Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple Sup Dan Berkuah Sedap
Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua~! Okayyyy.. tiba tiba resepi sayur kan pagi pagi ni. Padahal saya ni sangat sangat tak ngam dengan segala jenis sayur-sayuran terutamanya jantung, terung, lobak putih, pucuk ubi, sawi, tauhu, labu, cendawan dan sayur campur. On the other hand, sayur seperti pucuk paku, petola, bayam, kangkung, kobis, taugeh, kacang panjang, buncis, brokoli dan bendi.. yeap saya boleh telan dengan rela. Satu je yang I love so soo muchh! Timun jepun hahahaha. Serius.. timun jepun sedap. Saya boleh ratah ngap ngap ngap macam tu je. Tapi, dalam saya tak suka sayur tu.. nak juga lah share aneka resepi sayur goreng simple, yang berasaskan sup dan juga berkuah.
Mudah ke tak penyediaannya? Some of masakan sayur di bawah ada yang sangat simple dan cepat. Mudah gilos step nya. Some of it banyak sikit lah step dia tapi okay je rasanya hee.
Sedap ke tak? Hmmmmmmm bagi mereka yang minat dan suka makan sayur, memang sedap lazat dan delicious lew. tapi kalau tanya kat saya sedap ke tak?
......
.......
Krik krikk~ hahaha!
Takpe takpe. Abaikan diri saya yang 'terpaksa' makan sayur setiap hari ni. soooo lets!
Aneka Koleksi Resepi Sayur Goreng Simple, Sup dan Berkuah
Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram
Resepi Oleh: Che' Nom
Resepi Pak Choy Tumis Sos Tiram, menu sayur yang mudah dan cepat disediakan. Cuma celur sayur dan tuang kuah ke atas sayur dan siap dihidangkan. Untuk mendapatkan sayur yang sedap, jangan dicelur terlalu lama kerana tekstur sayur haruslah masih rangup semasa dihidangkan. Itu yang membuatkan rasa masakan sayur ini sedap dan special.
resepi sayur pak choy tumis sos tiramBahan-Bahan:
4-5 pokok sayur Pak Choy4 sudu besar sos tiram2 ulas bawang putih, cincang halussatu hirisan nipis halia, cincang halussedikit serbuk pati ayam atau pati ikan bilis1 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit airsedikit bawang gorenghirisan cili api
Cara Penyediaan:
Panaskan air di dalam periuk atau kuali sehingga mendidih dan masukkan secubit garam. Celur sayur Pak Choy cukup sekadar layu kemudian tapis air.
Masukkan pula air sejuk ke dalam sayur untuk hentikan proses memasak dan mengelakkan sayur menjadi pucat dan tidak segar. Tapis kembali, potong batang sayur dan susun di atas pinggan.
Untuk masak kuah, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih serta halia sehingga kekuningan dan naik bau.
Masukkan sos tiram, pati ayam dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan masukkan pula air bancuhan tepung jagung tadi supaya kuah menjadi pekat. Perasakan dengan gula secukup rasa.
Tuang kuah sos tiram dan tabur bawang goreng bersama hirisan cili jika suka.
Tips:Che Nom tidak masukkan garam ke dalam kuah sos tiram kerana sos tiram dan serbuk pati ayam sudah masin rasanya.
sumber Iresepi.com
RESEPI SAYUR CAMPUR
resepi sayur campur Mat GebuBahan-bahannya :Seikat kacang buncis (atau 12 batang)1 batang carrotBunga kobis2 biji Tauhu.
1 biji dipotong 95 ekor Udang size M
Bahan-bahan untuk ditumbuk : 4 ulas bawang putih5 ulas bawang merah1/2 labu bawang besar7 tangkai cili merah/ api1 genggam ikan bilis2 cm belacan yang telah dibakargula1/2 sudu teh
Bahan-bahan untuk memasaknya :Garam secukup rasa2 sudu sos tiram1 sudu teh perasa ayam maggie1 sudu teh perasa ikan bilis maggie1 senduk minyak masak
Caranya : 1. Tumbuk semua bahan yang perlu ditumbuk seperti yang disenaraikan.2. Goreng tauhu (tak perlu garing sangat). dan ketepikan3. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yg ditumbuk hingga naik bau. Masukkan semua sayur sayur.4. Jika perlu, campurkan 4 sudu air. tambahkan garam, sos tiram, perasa ayam dan ikan bilis. Tutup kuali dengan penutup. Biarkan kira-kira 5 minit sehingga sayur jadi 'empuk'. masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng tadi.5. Sedia untuk dihidangkan dan selamat mencuba.
#sayurcampur #resepi
Resepi Kailan Ikan Masin dan Udang
resepi sayur kailan ikan masin dan udangBahan-bahan:
1) Sayur kailan-dipotong2) 5 ekor udang - buang kulit3) 1 keping ikan tenggiri jeruk - potong kecil4) 1 sk air dari botol ikan masin jeruk5) 1 biji bawang besar- dimayang bulat6) 1 inci halia-diketuk7) 3 ulas bawang putih-diketuk8) 1 sb sos tiram9) 1 sb sos ikan10) Sedikit air asam limau nipis11) Sedikit serbuk lada sulah
Cara Memasak
1) Panaskan minyak dan tumis ikan masin tenggiri hingga naik bau sambil dikacau rata.2) Kemudian masukkan bawang putih, bawang besar dan halia. Selepas itu, masukkan udang dan sos tiram.3) Masukkan batang kailan dulu dan tambah air dr botol ikan masin tadi. Akhir sekali, masukkan daun kailan, sos ikan dan dikacau rata.4) Masukkan dalam 2 sudu besar, biarkan seketika dan angkat. Semasa dihidangkan, tabur sedikit lada sulah dan perah air asam limau.
RESEPI SUP SAYUR BEBOLA DAGING
Salam semua. Resepi hari ini saya mahu berkongsi yang paling mudah dan ringan sahaja. Selain sedap dimakan bersama nasi, sup sayur bebola daging ini juga enak dihirup begitu saja.
Selamat Mencuba!
resepi sup sayur bebola dagingBAHAN-BAHAN:
12 biji bebola daging dibelah 23 rumpun sawi bunga dipotong kecil 5 biji tomato ceri dibelah 25 keping cendawan tiram dicarik kecil 1 batang chineese leek dipotong kecil 1/2 biji bawang besar holland dicincang halus 3 ulas bawang putih dicincang halus1 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelage1 sudu teh pes cili 3 cawan air
Garam & gula secukup rasaSedikit bahan perasaMinyak untuk menumis
CARA PENYEDIAANYA:
1. Panaskan minyak, tumis buah pelaga, bunga lawang, bawang putih & bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, perasa & bebola daging, biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan semua sayur diatas. Kacau 2 minit dan angkat.
5. Hiaskan dengan taburan bawang goreng & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
#CorNadiECP#ECPJantungSihat
RESEPI KACANG BUNCIS SAMBAL TUMIS
resepi sayur kacang buncis sambal tumisBahan:1/2kg kacang buncis potong serong5 ulas bawang merah*3 ulas bawang putih*sedikit belacansegenggam ikan bilis3 sudu cili kisargaram & ajisedikit gula
Cara:tumbuk bahan2 bertanda (*).. panaskan minyak.. masukkan ikan bilis.. goreng sekejap jangan sampai garing..masukkan bahan tumbuk.. tumiskan hingga kekuningan..masukkan pula cili kisar.. tumis hingga naik bau..masukkan kacang buncis.. garam.. aji dan gula secukup rasa..bila kacang dah agak lembut.. tutup apisedia untuk dihidang..
RESEPI KARI IKAN BENDI TANPA SANTAN[ unclenublikumz ]
resepi kari ikan bendiBahan-bahan :Ikan apa-apa je (contoh: ikan tongkol)3 sudu besar rempah kari3 biji bawang merah dihiris2 ulas bawang putih dihirisRempah 4 sekawanAir asam jawa1 biji tomato -belah 44 biji bendi2 biji lada hijau/merahDaun bawang Garam 2 tangkai daun kari
Bahan kisar :5 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 2 biji bawang besar
Cara cara :Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris dicampur rempah 4 sekawan dan daun kari sehingga wangi... Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak...
Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.
Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.
RESEPI SAYUR CENDAWAN GORENG
resepi sayur cendawan gorengBAHAN-BAHANNYA;-Cendawan(ikut nak sebanyak mana)50 sen daun sup serta daun bawang5-6 ekor udang sedang1 labu bawang besar3 ulas bawang putihSebiji cili merahGaram secukup rasaSedikit air
CARA-CARANYA;-- cendawan dicarikkan jika besar saiznya- tumiskan bawang putih serta bawang besar yang dihiris- masukkan udang..masukkan cendawan.- masukkan garam, sedikit air serta cili merah yang dipotong serong.. akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak-agak 1 inci...siap
Selamat mencuba dan kalau suke boleh share resepi ni
RESEPI SUP SAYUR TELUR
resepi sup sayur telurBahan-bahan:
1 ketul dada ayam - potong kecil-kecil1 batang sayur sawi1/4 kobis1 batang carrot1 peket kecil cendawan tiram3 biji telur2 peket fishball2 sudu besar sos tiram1 sudu besar sos thai /nampla1 sudu teh minyak bijan3 cawan airGaram secukup rasa
Bahan kisar:
2 biji bawang merah2 ulas bawang putihsegenggam ikan bilis
Cara:
-Panaskan sedikit minyak didalam periuk kemudian tumis bahan tumbuk dan masukkan isi ayam kacau dan biarkan sampai isi ayam masak. Terus masukkan air serta biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan telur sebiji demi sebiji , biarkan sampai telur masak .
-Apabila telur sudah masak terus masukkan carrot dan biar sampai carrot hampir empuk , kemudian masukkan semua sayur dan garam . Terus kacau supaya semua sayur masak dan biarkan kuah mendidih seketika saja dan boleh la ditutup api dapur , jangan masak sayur terlalu lama nanti over cook dan sayur menjadi lembik.
RESEPI SAYUR BETIK MUDA
resepi sayur betik mudaSapa suka lauk betik muda macam ni?Layankan dengan nasi lembik sikitAda pulak ikan goreng.Sedapkan?
Senang je bahan dia..Bahan tumbuk:Cili padiBawang putihBawang merahIkan bilis
Cara-cara:Tumiskan bahan tumbuk.Masukkan betik sagat Tambah air & asam kepingPerasakan dengan garam
Sumber Resepi: Nurain Ain
RESEPI PAKCHOY TUMIS SIMPLE
Alhamdulillah cukup sekadar alas perut tengah malam dengan sayor pakchoy.. ada yang suka tak sayur masak macam ni simple tapi sedap anak-anak suka ratah sayur..
resepi sayur pakchoy tumis simpleResepi:Pakchoy dibelah duaSeulas bwg putih dicincang3 tangkai cili padi dicincang1 sudu mkn myk masak3 sudu besar oyster sosSecubit garam
1. Tumis bawang putih dan cili hingga garing. angkat ketepikan..2. Dalam minyak tumisan tadi letak air sikit. masukkan sos tiram prasakn dan masuk pakchoy celur je sayur manja-manja. angkat masukkan dalam pinggan..3. Taburkan dengan bawang dan cili goreng tadi.. siap
RESEPI MUDAH TAUHU GORENG BROKOLI
resepi sayur tauhu goreng brokoliNak resepi tak? Nahhh ni resepinya..
Tauhu tu potong-potong, gaul tepung jagung pastu goreng bagi ada crispy-crispy sikit...ke tepikan.
Cara buat Sos:Bawang putih cincang & cili padi.. tumis-tumis pastu letak air & sos tiram.. garam tambah sikit je.. sebab sos tiram dah masin.. saya tambah minyak bijan 2 3 titis.. ada orang tak suka. Lepas tue bagi kuah dia pekat. masukkan brokoli & tauhu jepun tu...siap!
Sumber Resepi : Roziyanty Juhari
Resepi Nangka Masak Lemak Cili Api
resepi nangka masak lemak cili apiBahan-Bahan:1 kg nangka muda, bersihkan, potong kecil, cuci dan rebuskan bersama sedikit garam3 cawan santan cair1 cawan santan pekat2 batang serai- dititik1 helai daun kunyit- disiatGaram secukup rasaSedikit gula1 keping asam gelugorAir secukupnya untuk merebus nangka
Bahan Kisar:1/2 cawan ikan bilis, buang kotoran dan cuci1 labu bawang besar3 ulas bawang putih1 inci kunyit hidup10 tangkai cili padi1/2 sudu kecil lada hitam, tumbuk halus
Cara Memasak:- Rebus nangka muda bersama air dan sedikit garam sehingga empuk.- Bila dah empuk, toskan airnya. Ketepikan dulu.- Sementara itu masukkan bahan-bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan 1 cawan air dan biarkan mendidih. Masukkan santan cair dan masukkan nangka yang telah direbus tadi.- Masukkan serai, daun kunyit, asam gelugor, garam, gula dan gaul rata.- Masukkan santan pekat dan gaul rata. Masak hingga mendidih guna api sederhana.- Rasa. kalau dah cukup rasa tutupkan api dan bolehlah diangkat dan hidangkan.
Sedap dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng dan ikan masin.
Recipe oleh Yatiememories.com
RESEPI SAYUR CAMPUR CHINESE STYLEOleh: Zamilah product
Pening nanti berbuka nak Masak Sayur apa? Nah kita share sikit cara Masak Sayur campur Chinese Style..
resepi sayur campur chinese styleCara simple mak mentua kita, auntie Chew. semudah ABC!
Bahan ;1. Shitakae Mushroom (rendamkan Ssmalaman, kalau malas, rendam air panas. Kalau malas juga..Tak payah makan la haha)2. Brokoli3. Carrot
Bahan hiris & tumis ;1. Bawang Putih - Hiris nipis dalam 3 ulas 2. Halia - 1 hiris3. Sos Tiram4. Tepung jagung (dalam 1 sudu teh kecik, larutkan dengan air setengah cawan)5. Minyak *untuk menumis
Cara-cara ;1. tumis halia & bawang putih. Dah naik bau & kekuningan . Masukkan sos tiram sikit. kacau sampai naik bau, masukkan air.. api sederhana kecik & kacau lagi. Masukkan shitakae mushroom (Shitakae mushroom nak potong boleh. Tak nak potong boleh. Janji batang dia buang. Sebab keras)
2. Kacau..pastu masukkan carrot. Kacau lagi. Masa ni boleh la nak letak garam sikit atau serbuk perasa. Optional. Kalau rasa dah tak nak pun tak pe sebab sos tiram dah ada rasa masin manis tu. Pastu kecikkan api sikit.
3. Masukkan brokoli. Kacau.. Pastu last masukkan air tepung jagung tadi.. kacau sikit sampai sebati then siap! Sedia utk dimakan.
Selamat mencuba.Halal Dunia Akhirat..
#ShitakaeMushroom#iCook
Kredit Resepi : nini kimi via mahn
RESEPI CENDAWAN GORENG CAMPUR ASPARAGUS
resepi sayur cendawan goreng asparagusResepi :
Bawang putih 3,4 ulasCili padi ikut cita rasa nak pedas manaLengkuas sedikitBilis sedikit, udang kering sikit sangat
AsparagusGaramSerbuk perasa (sedikit sangat) kalau suka
Caranya:-
Tumbuk dan tumis bahan-bahan hingga separuh garing, masukkan cendawan. tumis hingga cendawan separuh masak, masukkan asparagus. tak perlu masukkan air sebab air akan keluar daripada cendawan yang telah kita basuh tadi.. selamat mencuba.
Selamat mencuba.. Jangan lupa share..Resepi Sheila Rusly
Resepi Kobis Goreng Ala Mamak
resepi kobis goreng ala mamakBahan-Bahan:1/2 biji sayur kobis, hiris kasar1/2 batang karot, potong halus memanjang1 sudu kecil biji sawi2-3 tangkai daun karicili kering dan cili hidup1/2 sudu kecil serbuk kunyitgaram dan gula secukup rasa
Bahan-bahan parut halus (menjadi pes):3 ulas bawang putih1/2 inci halia
Cara Penyediaan:- Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan parut halus bersama biji sawi.- Apabila bahan tumis sudah kekuningan dan biji sawi sudah mula meletup kecil, masukkan daun kari, cili kering dan cili hidup kemudian kacau sehingga naik bau.- Masukkan pula kubis dan kunyit. Masak kubis sampai layu dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa. Tuang sedikit air supaya semua bahan bergaul sebati.
Tips:Sayur ni sedap jika kobis nya dimasak sehingga lembut dan layu. Che Nom lebih suka gunakan kobis Cameron berbanding Kobis Beijing yang nipis.
Resepi Asal: https://iresipi.com/
Resepi Dalca Sayur
resepi dalca sayurBahan-bahan:
Kacang Dal (1 genggam - basuh dan rebus sampai empuk)Bawang putih, bawang merah, halia (kisar bersama)Serbuk Kari Daging 1 sudu besar (bancuh dengan sedikit air)Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang), buah pelaga takyahSantanSayur yang digemari
Cara-cara :
1) Rebus kacang dal sampai empuk. Kalau ikut Masterchef, campak kat dinding, dal tu melekat maknanya dah empuk..hehe.. penuh dinding korang ngan dal kang...2) Panaskan sikit minyak dalam periuk, masukkan rempah tumis3) Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau4) Masukkan rempah kari yang dah dibancuh dan tumis hingga garing5) Masukkan sedikit air dan masukkan semua sayuran yang keras(aku guna carrot, kacang panjang dan kentang)6) Biar sampai sayur empuk. Masukkan pulak sayuran lembut. Aku letak terung je7) Bila dah mendidih, masukkan kacang dal dan santan8) Perasa kuah dalca tu tunggu sampai mendidih. Boleh la tutup api.
RESEPI LABU MASAK LEMAK DAUN SELASIH
resepi labu masak lemak daun selasihBahan-bahan :500 gm labu kuning - potong dadu8 batang kacang panjang - dipotong5 tangkai daun selasih1 biji bawang besar - dihiris3 ulas bawang putih - dihiris1 sudu makan biji lada hitam - ditumbukSegenggam ikan bilis - ditumbuk kasar1 biji cili merah - dihiris1 batang serai - diketuk1 sudu kecil serbuk kunyit4 cawan santanGaram secukupnya
Cara-cara :- Masukkan santan kedalam periuk. Satukan bahan semua bahan yang dihiris, ditumbuk dan serai.- Masak diatas api perlahan sambil kacau hingga mendidih.- Masukkan labu, cili merah dan kacang panjang dan perasakan garam secukupnya.- Masukkan daun selasih dan kacau hingga labu masak.
Sedia dihidang.
Resepi Petola Ular Goreng Belacan & TelurResepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
resepi petola ular goreng belacan dan telurBahan-bahan :
2 biji/ batang petola ular (yang panjangnya kira-kira 18 inci setiap satu)2 biji telurminyak masak secukupnyagaram & serbuk perasa secukupnya1 cawan air
Bahan-bahan tumbuk :
7 ulas bawang merah4 ulas bawang putih2 biji cili merah5 biji cili padi½ inci belacan
Cara-cara Menyediakan :
1. Petola ular hendaklah dikikiskan kulit luarnya dengan menggunakan pisau sehingga bersih. Potong pepat petola anggaran 1 inci/ 2 cm tebal. Potong sehingga habis. Masukkan air ke dalam besen berisi petola ular tadi dan cuci bersih dengan menyaring petola menggunakan tangan ke dalam tapisan sayur. Cucur air paip & tos.2. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi & garing. Pecahkan telur & biarkan seketika sehingga telur beku sikit lepas tu baru kacau2 sikit.3. Masukkan garam (jangan terlajak sebab dah ada belacan tu) & perasa secukupnya & kacau rata. Masukkan sayur petola & air sambil dikacau rata. Biarkan sehingga petola empuk sikit. Rasakan apa yang kurang bolehlah ditambah. Tutup api & sedia dihidangkan.
RESEPI TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM
resepi terung bakar sambal asamBahan Untuk terung:3 biji Terung 1 sudu serbuk lada hitamsedikit garam1 sudu minyak zaitun
Bahan Sambal Asam:1 biji tomato potong dadu5 biji cili api hijau atau merah sukahati 1 sudu cili boh2 ulas bawang merah2 ulas bawang putih3 sudu air asam jawa1 biji bawang besar potong bulat2sedikit sos cilisedikit garam 2 sudu gula
Cara :-Terung di bersihkan, belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam, garam dan minyak zaitun. Biarkan dalam 10 minit.-Blend cili api, cili boh, bawang putih, bawang merah dan tomato.-panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan sos cili, bawang besar dan garam serta gula, akhir sekali masukkan air asam jawa.-kalau nak pekat biarkan lama sikit. ok dah siap sambal asam.-terung grilkan je atas nonstick pan, senang hehehe macam gambar kat atas. grill la setakat mana kita mahu, tapi jangan la jadi hitam cam arang lak hehhehe
Resepi Kulit Tembikai Masak Tumis Air
resepi kulit tembikai masak tumis airBahan-bahan:
sebiji tembikai (jangan ambil kulit keras yang bewarna hijau, ambil kulit berwarna putih kira-kira 1.5 inci di antara isi buah tembikai dan kulitnya)
1 biji cili besar10 biji lada hitam3 ulas bawang merah3 ulas bawang putihsecubit belacan (agak-agak la. jangan banyak sangat, jangan sikit sangat)1 batang seraigaram dan serbuk perasa secukup rasaikan bilis (segenggam tapi jangan banyak sangat)air (dalam 2-3 cawan)
Cara-cara:
- masukkan air dalam periuk, serai dan tunggu mendidih- sambil tunggu air mendidih, tumbuk semua bahan lain kecuali kulit tembikai, garam dan serbuk perasa (untuk menjamin keenakan, jangan blender ye.. guna lesung batu)- bila air mendidih, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan biarkan sekejap.- masukkan kulit tembikai, biar sampai empuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa- kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan sayur kubis dan pucuk manis untuk rasa yang lebih istimewa
- kalau family kami, bila makan kulit tembikai kena ada hidangan sampingan macam ikan masin dan sambal belacan.. barulah terangkat!
SELAMAT MENCUBA!
Till next time, daa~ wassalam! :)
Related: aneka koleksi resepi masakan sayur sayuran, resepi sayur campur berkuah, koleksi resepi lauk sayur goreng mudah dan sedap, resepi sayur goreng simple, aneka resepi masakan sayur sedap dan mudah, koleksi resepi sayur mudah dan ringkas, resepi sayur campur goreng, koleksi resepi sayur, resepi sayur berkuah, resepi sayur kobis goreng, resepi sayur kampung, resepi sayur campur sos tiram, resepi sayur campur, resepi sayur goreng, resepi sayur kubis, resepi sayur paprik, resepi sayur masak lemak, resepi sayur manis, resepi sayur masak air, resepi sayur mudah, resepi sayur murah, resepi sayur mudah dan cepat,
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/aneka-koleksi-resepi-sayur-goreng-simple.html