Resepi Mandai Dari Jeruk Kulit Cempedak
Selalunya bila tiba musim durian, pasti tiba musim cempedak jugak. Entah lah apa yang sinonimnya kedua-dua buah ni tapi saya bukan peminat durian malah tak tahan bau durian tapi saya peminat tempoyak jadi kalau en suami beli durian pasti suruh dia simpan yang lebih.
Bila musim durian saya lebih teruja dengan cempedak dan pasti kena beli sekurang-kurangnya sekali sebab cempedak sedap dibuat serawa ataupun buat cucur. Nak beli cucur cempedak? buat sakit hati jer kalau 3 ulas cucur cempedak goreng paling murah berharga RM2.50 tapi kalau semua ahli keluarga suka makan cempedak cukup ke 3 ulas? jadi sebaiknya beli jer 1 biji cempedak walau harga sebiji buah cempedak yang dibeli berharga RM15
Mahal? sesekali apa salahnya sebab sebiji buah cempedak ada paling kurang 15 ulas kan dan empulur cempedak pulak boleh dibuat jeruk yang pasti tak ramai yang tahu dan pandai makan
Bagaimana nak membuat mandai ?
Empulur pada kulit cempedak dihiris dan dibasuh. Rendam empulur cempedak didalam bekas, masukkan air dan masukkan sedikit garam. Pastikan air menutupi empulur kalau tidak nanti kulat akan timbul dan jeruk menjadi busuk. Tutup bekas dan selepas 1 minggu balik-balikan empulur jadi bahagian atas terendam sekali. Empulur ni ringan jadi ianya akan terapung
Selepas dua minggu, empulur boleh ditoskan untuk dimasak atau boleh simpan.
Resepi Mandai Dari Jeruk Kulit Cempedak
Antara cara memasak mandai yang menjadi kesukaan saya pastinya Mandai Goreng Berlada tapi ada juga yang suka buat goreng dengan bawang dan potong cili api atau cili merah.
Bahan-bahan :Jeruk Cempedak1 biji telur1 cawan airSedikit minyak untuk menumis
Bahan untuk ditumbuk5 batang cili kering2 ulas bawang merah1 ulas bawang putih
Cara menyediakan dan memasak:Jeruk cempedak, dibuang air rendaman, dibasuh dan ditoskan.Tumis bahan yang ditumbuk hingga masak, masukkan jeruk cempedak serta secawan air. Kacau dan biarkan sehingga air kering dan jeruk cempedak akan jadi lebih lembutMasukkan telur dan digaul hingga mandai bersalut telur. Tutup api dan mandai boleh dihidangkan dengan nasi panas.
Nota : tak perlu letak garam sebab jeruk cempedak dah sedia masin semasa proses pemasaman awal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2020/02/resepi-mandai-dari-jeruk-kulit-cempedak.html