kami ketiadaan idea resepi - resepi baru tetapi kekangan komitmen yang positif terhadap kerjaya tetap serta tanggungjawab kepada keluarga menyulitkan kami untuk terus berkongsi resepi - resepi yang tersesuai kepada umum
Berbalik kepada resepi sambal durian , kami sebenarnya merasa begitu teruja untuk berkongsi resepi ini oleh kerana cara - cara penyediaan untuk resepi ini sangat mudah ,cepat ,simple dan yang pasti pembuka selera yang sedap .
Apa pun kami pasti ramai yang menyukai buah durian dan ada pula tidak menyukai ,ianya mungkin kerana bau yang menusuk hidung atau rasa buah durian itu .Buah durian juga boleh digunakan bagi memberi rasa kepada pelbagai jenis makanan dan minuman atau mengikut kreativiti masing - masing seperti air batu campur, bubur, dodol, jem, lempuk dan lain - lain lagi .
Selain dimakan begitu sahaja durian juga boleh dibuat sambal durian atau juga tempoyak iaitu sejenis pekasam dari buahan yang diperbuat daripada isi durian yang diperam dan mengambil masa 2 atau 3 hari proses pemeraman
Resepi sambal durian yang kami kongsikan disini berbeza dengan sambal tempoyak durian ,berdasarkan apa yang kami faham tentang sambal tempoyak durian ,cara - cara penyediaan dibuat dengan menggunakan isi durian yang sudah di peram dan dicampurkan bersama garam dan cili .
Manakala resepi sambal durian menggunakan isi durian segar ,cili merah atau hijau ,garam dan boleh dinikmati segera tanpa perlu diperam
Biarpun pelbagai cara atau kreativiti atau juga pemahaman tentang hal - hal yang berkaitan proses penyediaan sambal atau tempoyak durian ,berikut kami kongsikan cara - cara dan bahan - bahan untuk resepi sambal durian ala Dapur Surina seperti mana yang tertera di bawah
Bahan - bahan untuk resepi sambal durian ala Dapur Surina .
1 - Isi durian - Ikut selera masing - masing .2 - 5 tangkai cili merah atau cili hijau - Ikut tahap kepedasan masing - masing .3 - Garam secukup rasa .
Contoh isi buah durian segar .
Isi buah durian diasingkan dari biji .
Bahan - bahan seperti di atas .
Cili merah dan cili hijau yang sudah ditumbuk bersama .
Isi durian tadi dimasukkan bersama cili yang sudah ditumbuk .
Akhir sekali digaul bersama dan dimasukkan garam secukup rasa .
Cara - cara penyediaan sambal durian ala Dapur Surina .
1 - Asingkan isi durian dari biji - Ikut selera masing - masing jika inginkan rasa manis lebihkan isi durian .2 - Tumbuk cili merah atau hijau atau juga dicampurkan bersama cili merah dan hijau .3 - Gaul hingga sebati - jangan sampai lumat kerana textures isi durian sudah lembut .4 - Kemudian masukkan garam dan digaul rata - Mengikut selera masing - masing inginkan textures halus atau kasar . 5 - Selesai dan sedia untuk dihidangkan bersama ulam - ulaman .
Berikut sedikit petua atau tips supaya sambal yang disediakan menepati citarasa .Pilih isi durian yang lembik sedikit jangan terlalu pejal dan pastikan isi durian yang masih elok dan masih baru atau masih segar kerana isi yang tidak elok akan menyebadkan rasa sambal seakan masam serta hilang rasa asli manis durian .
Sambal durian segar yang kami kongsikan di sini sesuai untuk dihidangkan bersama ulam - ulaman seperti kacang panjang muda ,metimun ,kacang botol ,jantung pisang rebus ,petai atau juga mengikut selera masing - masing .
Bagi kami sangat menyukai isi durian segar dinikmati bersama ke dalam hidangan budu disamping ikan singgang atau ikan rebus goreng ,anda pula bagaimana ? Selamat Mencuba
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://surinakitchen.blogspot.com/2018/02/resepi-sambal-durian-segar-ala-dapur.html